Nuffnang Ads

Thursday, 20 November 2014

PILIH PELAMIN DIY

KALAU ikut bajet memang tak buat pelamin...
Tapi macam cantik je pelamin-pelamin diy ni...
adeehhh virus betul...
lagi-lagi bila tengok..barangnya kebanyakan ada je kat rumah....
korang rasa..patut tak buat pelamin diy utk simple2 je?

ni antara pelamin-pelamin pilihan....


oke...yg ni sebab cik abg ni memang pemain liveband...pemain bass..jadi macma tema je kan? hehe


yang ini ala2 suci dalam debu gituw...tapi santek nyeeee <3 <3


yang ini ala2 homie kan...very simple but nice


yang ini memang sangat simple n barang semua ada..korang certeka? ok tak...ehheh


oke...pengakuan ikhlas...aku sangat2 suka warna kuning...ini...cantiknyeeeeee....tapi tema?? PINK + PURPLE

acanaer????sob...sobbb

Tuesday, 11 November 2014

NAK KAWEN!!!

Assalamualaikum...dan selamat petang...

Mak aii..lamanya aku menyepi...sekarang nak buat blog ni jadi blog harian lah...
dah malas nak update pasal berita semasa hahahha....

Ok...sekarang..aku sibuk buat persiapan perkahwinan...
Urusan tok kadi semua dah settle...yang tinggal...
urusan majlis...kenapa tah..makin nak dekat majlis..aku terasa duit makin tak ckup...
Takutnya aku Ya Allah....
permudahkan lah urusan aku ni....

Selendang nikah n sanding pun tak cari lagi...seriau weh...
lagi 38 hari je...jeng..jenggg..jenggg.....
kenapa la dengan aku ni...risau sesangat2 dah....

Kad aku design sendiri...nk buat kad 350 keping je...
tapi semua mahal2...sampai kan sekeping ni jadi 60sen printing..mak ai...
mula2 aku buat design macam poskad je...
tapi memandangkn aku pikir last2 print sendiri lagi bagus...
ha amek kau..puas aty...buat sendiri..beli sendiri ink apa semua..modal baru RM150 siap kad..ink..envelope...hahhaa abis printer opis aku kekah kan...

Friday, 20 June 2014

NAK KURUS SIHAT?

Setelah berapa kurun aku menyepi...
ni aku nak aktif balik berblogging...
almaklumlah...cepat beno putus asa nya....

sejak akhir2 ni reza struggle untuk kurus dan jadi cantik
y??? sebab semua baju dah tak muat..
tak benti2 nangis..sampai rasa nak isap ganja..sampai bdan kurus..

ada ke patut?? bodoh..bodoh...
entah macamna terjumpa pulak dengan sorang trainer ni...
dalam wechat je pun...pastu die marah la...
dia sanggup jadi trainer asal reza kuat semangat nak betul2 kurus dan diet...

fuhhh menangis juga ikut cara dia...
dan..reza nak share..pada sesiapa yang nak cuba ye...sebb reza alhamdulillah dah berjaya..
so far..masih nk turunkan lagi berat badan...

PANTANG DAN PERATURAN YANG PERLU DIIKUT SEPANJANG BERDIET :

1- jangan makan sambal (sebab berminyak dan makanan berminyak enhance jerawat  + lemak)

2- sila amalkan sarapan bihun kosong untuk sarapan tanpa sambal dan digoreng putih mcam bihun goreng singapor..bersama sayuran

3- nak lebih cepat turun..sila amalkan makan oat + susu HL rendah lemak + pisang = satu ari boleh membuang 2@3 kali..dan sangat2 bangus..

4- setiap pagi dan petang MESTI BUAT WORKOUT = TIADA SHORTCUT UNTUK KURUS

5- Reza disarankan buat sit up, legless dan juga beebrapa cardio (senang cite memang reza ambil kat youtube video Joanne Soh..die ni trainer..dan sangat2 memberi semangat pada reza la..) boleh pilih beberapa jenis senama..yg paling penting sit up dengan squat bagi perempuan yang punggung nak cantik..tak besar dan solid..dan...setia petang reza akan jogging kat tasik lebih kurang 3 round..mula2 memang macam nk tercabut tulang2..at last..sangat selesa...dan badan ringan

6- Jangan skip makan dan makan ikut masa. COntoh : pagi sarapan oat. Tengahari makan spagethi dengan ayam panggang dan sayur . Malam, senggam nasi, ayam dan sayur
kalau nak kurus..kita perlukan protein dalam setiap makanan..sebab protein tu yang akan membantu kita..contohnya...dua keping roti, dan 2 biji telur separuh masak..reza amalkan minum kopi o setiap pagi..memandangkan ianya salah satu diet Rasulullah saw dan kopi mampu meningkatkan tahap metabolisme tubuh. Serta..makan 1/3 untuk makanan 1/3 untuk air dan 1/3 untuk angin..

Alhamdulillah...dengan segala usaha yang diberi ini..
dalam masa sebulan sahaja nampak perbezaan...
dari mulanya..baju size XL pun ketat that should be mention im wearing XXL size for sure..
sehingga reza fit to M size...
memang teruja sangat2...
seluar jeans...size 36 dah ketat dan terpksa beli baru..
dalam masa seminggu sahaja..seluar dah pakai size 30..

KORANG PERCAYA? IF TAK PERCAYA...KORANG TRY IT ON URSELF...
TENGOK RESULT..AND PLEASE...SHARE UR MOMENT WITH ME.. ;)

Tuesday, 23 July 2013

NUSYUZ SI ISTERI YANG KADANG KITA TAK NAMPAK


Tanda isteri nusyuz banyak, antaranya:

Menyakiti hati suami

Rasulullah SAW selepas peristiwa Israk dan Mikraj, bersabda kepada sahabat wanita bermaksud: “Kebanyakan ahli neraka adalah wanita. Maka menangislah mereka (sahabat wanita) dan bertanya seorang daripada mereka: Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? Baginda menjawab: Tidak. Mereka menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur nikmat yang disediakan suaminya.” (Hadis riwayat Muslim).





Puasa sunat dan membawa masuk lelaki ke rumah tanpa izin

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat jika suaminya ada di rumah serta tidak dengan izinnya, dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya (walaupun saudara mara) dengan tidak meminta izin suaminya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Keluar rumah tanpa izin

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila seorang isteri keluar rumah, sedangkan suami membencinya (tidak mengizinkannya), dia akan dilaknat oleh semua malaikat di langit dan semua apa yang dilaluinya (di bumi) selain daripada jin dan manusia, sehinggalah dia kembali semula (kepada rumah suaminya).” (Hadis riwayat Thabari)






Meminta cerai tanpa sebab

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya (tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak) haram baginya bau syurga.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)









·Menolak bersetubuh tanpa alasan

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah isteri itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday, 22 July 2013

MATI DENGAN CARA YANG PELIK

Setiap manusia pasti tidak akan terlepas daripada ajal maut. Di dunia ini sahaja terdapat banyak kisah-kisah pelik yang boleh mengakibatkan kematian seseorang.

Tapi dalam banyak-banyak kematian pelik, kematian yang dinyatakan di bawah ini lebih pelik. Tak percaya? Jom baca!


Meninggal kerana janggut. Hans Steininger, merupakan orang warga Austria yang terkenal kerana mempunyai janggut yang terpanjang di dunia sekitar 140 cm. Pada suatu hari di tahun 1567, terjadi kebakaran yang mengakibatkan huru-hara. Beliau lupa mengikat janggutnya yang panjang. Kerana terburu-buru, dia terpijak janggutnya sendiri dan terjatuh. Lehernya patah dan dia pun mati. 


Meninggal kerana menendang peti. Kejadian berlaku pada awal abad 20. Jack Daniel, seorang pengusaha Whiskey terkenal di Tennessee, Amerika Syarikat ingin membuka salah satu peti, namun dia terlupa nombor kombinasinya. Dia mengamuk dan menendang peti tersebut. Salah satu jarinya terluka menyebabkan infeksi dan akhirnya dia meninggal dunia. 


Meninggal ketika membicarakan tentang Hitler. Pada tahun 1943, seorang pengkritik politik bernama Alexander Woolcott meninggal setelah mengalami serangan jantung ketika sedang membicarakan tentang Adolf Hitler. 


Meninggal kerana kulit jeruk. Bobby Leach (1858-1926) adalah seorang pelagak ngeri. Dia juga orang kedua di dunia yang berjaya menakluki air terjun Niagara hanya dengan menggunakan tong barrel. Dia meninggal tahun pada tahun 1926 kerana tergelincir akibat terpijak kulit jeruk di tepi jalan. Kakinya patah dan akibatnya infeksi yang sangat parah. 



Meninggal kerana menahan buang air kecil. Tycho Brahe (1546-1601) adalah seorang ahli astronomi. Pada tahun 1601, beliau sedang menghadiri jamuan makan besar yang sangat lama, di Praha (sekarang Czechoslovakia). Adat pada zaman itu meyakini bahawa ketika menghadiri jamuan makan, membuang air adalah sangat tidak sopan. Akibatnya beliau terpaksa menahan daripada membuang air kecil selama jamuan itu berlangsung. Kandungan bahan toksik di badannya tidak mampu menahan sebegitu lama. Akhirnya, beliau meninggal 11 hari kemudian.

Namun apa cara pun kematian kita, jika kita sudah ditakdirkan meninggal dunia, maka meninggallah kita!

KREDIT : CARI FORUM

Monday, 24 June 2013

JIN BERTEKNOLOGI TINGGI ~PANDAI BERtweet~

Saya sengaja mengetengahkan berita ini kerana tertarik pada gambar penempatan kuno yang di muatnaik di Twitter

Sebuah akhbar harian berbahasa arab Ajel mendakwa jin juga menggunakan Twitter di Arab Saudi serta mempunyai pengikut berjumlah 161,000. 



Jin tersebut telah memuatnaik gambar sebuah ladang di Yaman yang berusia 100 tahun dahulu. 


Gambar yang di dakwa sebuah ladang yang seperti syurga 90 tahun yang lalu.


Kata jin tersebut, "Saya ialah Jin tulen, kepada semua manusia, saya Jin pertama menggunakan Twitter.
Mungkin ada dikalangan anda beranggapan saya
berpura-pura, sebenarnya saya memang Jin
tulen dan anda akan melihat keajaiban pada
akaun Twitter saya tidak lama lagi" Jin tersebut juga mendakwa dirinya sukakan
keamanan, tidak mahu cederakan sesiapa dan suka
bersahabat dengan semua manusia serta
mengetahui tingkahlaku mereka. 


Jin tersebut juga mendakwa dirinya tinggal di sebuah rumah di tengah padNg pasir yang tandus di Arab Saudi. 


Seorang pengunjung menghubungi pemilik akaun Twitter Jin tersebut dengan nama palsu, namun Jin
itu dengan segera memberitahu nama sebenarnya,
alamat dan bandar yang diduduki pengunjung
tersebut. Pengunjung itu berasa takut lalu
membaca ayat-ayat suci.

Ada juga yang menganggap bahawa jin ini sebenarnya adalah seorang penggodam . Ada pula yang berkata ia adalah syaitan yang cuba menyesatkan manusia. Tapi biar apa pun, terpulanglah kepada anda untuk percaya ataupun sebaliknya.  

Ada yang berkata teknologi Jin jauh lebih canggih daripada manusia.
Wallahualam...

KREDIT : CARI FORUM



Monday, 17 June 2013

HIMPUNAN BELIA JOHOR 2013

HAAAAA......

semangat reza nak buka blog pepagi ni sebab tak sabar nak masukkan entry pasal himpunan hari belia johor 2013 ni. Reza terlibat secara lansung dengan program..sebab ikut bos. so kira pekerja opis kitornag yang 3 kerat ni menjadi krew atau pun urusetia.

Tapi...dalam part yang paling reza tak sabar ialah menunggu hari ahad. Sebab nya...member2 NIMOTA nak datang untuk auto show...perghhh dahla memang minat giler dengan nimota ni. Kenal dengan budak ni pun dari hasila carian 'look around' kat wechat..eheheh jadi tak sabar la nak jumpa dan sembang depan-depan.





