EP 1
Assalam dan selamat pagi...
Reza nak cerita serba sedikit
pengalaman reza. Tapi reza tak berniat lah nak memesongkan akidah sesiapa ke
apa ye. Kalau ada rasa tak senang dengan post reza..mohon jangan baca....
Post kali ni berkenaan pengalaman
reza ikut kawan shoot paranormal a.k.a entiti. Reza dah berkawan lama dah
dengan diorang ni..tapi thru pesbuk je, pastu call ke msg ke..just macam tu.
Ada lah ebberapa kali diorang cakap buat aktiviti sana..sini..tapi tak pernah
terdetik pun nak ikut.Mungkin salah satu sebabnya dah selalu jmpa hantu...malas
nak pergi cari..kat rumah pun bersepah-sepah hehehe...
Kebetulan kawan-kawan tu datang
ke Batu Pahat, tempat reza. So, memang dah baik kan dengan dia ..rasa nak
sangat jumpa. Rupanya dia shoot sabtu petang tu kat bawah area rumah je..iaitu
padang golf. Golf Club tu dalam nya ada satu jalan kecil yang akan mengunjur ke
beberapa buat rumah (banglow tinggal) yang kini tidak didiami oleh sesiapa pun.
Banglow tu semua asalnya adalah banglow tinggalan British dulu. Ada macam-macam
kisah terjadi dan akhirnya menghantui penduduk banglow terbabit.
Antaranya pakcik pengawal kat
golf tu pun sampai kurus kering dek kena kacau...dia kata setiap malam dia akan
dipeluk dari belakang..heheheh apa lah..kne peluk pun takut. Mesti korang pikir
macam tu kan? Gila hape..kena peluk dengan hantu kot...macam –macam gangguan,
tak ada sesiapa pun yang jadi jaga kat sane tu tahan. Pakcik ni je
bertahan...heheh hantu gatal...Ikut kisahnya, ada orang mati dibunuh dalam
rumah banglow tu. Tu yang berhantu dan menghantui. Sejak dari tahun 60an lagi
(zaman ibu kecik2 ) penduduk kg dah tak dibagi main berdekatan sana.
“cakap pada kawan-kawan kau, tak
boleh ke kubur panjang. “ tiba-tiba je ayah cakap macam tu.
“lah, kenapa pulak? Tiba-tiba je?
“ biasalah org muda..apa yg nak tak dapat mula la nk protes hihi reza la ni
yang memprotes sambil buat duck face kat ayh.
“dah gerimis. Syirik percaya.
Tapi, ini memang petanda. Kawan ibu yang patah kaki tu macam ni lah kejadian
yang dia kena. Tapi diorang degil..” kata ibu berlembut.
Reza pun msg kawan cakap tak
boleh ke kubur panjang untuk tinjauan. Kalau diorang cakap awal, insya Allah
ade rezki diorang tengok barang lama keturunan reza iaitu meriam beranak dan
lembing. Tapi, tak rezki kot. Akhirnya reza ikut diorang ke sebuah bangunan
tinggal yang terletak kat tepi bahu jalan menghala ke tanjung labuh tu.
No comments :
Post a Comment