Nuffnang Ads

Saturday, 18 May 2013

RASUKAN DI BATU PAHAT 11 MEI

EP 6


Waktu tu kan wong tak nak ada sebarang cahaya. Semua kamera dah dipadamkan. Lepastu budak A ni duduk paling depan menghadap wong..sambil hisap rokok. Wong minta rokok tu..budak tu pun bagi lah..wong terus hascurkan pakai tangan dia..dia baling kat muka budak tu..budak tu terdiam je. Wong jegil biji mata kat dia..Ibu cakap kat wong...kau ni kuat semangat..kau kene kuatkan semangat...

Wong nak cepat baik kan? Wong tak nak ikut dia kan?? Ingt keluarga..ingt kawan2..ingt mak ngah ni..kata ibu sambil tuding jari kat dada...

Ibu usap-usap ubun-ubun wong sambil tak henti2 baca potongan ayat dari surah yassin...
Wong mulai lembut hati. Dia baring kat peha ibu. Cara ibu pujuk dia sebiji macam budak kecil. Last-last dia setuju nak keluar..tapi dia tanya ibu...”selendang aku mana...selendang aku??” terkejut ibu...sebab petang tu ibu ada cerita pasal selendang bunian...

Waktu tu reza berdiri belakang dia...kat kawasan nak masuk ke bangunan tu reza nampak macam tasik ke kolam..tapi cukup cantik..cukup bersih..reza beristghfar...paling muka...reza tengok lagi...memang ada...dalam hati dah fikir..agaknya..ini dunia dia..pintu masuk dia..patutlah wong nak ‘keluar’ dia menghadap pintu ni sambil kaki berlunjur.

Ibu pergi pada crew, tanya...mana barang wong? Dia ada barang apa?

Budak-budak bagi sweater dia...lepas tu reza terus duduk dengan crew. Ibu pergi settle kan wong.
Waktu kitorang duduk dan berbincang tu ketua crew nak minum..kehausan. dia ambil botol air mineral ‘mesra’ yang dibawa tadi. Asalnya botol tu penuh lagi..tapi waktu wong mengamuk dia tendang benda tu, tumpah air. Waktu nak diminum, airnya tinggal sikit. Jadi ketua (RB) goncang btol tu..berbunyi...klang klung..klang klungg...ehh pelik..bunyi apa ni? Mula-mula kitorang blur.. lepas tu, RB suluh lampu kat botol air tu...nasib lah tak minum..tau tak apa dalam tu?? Minyak botol attar dalam tu dengan penutup dah terbuka. Diorang cakap..eehhh siapa yg buat ni? Sume geleng kepala. Reza cakap lah, botol ni jatuh tadi waktu mula-mula wong mengamuk.jatuh depan mata reza. Memang reza nampak yg botol ni asalnya penuh lagi..airnya pun sejuk lagi. Reza yang angkat botol ni. Betulkan...tapi..siapa yang masukan botol minyk attar?
Terbantut hasrat RB nak minum. Dia buang aje botol tu. Lepas tu ibu datang kat kitorang. Ibu cakap wong setuju nak keluar tapi dengan syarat dia nak semua yang ada kat sini keluar dari kawasan. Dia nk berbual dengan RB sorang je. Yang lain balik. Ok..semua setuju..waktu ibu nak pergi pada wong balik, ibu suruh budak2 yang kepung dia balik dulu..yang si A ni, dia bangun je dari duduk tu terus dia buka bunga silat.

Melompat terus si wong ni. Apa lagi...mengamuk lah ibu..ibu tepuk bahu A, ibu suruh dia tutup langkah. Bergerak balik. Si A yang biadap ni boleh merengus lepas tu cakap “isshhhh....kacau lah..” time tu ibu kata, kalau anak aku..memang dah kena tampo mulutnya...dia yang bawa masalah, lepas tu dah elok..nak naik kan balik kemarahan si wong.

Elok semua bergerak nak balik, boleh pulak A pandang menghadap belakang wong sambil cakap..”sawadikapp...” ibu angkat tangan nak penampo dia. Cepat-cepat die blah sambil cebik bibir. Waktu diorang nk turun dari bukit kecil tu, ada budak silat rebah. Muntah...diorang papah cepat-cepat balik ke kereta. Kitorang tak terus turun. Kitorang semua dengan crew tunggu kat sebelah pondok guard. CS perhatikan wong dengan RB dari pokok besar kat semak. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Jadi kitrorang balik ke kereta. Budak-budak dah mula bernasur balik. Ada pulak satu budak silat ni..budak penggerang johor, dia minat kat reza..katanya nak baca cerita-cerita reza..lepas tu ambil no tepon ayah..aduyaiii die ni..time2 cenggini pun sempat nak ushar aku kat ibu ayah...

Sampai kat kereta, jam dah pukul 3.40pagi. reza tunggu crew semua kat kereta nak pergi minum sambil sembang-sembang sebab esok pukul 8 pagi diorang nak balik dah. Wong sampai kat kereta sambil dipapah crew. Badan dia nampak tak larat. Dahla kuruihhh..alahaiii..tapi, waktu kena rasuk tu..sepuluh pesilat kepung..semua dia tepis..dia pun bukan kosong...dia ada belajar ilmu dari atuk dia..silat dia pun bukan calang-calang punya..main patuk ubun-ubun punya silat.

Waktu dah sampai kat kereta..reza, ayah ibu semua keluar sebab wong nk minta maaf dan salam ibu ayah. Dia peluk ibu ayah..saat ni..rasa tacing gile..sampai reza pun nak keluar air mata. Reza terus nak masuk ke dalam kereta. Waktu pusing belakang kereta tu..reza berhenti. Reza pandang ke seberang jalan berhadapan stesen minyak tu. Dalam semak-semak tepi jalan tu, ada satu je pokok pisang separas dada orang dewasa. Apa yang buat reza terberhenti tu..ada sorang nenek bongkok...dengan kebaya hijau pucuk pisang, rambut sanggul tinggi, pakai kain batik coklat..tengah duk pandang kitorang...tak bergerak-gerak..reza pun stun kat situ tak gerak-gerak. Reza baca ayat qursi..tiba-tiba rasa panas belakang badan reza. Sekali reza toleh, ayah punya perut buncit da...menjerit lah reza..apa lagi..hahahahah terkejut punya pasal..

“apa lah...tadi bukan main lagi macam hero tamil..pasang semangat kuat. La ni, tengok dari jauh pun nak jerit..” ibu mengusik reza sambil semua orang ketawa.

Siot betul...kata ibu dari kita berkumpul ramai-ramai lagi nenek tu dah ada.dia duk perhatikan  kita..
Sampai kat kereta...diorang nak balik. Tapi reza pujuk pergi minum dekat-dekat dengan area rumah. Waktu kat kedai makan tu pun, wong masih dipapah. Kitorang nak duduk, group budak silat tadi rupanya open table sebelah kitorang..aihhh terjumpa jugak budak nya..melingas je mata si wong cari A. muka dia macam orang tak puas hati je.. Mata dia terbeliak..takut..hahahah dah dia nak dengan ibu je..jadi dia diduduk kan sebelah ibu. Reza berdepan dengan dia. Waktu order air..eryn minta limau suam..kwan tanya dia nak air apa..dia dengar eryn order tu, dia sambung ‘ais’ sambil tunjuk 3 jari. Terkejut jgak along. Betul ke ni? Nak 3? Dia angguk kepala.

Minuman sampai. Sambil berbual kitorang minum. Reza duk perhati wong aje..tangan dia habis bercalar-calar. Orangnya putih..habis merah-merah lengan dia. Dia minum limau ais 3 gelas dengan one shoot je. Dia letak bibir kat straw. Dia sedut sambil tengok cawan. Tak sampai berapa saat dah habis. Dia tukar cawan kedua..cawan ketiga. Perghhhhh bulat biji mata reza tengok. Die ni..apa masih ken rasuk ke? Dah habis minu, dia ketepikan cawan..dia pandang reza. Cepat-cepat reza pandang ibu..perghhh...takut betul waktu tu..eheheh lepas tu reza buka cerita..pasal budak A ni..diorang pun dah agak dia yang buka gelanggang...dia cabar..tu yang kebetulan wong pun tak kuat..kena..tapi katanya, wong ni tak pernah kena rasuk. Ni baru pertama kali. Kalau RB pernah la..waktu kat kubu baru dulu.

Habis minum dan sembang, dah pukul 5.30 pagi. Semua dah kepenatan nak balik. Kami berpisah..diorang kata lepas raya nak stay sini dalam seminggu. Haaa...memang meriah lah..heheheh mesti banyak lagi cerita reza boleh update kan? Ok...cerita ni..setakat ni jelah..

Moral dalam cerita ni, kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga. Baru belajar ilmu sikit...riak dah lebih..bangga sangat..susah dan menyusahkan orang lain..

No comments :

Post a Comment