Akhirnya...tiba hari yang dinantikan. Hari ahad...tapi disebabkan kepenatan seharian program pada sabtu tu, ahad pada hari perasmian oleh Menteri Besar Johor..reza terlambat datang..huhuhu sedih....

Sampai je sana...dah siap dah semua...tengah bersalam-salaman je..hehehe

Dalam pada tu...reza dah kena marah dah dengan sorang mamat ni..die bertugas sebagai polis trafik yang jaga kawasan tu pada hari sabtu. pun hasil carian 'LA' kat wechat sebab kebosanan waktu tu..heheh

mamat ni cakap la..sepatutnya awak yg tunggu MB tu,,bukan MB tunggu awk..huhuhu tau jelah..polis kan..memang pon garang...dah memang reza salah..so reza ketawa jela..buat muke tak bersalah...

Setelah habis..siap semua..sekarang ni masa untuk edar sijil penghargaan kepada belia kerana sudi datang memberi sambutan dan memeriahkan majlis. Reza ambil la banyak sikit..lepas tu cabut pergi ke kawasan auto show kat belakang sekali..heheh konon2 datang tu nak bagi budak2 nimota tu sijil..padahal segan la nak datang dengan tangan kosong...


ini lah dia budak-budak nimota..datang dari beberapa tempat..segamat, labis, yong peng dan johor. Dia ada nama group dia..kalau tak silap 1heart 2 country ke hape la..tak berapa ingat..hehehe

ini dia motor kawan reza...nampak simple..tapi reza minat heheh minat tuanya ke..motornya?? hahaha
motor la...tuan nya encem...tah-tah ada gf dah...tak pernah nak tanya..hehehe


ini budak JB...dia datang atas jemputan dan buat stunt...gila..hebat wooo...macam-macam aksi bhaya dia buat..kata kawan reza..sebelum ni berlatih buat stunt..pakai yang kawasaki tu...tapi jatuh..habis hancur..huhuu berani betul dia ni

ini pula gambar Datuk Zulkarnain Kamisan...Exco Belia Johor..belajar dan cuba bawa motcross..heheh buat satu pusingan je Datuk..


Akhirnya...tiba lah masa untuk mereka balik...heheh...so..ambil satu gambar kenangan..jeles kawan2 dia..ambil gmbo dengan dia je...dengan kwan lain tak nak..heheheh

entah macamana..kebetulan nak ambil adik yang baru balik bengkel UPSR dibawah tajaan SIme Darby tempat akk reza kerja. Akak reza kerja kat Ladang Caah..kire satu hala lah dengan diorang ni. So, cepat2 reza wechat diaorang..tanya kat mana...nak lepak lagi..hahahah lahaiiii...

Kebetulan diorang kata kat dataran yong peng. Jadi reza dengan adik dan anak akk..pergi la ke dataran sana...haa...kemain ramai lagik budak2 tengok diorng ni buat aksi...aihh..yang perempuan tak ketinggalan..siap duduk lepak dekat2 dengan kitaorang..ishhh...tak manis dik..huuhu




ni anak akak..hehehe suka lah dia...baru bangun tido dah dapat naik motor besar..ni budak yong peng...dia ada buka kedai makan kat Taman Desa...tapi serius..dorang ni semua baik-baik..tak de lah macam sesetengah budak2 motor yang rasa diri diorang tu macam hot sangat...

Dalam pada sibuk2 semua buat aksi stunt..si kawan reza ni...motornya kehabisan clutch!! alamak....macam mana nak balik Labis ni???


semua pakat2 berhenti buat stunt...tolong si aus ni...buat punya buat..sampai ber peluh2...akhirnya dapt buat..rupanya cuma stuck je..heheheh si aus da senyum2...

dia kata.. " fuhhh nasib baik boleh betulkan..kalau tak...mau aku balik Labis naik kereta kancil..." hahahha cakap balik labis dengan reza la tu..sebab kan reza bawa kereta..ehhehe....

so far..diorang memberi dorongan penuh untuk reza terlibat...lagipun reza cakap...reza nak tolong diornag masukan kelab ni under belia..kan best..macam-macam benefit boleh dapat..diorang pun setuju =)