Nuffnang Ads

Monday 23 January 2017

HONEYMOON DI BUKITTINGGI-PADANG, INDONESIA PART 4

hiii hiii korang...semua..

biasalah aku ni..lagi setengah jam nak balik baru kedek2 nak curi masa berblog kan...

ok today aku nak sembang pasal hari keempat...

suka diingatkan bahawa kami telah tiba di bumi kota Padang ya mbak...

panas sekali cuacanya, tak sama dengan bukittinggi...*sila menangis mengenangkannya..

pagi tu, kami breakfast kat hotel...ok boleh tahan..kalau tak silap nama hotel tu RANGKAYO BASA kot.... katanya memang ramai orang Malaysia menginap disini...waktu aku datang tu pun nampak ramai yang baru cek in masuk...

dapat bilik betul2 atas pintu tu line wifi..apa lagi..berjimba2 la aku main fb sambil tengok cerita mak lampir channel indonesia...

ehh melalut apa aku mak lampir pun keluar ni. setelah kitorang balik mesia...pakcik laki aku hntar gambar...rupenya minggu lepasnya dia pun menginap di sana...kirenya kami sampai, dia berangkat pulang...haihhhh..kesimpulannya..hotel ni pemes la dengan orang Malaysia..

eh korang, nak bagi tau..ada satu hotel ni kalau boleh jangan menginap sana ea..dia tengah bandar..hotel tu start huruf A...hotel besar..tapi ada pernah terjadi tragedi kat sana. Dan kebanyakan yang menginap sana pernah kene bermacam gangguan...

ok..back to story... pagi tu kami jalan2 pantai dulu..angin kuat wooooo





okeh..take turn..ramai pulak pelancong malaysia yang datang dengan van dan bas nak ambil gambar kat sini...

kami pun bergerak ke Pantai Air Manis iaitu dimana Batu Malim Kundang terletak. Jalan mendaki bukit keyh..aku memang tak mampo pakai ekon..mau mabuk nanti...
 jadi menikmati lah angin segar udara kampung..syioookkkk....







sekarang ni batu malim kundang tu dah ditimbus pasir yang dibawa ombak pantai. kalau korang nak tengok gambar batu sebenar, memang nampak real bentuk kapal. korang boleh beli dengan sorang pakcik ni. dia mmg ada kat situ. lebih kurang harga rp25ribu satu set. Ringan ringan kan mulut bertanya pakcik tu tentang cerita malim kundang, dia akan cerita semua. best wooo....

ok..turun dari situ, kami plan nak ke rumah api di Bungus.

ikut plan asal sebenarnya aku dengan suami akan ambil pakej ke beberapa buah pulau kat sana, snorkeling dan ambil gambar dalam air... tapi disebabkan panas, aku cepat mabuk kat sana. Aku pun ambil keputusan cancle. sian budak tu. apa bole buat, suami aku kata taknak nanti hitam hahahha *yela...macam dia cerah sangat kekkekeke...

sebelum sampai ke rumah api, sempat la aku berhenti tepi jalan nak ambil gambar..cantik weh...bawah tu ada pelabuhan apa semua...memang serious cantik...


tapi, bila sampai atas, rumah api ditutup. rupanya hanya dibuka pada hujung minggu . Memandangkan aku ni datang bercuti bukan hari minggu, tak rezki la melawat ke sana. Turun ke bawah, kami pekena kopi o panas dulu kat tepi2 lereng bukit pelabuhan teluk banyur..bungus tuh...sambil menikmati keindahan ciptaan Allah swt...

turun tuh, Yan tanya nak kemana..laki aku yang gila muzik memang minta ke kedai muzik. tapi tak jumpa apa yang dia berkenan, jadi aku minta jalan2 ke mall dia. Jalan lebih kurang, kami balik hotel berehat. Sebelum balik, aku minta makan kat kedai bakso. sebab dah muak sangat makan nasi padang ehehehhe 

ini namaya bakso daging sapi hehehhe


malam tu, seperti dijanjikan, Yan nak bawa aku makan es durian kan...ermmmm baiklah..ini lah malam yang ditunggu2 sebelum aku balik esok hehhe...sebab laki aku takmau berjalan esok. katanya taknak terkejar2...

malam tu. Yan bawa kami makan ikan bakar..sedap woooo...jangan risau ea, semua ni dah termasuk dalm pakej,. dapat la ikan siakap bakar sorang sekor, dengan udang gemuk2...dengan sotong bakar (cumi-cumi)


lepas tu, yan bawa pusing2 pantai...ambil gambar kat sana macam2 gaya ehhehe

burung tu kat lek tu..sap kok lu...hahaha

 ini lah dia abam rockers....dalam hati ada taman hahhaha

sapa lagi..dengan yan la..buat kenangan hehe

dahla...malas nak cite banyak2....jom makan es durian....

tapi malangnya es durian spesial aku..aku lupa nk snap pic...disebabkan kegelojohan melampau aku..tak sabo nak makan..hahahhahaa


ok ini es durian laki aku dengan Yan...

sedap...kalau yg special, siap ada koktel segala macam mak nenek macam abc tu...atasnya siap ada aiskrim...ermmm enakkkk...lazaaatttt hahah...isinya macam durian yang diblend..serat2 pun masih ada

huarghhhh....
penat...nak balik...tapi laki aku minta yan bawa pusing2 lagi...sebab tak puas berjalan..lagi nak tinggalkan Kota Padang esok..pusing-pusing...Yan pun cerita serba sedikit sejarah JAMBATAN ANGKOL  yang berhantu tu...hahhahah takde lah... JAMBATAN SITI NURBAHIYAH...
nak tau???? korang ambil la pakej dengan yan...terbaikkk so far Alhamdulillah....

esoknya kami selesai sarapan kat hotel...berangkat ke airport padang...

minum pagi dengan yan...dan pulang ke tanahair dengan hati yang masih tertinggal di KOTA PADANG,BUKITTINGGI.....

NAK HIGHLIGHT KAT SINI....

INSYA ALLAH..SERVIS MEMUASKAN...KORANG CONTACT LAH YAN NI...
INI NO WASAP BELIAU....

+62 823 8923 3088 yan...
orang islam. insyaAlah dia memahami segala keperluan kita.. 

ok sampai kat sini dulu..baii....assalammualaikum








1 comment :

  1. Sewa kenderaan untuk percutian yang berbaloi kat Padang dan Bukittinggi

    Asslamualaikum Tuan/Puan.

    Sesiapa yang nak melawat ke Padang dan Bukittinggi jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR DAN PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA PADANG DAN BUKITTINGGI dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Our motto : We serve you with heart

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )
    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )
    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete