Nuffnang Ads

Monday 26 November 2012

YANG DAH MENIGGAL TERUS PERGI...YANG HIDUP TANGGUNG PERBUATAN SAKA





assalam...cerita ni tak lah seram sangat..tapi saje je nak kongsi dengan GC..

Reza punye rumah bercantum dengan rumah nenek (dalam 1 lot tanah..rumh nenek bhgian depan..rumah reza melintang kat belakang rumah nenek)..cuma dipisahkan beberapa langkah je..kat bhgian tepi tu, buat tempat letak keta reza ngn ayah..ayah reza keje bawak lori..so, die akan pegi keje awl dalam pukul 5lebih..azan pun belum lagi..

baru2 ni, dia nk pegi keje..biasanya ibu akan hantar ayah naik kete, tapi hari tu ibu tak guna kete..so suruh ayah bawak je g keje. Ada motor,tp ayah tak nak bawak..yela..nk manje2 ngan bini die..hihihi ohhh berbalik kat cite ni..waktu ayah nk pegi keje..die nampak satu lembaga, badan besar..hitam berbulu..muke die macam kerbau@b*bi..boleh baygkan tak? die tengah duduk kat kerusi kat ruang tamu rumah nenek (cermin rumah tu semua sliding..dr dalam ada cahaya lampu dapur..jadi nampaklah dengan terang..) ayah yang terkejut..pergi panggil ibu..tapi, bila ibu datang..da takde..

esoknya, ayah tak bagitahu kitorng..die diamkan aje..bile kite cakap, tangan mak(nenek kite panggil mak..ibu panggil ibu smile) lebam dan berlubang..ayah baru cerita apa yang die nampak tu...nenek demam..tak sedap badan katanya..lepas tu die cakap tangan die sakit..bila kita periksa..ade bengkak, lebam dan ade semacam tusukan benda tajam..berlubang..dalam..tapi tak keluar darah..kesian mak..sedih kitorang..kita tahu apa yang ganggu mak..sebab hari tu reza bawak mak pegi kluang..melawat adik dia meninggal..kat kluang la adik beradik mak, kalau setiap kali meninggal mesti ada je gangguan..ini sebab diorang membela..lepas tu mati, takde sape nk amek belaan tu.belaan tu mengamuk..merasuk anak2 dara..ramai sepupu2 dah kene..alhamdulillah reza adik beradk tak kena..

gangguan ni jadi waktu minggu lepas..adik nenek meniggal hari ahad minggu lepas..kire dalam seminggu ni la..(tapi kan..lembaga yang ayah nmpak tu..sebiji macam yang berdiri kat pintu bilik reza..waktu reza kne hempap..kaki die mcam manusia..tapi badan die besar..berbulu hitam pekat.eeeiiii bile teringat..rase nak muntah pon ade...geli sungguh sebab kene hempap dengan die!!)

semalam...reza balik dari shoot kat PD..lepas tu ibu nak hantar akak balik caah..adik2 semua ikut..reza malas la sebab nk buat nasi lemak..meniaga ngn penat sagt badan..so, reza pon tinggal sorang.adik laki g surau..asar tu dalam pkul 6, reza lepas solat terus mengaji (angan-angan nk khatam dalam 2 bulan ni..jadi sehari baca la satu juz smile)..mengaji punya mengaji..tibe2 orang dah azan..reza berhenti, solat mghrib..letak alquraan tu atas beg kat sebelah kanan dan solat. waktu solat, dalam rakaat kedua..dengan tak semena-mena..nampak ada asap putih pekat..keluar dari belakang beg...macam asap rokok..tapi pekat..berlalu..huh...tak khusyuk aku solat!! pas solat aku habiskan mengaji..alhamdulillah..settle..

aku pon buat la apa yang patut semua..tibe2 mak datang rumah..nk minta bawak g makan..reza kata ok la..pas isyak nti pergi..tak lama pastu dengar bunyi azan,reza pon terus g solat..(malas nk solat pas balik makan..kompem nnti tak solat..tido je terus..hihihi) waktu solat tu..dengar bunyi tapak kaki basah berjalan mundar mandir kat ruang tamu..rumah reza ni..masuk je pintu, ruang tamu..pastu ruang tengah..bilik reza dalam 3 langkah dengan pintu ruang tengah tu..lantai rumah pakai tikar getah lepas tu ada karpet kat tengah2 sederhana besar..so dengar dengan jelas nyata. tapi reza ingat adik dah balik dari surau..biarkn jelah..

lepas doa..reza terus panggil adik "iman...iman..ko da balik ke apa?" pelik..sebab adik memang suke rancangan yang reza tengah buka kat tv..tapi die tak masuk tengok tv...pastu reza keluar..tengok takde sape2...ape lagi..cepat2 la aku bersiap..kuar cari mak..hahahah nak bwak g makan..pastu terfikir..kalau iman yang balik..kenapa takde bunyi pintu?kan pelik..hurmm...

malam sebelum2 tu..iman tu biasa tido depan tv je..tapi sejak akhir2 ni die nk tido dalam bilik dengan reza..tah apa kene..satu malam tu, die tak dpt tido..die kata..dengar bunyi tapak kaki basah mundar mandir kat depan tv..diselang seli bunyi pempuan ketawa macam org sakit jiwa yang sekejap ketawa..nnti nangis..haa camtu la..peehhhh gile tak takut!!

tapi, reza cakap takde apa la..ko takut sgt kot masa tu..padahal saje je nk sedapkan hati die...ermmm g satu...reza tidur bhgian hujung..pkai tilam..takde kaltil..reza tak suke katil..huhuhu semak..atas kepala reza adalah penjuru bilik (kiblat) dan ada tingkap..haritu, adik pompan(eryn) die nak solat asar, tetibe je die lari keluar dengan muke pucat...die bisik kat reza..kenapa kat tilam kau bau kemenyan??berderau juga darah dengar..tapi reza cakap biasalah..petang2 macm ni die nak tumpang lalu..reza cakap..biasa bau macam minyak atar..atau bunga kemboja ke apa tah..tapi macam sekilas lalu je..mesti bau samada nak waktu remang senja..antara 6lebih(baru balik keje..) sampai nk solat mgrib..

so..kat sini reza nak luahkan rasa kesal...sebab keluarga nenek ada membela benda yang bukan2..dah macam2 cara nak buang saka tu..tapi ada pulak anak2 si mati yang nak..masalahnya..anak si mati pulak tak cukup kuat..jadi benda tu cari sedara lain..tak payah la nk terima benda2 macm ni..siapa susah??yang mati dah mati..tapi yang hidup yang kena kacau..tanggung beban..sampai ibu reza cakap..kalau kawen sok, kau duduk sini..mengandung anak sulung..ibu takut kat sana takde orang jaga..(pengaruh cerita DENDAM SARAKIT setiap malam jumaat)hihihi..tapi benda2 macm ni memang mencari anak sulung..entah sampai bile la nak berterusan gangguan ni.kesian kat mak..selalu lebam2..kne cekik dengan tengkorak..lebam2 leher die..disbelief

Wednesday 21 November 2012

YA ALLAH..BANTULAH SAUDARAKU DI BUMI PALESTIN


TAFAKUR - ZIKRAA





Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduaan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijap kalbu
Antara kau dan aku

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduaan
Merindui janji-mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduaan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya padamu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
..................................................................................................................................................................
YA ALLAH..... Sedihnya hati ni bila setiap kali dengar lagu ni...Lagi-lagi bila kita setiap hari dibanjiri berita kematian umat islam di Palestin...

YA ALLAH HANYA PADAMU AKU MENGADU..BANTUAN DI PERJUANGAN..

Semoga Allah membantu perjuagan umat islam...Tapi apabila difikirkan kembali...apa yang terjadi semuanya dengan kehendak Allah SWT..Jika Allah swt menginginkan mereka meninggala..maka mereka akan meninggal..begitu juga sebaliknya..Kita sebagai manusia biasa mampu membantu dengan doa dri jauh..Ada hikmah disebalik semua ini..mungkin dengan kematian umat islam ini..(mati syahid) insyallah, adalah salah satu petanda BESAR KIAMAT..kerana Allah swt telah berjanji..bahawa Umat Islam (yang betul-betul islam..masih ingat Allah..bukan macam sekarang..nama je Islam..tapi SELAM..minum arak..judi semua tu..) tidak akan merasa sakitnya KIAMAT..Masya-Allah..betapa mulianya Islam disisi Allah swt..~Semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi..semoga kita juga tergolong dalam golongan yang mendapat Rahmat dan Keredhaan Nya..InsyaAllah ~

Wednesday 14 November 2012

BEGINILAH HINA NYA MANUSIA YANG MENIGGALKAN SOLAT TANPA KEUZURAN


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam. Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.

Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), As-solah as Solah wa amalakat aimanukum. Maknanya, Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. Wallahu alam.

** gambar hanya hiasan semata

DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Kawan-kawan, petang ni ialah akhir tahun dalam tahun islam..
Jadi, menjadi kewajipan kita untuk membaca doa awal dan akhir tahun bagi menyambut kehadiran tahun baru..bukan dengan mercun taw..hihihi

Ini doa awal dan akhir tahun..semoga kita semua diberkati dan dipanjangkan umur oleh Allah swt sehingga tahun seterusnya :


Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.




Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

AMINNN..YA RABBAL'ALAMIN....


Monday 5 November 2012

7 PINTU NERAKA..BAGAIMANA LUASNYA..?


7 PINTU NERAKA

Yazid Ar raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada rosulullah pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Rosululah saw: Mengapa aku melihat kau berubah muka?
 Jawabnya: Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahwa

neraka Jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka- suka sebelum ia merasa aman daripadanya.

Lalu Rosullulah saw bersabda:
Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam. Jawabnya: Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama 1000 tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1000 tahun sehingga putih, kemudian 1000 tahun sehingga hitam, lalu menjadi hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar semua penduduk dunia karena panasnya. Demi Allah, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi niscaya akan mati penduduk bumi karena panas dan basinya.

Demi Allah, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke 7. Demi Allah, andaikan seorang di ujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di ujung timur karena sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam, perhiasannya besi dan minumannya air panas bercampur nanah, dan pakaiannya adalah potongan- potongan api. Api neraka itu ada 7 pintu, jarak antar pintu sejauh 70 tahun, dan tiap pintu panasnya 70 kali dari pintu yg lain. MasyaAllah

Dikatakan dalam Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu bahwa neraka jahanamKu itu: mempunyai 7 tingkat.
Setiap tingkat mempunyai 70.000 daerah.
Setiap daerah mempunyai 70.000 kampung.
Setiap kampung mempunyai 70.000 rumah.
Setiap rumah mempunyai 70.000 bilik.
Setiap bilik mempunyai 70.000 kotak.
Setiap kotak mempunyai 70.000 batang pokok zaqqum.
Di bawah setiap pokok zaqqum mempunyai 70.000 ekor ular.
Di dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta mengandung lautan racun yang hitam pekat. Dan di bawah setiap pokok zaqqum terdapat 70.000 rantai. Setiap rantai diseret oleh 70.000 malaikat.

Api yang ada sekarang ini, yang digunakan bani Adam untuk membakar hanyalah 1/70 dari api neraka jahannam (HR. Bukhari-Muslim). "Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, mereka akan mendengar kegeraman dan suara nyalanya". (QS. Al-Furqan: 11).

"Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir (neraka) itu terpecah lantaran marah". (QS. Al-Mulk: 7). Air di jahannam adalah hamim (air panas yang menggelegak), anginnya adalah samum (angin yang amat panas), sedang naungannya adalah yahmum (naungan berupa potongan-potongan asap hitam yang sangat panas). (Lihat QS. Al-Waqi'ah: 41-44).

Rasulullah SAW meminta Jibril untuk menjelaskan satu per satu mengenai pintu-pintu neraka tersebut.

"Pintu pertama dinamakan Hawiyah (arti harfiahnya: jurang), yang diperuntukkan bagi kaum munafik dan kafir.
Pintu ke 2 dinamakan Jahim, yang diperuntukkan bagi kaum musyrikin.
Pintu ke 3 dinamakan Saqar, yang diperuntukkan bagi kaum shobiin atau penyembah api.
Pintu ke 4 dinamakan Ladha, diperuntukkan bagi iblis dan para pengikutnya.
Pintu ke 5 dinamakan Huthomah (artinya: menghancurkan hingga berkeping-keping), diperuntukkan bagi kaum Yahudi.
Pintu ke 6 dinamakan Sa'ir (arti harfiahnya: api yang menyala-nyala), diperuntukkan bagi kaum kafir.

Rasulullah bertanya: "Bagaimana dengan pintu ke 7.?" Sejenak Malaikat Jibril seperti ragu untuk menyampaikan siapa yang akan menghuni pintu ketujuh. Akan tetapi Rasulullah SAW mendesaknya sehingga akhirnya Malaikat Jibril mengatakan, "Pintu ke 7 diperuntukkan bagi umatmu yang berdosa besar dan meninggal sebelum mereka mengucapkan kata taubat".

Mendengar penjelasan yang mengagetkan itu, Rasulullah SAW pun langsung pingsan, Jibril lalu meletakkan kepala Rosulullah saw di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar beliau bersabda: Ya Jibril, sungguh besar kerisauan dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka? Jawabnya: Ya, yaitu orang yg berdosa besar dari umatmu.

Nabi Muhammad lalu menangis, Jibrail pun ikut menangis. Kemudian nabi saw langsung masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang. Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapapun selama beberapa hari, dan ketika sholat beliau pun menangis dengan tangisan yang sangat memilukan. Karena tangisannya ini, semua sahabat ikut menangis, kemudian mereka bertanya: Mengapa beliau begitu berduka? Namun beliau tidak menjawab.

Sayyidah Fathimah az-Zahra melihat beliau karena tangisan yang tiada henti. Wajah Nabi menjadi pucat dan pipinya menjadi cekung. Sebagaimana yang diceritakan oleh Kasyfi, bahwa Bumi tempat beliau duduk telah basah dengan air mata. Sayyidah Fathimah as berkata kepada ayahnya, semoga hidupku menjadi tebusanmu, Mengapa Ayahanda menangis?

Nabi saw menjawab: Ya Fathimah, mengapa aku tidak boleh menangis.? Karena sesungguhnya Jibril telah menyampaikan kepadaku sebuah ayat yang menggambarkan kondisi neraka. Neraka itu mempunyai 7 pintu, dan pintu- pintunya mempunyai 70.000 celah api. Pada setiap celah ada 70.000 peti mati dari api, dan setiap peti berisi 70.000 jenis azab.

Setelah mendengar ucapan tsb, para sahabat Nabi menangis dan meratap, Derita perjalanan alam akhirat sangat jauh, sedangkan perbekalan sangat sedikit. Sementara sebagian lagi menangis dan meratap, Seandainya ibuku tidak melahirkanku, maka aku tidak akan mendengar tentang azab ini. Ammar bin Yasir berkata, Andaikan aku seekor burung, tentu aku tidak akan ditahan (di hari kiamat) untuk di hisab. Bilal yang tidak hadir di sana datang kepada Salman dan bertanya sebab- sebab duka cita itu. Salman menjawab: Celakalah engkau dan aku, Sesungguhnya kita akan mendapat pakaian dari api, sebagai pengganti dari pakaian katun ini dan kita akan diberi makan dengan zaqqum (pohon beracun di Neraka).

MasyaAllah.. Sungguh dialog yang sangat mengerikan. Para sahabat meratap dan menangis, bahkan Nabi dan malaikat Jibril pun menangis saat mengetahui tentang dasyatnya siksa di neraka.

Bagaimana dengan kita..?

#sedih la pulak biler terbaca entry ni...semoga kite semua tak tergolong umat yg masuk pintu ke 7


KERANA SEEKOR KURA-KURA, NASI DI DAPUR HANGIT

Al kisah...kita ni hidupnya dari turun-temurun nenek moyang. Walaupun kita ni keturunan Bugis, Jawa, Banjar dan sebagainya, kita dah hidup dan bercampur gaul dengan orang Melayu. Kita dah sentiasa terdengar berkenaan 'pantang larang tok nenek moyang'. Senang cerita, kita punya minda dah di set kan bahawa itu tak boleh, ini tak boleh. Boleh mendatangkan sial dan sebagainya.

Apa pula hukumnya? Sedangkan kita hanya mengikut sahaja larangan orang-orang tua dulu kerana mereka lebih arif @ lebih dulu makan garam. Dek kerana tidak mahu mereka berkecil hati, kita hanya turutkan. Namun, apa yang dikhuatiri, adik-adik kecil pon dah pandai cakap itu bawa sial, ini lah penyebab kita ditampa bala. Apabila ditegur, mereka akan cakap yang kita ni macam pandai sangat. Tidak kah mereka tahu dan sedar bahawa perbuatan dan kepercayaan mereka itu boleh menjatuhkan syirik kecil ke atas mereka?

Ini adalah salah satu daripada senarai perkara yang boleh menjatuhkan hukum Syirik Asghar (syirik kecil). Apa itu syirik kecil? Syirik kecil adalah syirik yang tidaklah mengeluarkan seseorang itu dari agama, namun ia tergolong dalam dosa-dosa besar dan dibimbangi orang yang melakukannya atau berterusan melakukannya akhirnya akan mati sebagai seorang kafir jika tidak diberi rahmat oleh Allah dengan taubat dan keampunanNya. Nauzubillah..

Mempercayai sial sesuatu. Sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa yang sial sesuatu (yakni kepercayaannya terhadap sial sesuatu) menghalangnya dari menyempurnakan hajat (atau urusannya), maka sesungguhnya ia telah mensyirikkan Allah”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan Ibnu Sunni dari Abdullah Ibnu ‘Amru r.a.)

Begini kisahnya :

Pada suatu malam, sedang seorang anak ini di dalam perjalan pulang ke rumah dengan menaiki kereta bersama adik-adiknya, maka terlihat dia akan seekor anak kura-kura yang comel yang ingin melintas jalan. Dek kerana hatinya meronta-ronta ingin membela kura-kura itu, dia dengan segera mengundurkan kereta dan meminta adiknya mengambil kura-kura itu untuk dibawa pulang ke rumah.

Buat sementara mendapatkan tempat tinggal yang lebih elok(akuarium), dia telah meletakkan kura-kura itu di dalam sebuah besen yang diisi air. Dia tidak mahu mencampurkan kura-kura itu ke dalam kolam ikan ayahnya, kerana dikhuatiri akan dimakan anak-anak ikan ayahnya. Sedangkan dia baru membawa pulang kura-kura sahaja ayah dan ibunya bising dan mengatakan kura-kura itu berpenunggu.Di dalam hati, dia merungut dengan kepercayaan ibu ayahnya. Namun, didiamkan sahaja.

Malam itu. rutin seperti biasa diteruskan. Mereka membuat nasi lemak untuk dihantar ke warung-warung berdekatan bagi menambah pendapatan. Namun, setelah penat seharian berjalan jauh, adiknya yang sedang mengukus nasi lemak telah terlupa untuk mematikan api kukusan. Lantas dek kepenatan, dia terus ke bilik dan tidur. begitu juga dengan kakaknya yang penat memandu jauh.

Tiba-tiba, lebih kurang pukul 12 tengah malam, mereka tersedar kerana terdengar kecoh-kecoh dirumah. Rupa-rupa adiknya telah terlupa untuk mematikan api kukusan. Oleh itu, air kukusan kering dan telah menghangitkan periuk. Entah bagaimana, api itu telah merebak ke bahagian alas dapur (alaskan kayu diatas jubin) dan membakar kayu alas dapur. Dengan kuasa Allah swt yang masih lagi menyayangi keluarga itu, ibunya telah disedarkan dari tidur. Apa lagi, dengan mulut bising telah mengatakan " kan aku dah kata bahawa kura-kura tu berpenunggu. Esok pagi-pagi pergi pulang tempat asalnya. Terbakar rumah dikerjakan. "

Esok paginya, sebelum keluar pergi kerja anak itu telah membawa kura-kura dengan berat hati dan terpaksa dilepaskan. Dia sangat menyayangi kura-kura itu kerana bentuk cengkerang yang coklat dan tinggi serta garisan kuning di atas kepala kura-kura itu. Namun, dek kerana ingin menjaga hati ibunya, dia malas untuk berbalah dan terus sahaja membawa kura-kura itu keluar tanpa sepatah kata.

Adik-adiknya yang masih kecil turut mempercayai bahawa kura-kura itu berpenghuni. Disini, apa yang kita dapati ialah setiap perlakuan dan percakapan ibu bapa akan memperngaruhui anak-anak. Apa pula akan terjadi dengan perkembangan akidah anak-anak? Kita bukan menidakkan kata orang tua-tua. Namun, kita perlu pandai membezakan yang mana harus dipercayai, yang mana tidak. Kerana, jika ianya berterusan , akan dikhuatiri menjatuhkan syirik kecil.

*Entry ini adalah bertujuan membuka mata orang-orang yang terlalu taksub melabelkan makhluk Allah lain bahawa ianya berpenunggu dan sebagainya. Atau lebih tepat, ada sehingga memujanya, mengikat kain merah, membaling syiling dan membuat hajat. DITEGASKAN DISINI, HUKUMNYA SYIRIK!!