Nuffnang Ads

Sunday 1 September 2019

Anniversary tahun ke 5..comeback di Tioman !!

Setelah bersawang blog ni..
Aku decide nk tulis pasal buat comeback kat Tioman untuk 5th anniversary tanpa dirancang !! 🀭🀭

Ok mcmni cerita nya..laki aku memang kene outstation ke tioman seminggu dalam sebulan..tu yang terjumpa aku kat sana..pastu terkawen..ehh..ehhh πŸ˜…

Jadinya kebetulan hujung minggu ni cuti bersambung. Laki aku patut balik JB hari jumaat 30 Ogos..tapi aku tahan dan suruh dia survey hotel.
Semua penuh πŸ˜‘ aku paksa juga surh cari.aku nk pegi sana.

Dengan bantuan kawan2 kat sana, alhamdulillah dapat hotel Barbura. Bilik katil queen smua penuh. Yang ada villa dengn katil single 3. Aku surh amek je yg tu. Kitorang rapatkan katil aje. Habis cerita. Ni gambar bilik kitorang. Tempat sarapan pon dekat je dngn pantai.






Ok 1st day aku sampai, laki aku dah tunggu kat jeti. Cek in hotel. Rehat. Petang dia ajak keluar, pergi makan keropok lekor kat tiong (dataran tekek). Aku on aje la memandangkan dah lapar. Badan terlalu penat, tak boleh nak tido sangat pon.

Pusing2 naik motor. Motor sewa 1 hari Rm 60. Mto Sym skuter je. Tapi selesa la untuk santai2.

Sekali tu nampak ada pasar malam kat Peladang. Aku ajk laki aku pergi. Kitorang pun try beli milo ais cincau dia. Perghh pekat..sedap ea
Lagi aku try cheese mozarella stick dia. Korang boleh pilih nk salut bread crumb ke atau pun maggie. Dan dicurah sos dengan mayonis atau pun coklat. Dah tentu aku amek yang rare 🀭🀭 aku pilih salut maggie dan taburan coklat..fuhhh...sedap siotttt...
Kalau pegi, korang harus cuba. Pasar malam ni datangnya dari tanah besar Mersing dan hanya ada sebulan sekali, iaitu hujung bulan shaja 😊.

Aku beli makanan goreng. Ye la..rakyat malaysia kan memang suka makanan bergoreng huhu. Murah juga. Mana nak dapat paru goreng banyak itu rm2 jek.
Lagi satu, korang jangan lupa try satay Tioman k, dia celup, dia bakar..dia celup lagi..dia bakar..sedap wooo sos dia meresap ke dalam..sebatang rm1 jek.
Pas dah beli2, kitorang lepak kt Marina sambil menikmati sunset ❤❤🌹









Jadinya, tak jadi la pergi makan keropok lekor huhuhu...

Dah kenyang2, kitorang balik bilik.
Sekali katanya malam tu ada sambutan merdeka kat dataran Tiongman. Cuba tido juga, tapi tak bole. Sebab mabuk laut masih menguasai otak. Ye lah angin kencang, ombak kuat. Bertabah aje la naik feri selama 2 jam tu yek..

Malam nya, kitorang siap2 dalam jam 9 lebih. Pergi ke dataran Tiongman. Wah meriah sungguh. Katanya ni 1st time lah meriah mcmtu. Rezki aku betul kan ❤❤. Macam2 pertandingan ada. Kita nikmati aja...

Balik dari tu, kawan2 suami dah ajak pegi jamming kat bangunan kastam. Wah, menarik. Sekali diorg buat bargain...jeng..jeng..jenggg....

"Der..esok soh bini kau nyanyi..kita ada function org kwen ni. Penyanyi pempuan takde. " aku be like.. 😱😨😨

"Aku belanja korang g trip outing, jalan2 pulau. Tapi kau kne nyanyi..." πŸ˜‘

Laki aku dah pandang aku...aku..krikkk krikkk....

"Ha..boleh lah..." 😢😢

SO..TRIP OUTING KITA SAMBUNG ESOK YE .. 🌹