Nuffnang Ads

Tuesday 17 July 2012

JAMBATAN BUNIAN DI PORT DICKSON??

Berikut adalah perbualan seorang ibu dan anaknya ketika mereka masuk tol Port Dickson..

mama : tau tak kat highway PD ni ade jambatan untuk orang bunian?

aku : hah? katne ( dengan muke tak tahu takot lansung)

mama : ade 2 jambatan tau.. satu kat pintu gerbang nak masuk PD tuh.. dulu kat highway PD ni slalu ade eksiden sebab mostly kete2 yang lalu situ tengah2 malam akan ternampak "something" kaler putih melintas jalan.. so ramai yang terbabas....sebab tu kerajaan nesmilan ni buatkan jambatan untuk bangse bunian ni... so nnt korang tengokla jambatan tu..kecik je... dalam 1.5meter cmtu je lebar die...

aku : yeke? tapi xperasan pon tadi...

mama : memang la.. dah tentu la kite lalu sini malam kan .. memang la tak nampak.

aku : xpe la ma.. esok akak keje kan .. akak tengok pagi esok la k.. (sangat2 eager nak tengok!)

mama : tengok la...tapi hati2 la tau... kne beringat same.. betulkan niat tu... niat nak tengok jambatan tu je tau..

aku : baek ma!

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil oleh anaknya ketika perjalanan balik ke k.l dari PD..


check Point 1 : pintu gerbang keluar PD


Check Poin 2 : singnboard


Jamabatan Bunian 1-a


Jambatan Bunian 1-b


Jambatan Bunian 1-c
Kalau ditetliti, jambatan ni akan berakhir di kawasan semak...


Jambatan Bunian 1-d


Check Point 3
Selepas Signboard ni


Check Point 4
Selepas Hentian ni


Check Point 5
Dah dekat tol


Check Point 6
Dari sini dah nampak dah jambatan tu



Jambatan Bunian 2-a


Jamabatan Bunian 2-b


Jambatan Bunian 2-c
Tak berapa close..tapi nampak macam berakhir dengan semak juga..
Scary rite??
Biasanya kita yang tak tahu ni akan agak yang ini jambatan biasa..tapi bila dah tau, mesti scary nak lalu sini malam-malam kan..Jadi ingatlah..kita kat dunia ni, saling berkongsi..


Thursday 12 July 2012

Beach Resort, Varosha, Cyprus yang terbengkalai dan sejarahnya

Dahulunya..ia adalah salah satu resort terbaik dunia.
Ia mengalu-alukan bintang seperti Elizabeth Taylor, Richard Burton, Raquel Welch dan Brigitte Bardot.
Tetapi pada 1974, ia telah diduduki oleh tentera Turki.
Cyprus telah dibahagikan di Utara dan Selatan, dan Varosha telah dipagar keluar.


























Muhammad Al-Fatih adalah sultan Uthamaniyah pertama merintis kemenangan dalam pertempuran di laut apabila baginda mengerahkan armada dengan kekuatan 180 kapal perang dari Gallipoli menuju Laut Aegean pada 1456.Sejarah Cyprus dan Turki bermula sejak 1570 dan pendaratan tentera Turki dipantai pulau itu pada 20 Julai 1974 adalah satu rahmat bagi lebih 200,000 rakyat Cyprus Utara berketurunan Turki.Etnik Greek, Greek Cypriot melancarkan kempen Enosis yang menyaksikan gerakan penghapusan etnik bagi mewujudkan sebuah negara Cyprus yang bersatu dengan Greece.

Akhirnya selesai dengan campur tangan kerajaan itu, Sekali gus memisahkan Cyprus kepada dua entiti,utara dan selatan.Girne Kapisi atau Kyrenia Gate menyaksikan seribu satu detik peristiwa sehingga terbentuk negara republik yang muda, kerajaan merdeka Republik Turki Cyprus Utara tanggal 15 November 1983.

Ribuan etnik Greek menyeberangi sempadan ke Cyprus Selatan selepas pulau itu dibahagi dua.Tindakan sama dibuat etnik Turki yang berhijrah ke utara untuk memulakan kehidupan baru lebih aman.Hari ini negara kecil yang terpinggir itu berusaha mendapat pengiktirafan dunia dan pada masa sama berhasrat untuk turut menyertai blok ekonomi Eropah.Republik Turki Cyprus Utara merdeka pada 1983, namun hanya Turki satu-satunya negara yang mengiktirafnya sebagai entiti berdaulat.Hubungan sejarah antara Turki dan Cyprus Utara begitu ketara dan berterusan hingga sekarang dipaparkan melalui episod ke-14 siri Jejak Rasul 11 yang menemui penonton TV3 setiap petang sepanjang Ramadan ini.

Sejarah kehadiran tentera Uthmaniyah memasuki Lefkosa pada 1570 menamatkan zaman penindasan rakyat oleh Venetian akan terus dikenang. Begitu juga pemberontakan orang Greek terhadap kerajaan walaupun ia tidak seburuk konflik etnik 1963 lalu.Peninggalan kesan sejarah di pulau Cyprus Utara ternyata membawa peringatan dan pengajaran agar kejadian lalu dikenang bagi mengelak kesilapan daripada berulang.FAMAGUSTA atau Gazimagusa adalah kota pelabuhan Cyprus Utara di timur Lefkosa yang disinggahi pelbagai tamadun bangsa sepanjang sejarah kewujudannya. Ia juga menjadi pelabuhan sibuk pada zaman Venetian hingga hari ini.












Mengapa cinta,hati dan bunga sering dikaitkan..?




Bunga dan lingkaran berbentuk hati



Ros Putih dan Merah yang menyemarakkan lagi perasaan cinta





Pencinta Romantis






Rasulullah saw sendiri adalah seorang yang romantis terhadap isteri-isterinya terutaman Siti Khadijah.
Hawa tercipta daripada rusuk kiri Adam as. Wanita adalah seorang yang lemah lembut serta halus budi pekertinya. Mereka ini ibaratnya perlu dilentur dengan penuh kesabaran oleh lelaki, bukan 'dibengkok' dengan cara kasar kerana ia akan mudah 'patah/rosak'






Permainan Extreme untuk mereka yang Extra Extreme










Agak-agak....ade tak yang waktu turun dari permainan tu pengsan??sakit jantung...hahaha