Nuffnang Ads

Saturday, 18 May 2013

RASUKAN BATU PAHAT 11 MEI

EP 3


Reza terus capai fon yang tengah cas kat sebelah. Reza pun msg pada CS..
”hati-hati ye...sebelum datang baca apa yang patut..saya rasa malam ni ada gangguan..saya nampak ada yang ikut kumpulan awk “

CS balas “ ye trima kasih, saya tahu. Memang ada yang ikut. Dari semalam kitorang buat shoot kat rumah orang Sigapore lagi dah ada yang ikut balik. Tapi jangan risau...rumah yang kitorang duduk ada pagar..”

“ Pagar pun tak guna...kalau yang masuk tu tak bagi salam....” balas reza sekadar mengingatkan..

“Ye..Insya Allah...malam ni jadi datang? Berapa orang datang?”

“Entah...jadi kot...tengok ayah lah. Macam jadi, macam tak...”

“alaaa.. datanglah..boleh sembang-sembang..ni nanti ada budak-budak silat ikut sekali..”

“Budak silat mana? Berapa orang? Kalau ramai-ramai saya tak nak ikut lah. Segan je..”

“ Lahh...ikut jela..budak-budak tu satu kereta je kot...”

“ oklah..apa-apa kita jumpa kat sana..”

Reza sambung baring sambil otak menerawang fikirkan apa yang akan terjadi nanti. Dahla tak pernh buat benda-benda macam ni...walaupun tahu diorang ni memang buat shoot macam ni...pukul 11.30 reza terus mandi..siap-siap bersihkan diri apa yang patut. Reza terus ambil air sembahyang, solat isyak..habis solat, reza pagarkan diri dengan bacaan ayt qursi 7x bismillah 5 dah 3qul. Walau apa pun yang akan terjadi nanti, reza kena kuat sebab kalau dah masuk..tak kan nak patah balik..

Bila semua famli dah siap, reza roger diorang. Dah lewat, tak sempat shoot kat padang golf. So, diorang decide untuk terus ke tanjung labuh. Bangunan terbiar.

Sesampainya kat kawasan tu, reza memang dah diberitahu yang kereta kena park kat stesen minyak berdekatan sebab takut kene pecahkan pulak kalau tinggal tepi jalan. Lagi satu, petang tu waktu buat tinjauan kitorang dah kne tanya dengan polis peronda. Dia kata sekarang ni tengah genting. Ada beberapa yang nak ‘menghidupkan’ kembali 13 Mei...jadi, asal ada berkumpul ramai-ramai polis akan datang tanya. So, kitorang memang takde masalah lah. Reza lagi takde masalah. Kemain ensem polis tu...muka macam awie rafael...fuuhhh....yang sarjan tu, kenal ayah. Lagi lah takde masalah lepas kitorang terangkan tujuan kitorang kat bangunan tinggal tu.

Tiba kat stesen minyak tu, kitorang pelik. Kitorang difahamkan Cuma satu kereta budak silat je yang ikut. Tapi kenapa banyak kereta ni.dah macam kenduri pulak. Dengan motor semua... ahh, ni yang tak best ni. Lepas je letak kereta, tiba-tiba ayang digamit seorang lelaki berusia pertangahan abad. Lebih kurang sebaya ayah. DIa berbsual dengan ayah sambil menunjukkan kereta-kereta yang diletakkan di stesen. Oh, rupanya pakcik tu jaga kat situ. Kami dinasihatkan mendapatkan kebenaran polis sebelum aktiviti dijalankan. Sebab, kereta yang diparkir kat stesen minyak tu tidak boleh melebihi setengah jam kerana dikhuatiri kita ada menjalankan rancangan untuk curi minyak.

Waktu berjalan menghala ke bangunan tu, anjing melolong bersahut-sahutan. Reza pandang jam...12.30 malam. Lampu jalan jauh-jauh jaraknya. Nak masuk ke bangunan tu memang takde lampu. Nasib lah CS tunggu kat luar bangunan..kat tepi jalan. Jadi, masuk saing-saing. Dia cakap ramai pulak budak-budak ni datang. Lepas tu buat bising...buat kecoh...macam ni...macammana nak dapat?? Saya pun susah nak cakap...

Bila sampai ke kat bahagian hadapan bangunan tu ada satu kawasan bertar yang agak luas. Sebelah kiri ada semak setinggi peha dan sebatang pokok yang agak besar. Agaknya kat situlah yang ayah cakap ada jirat lama. Kat sebelah kanan pula ada satu lagi macam rumah tnb ke apa..tapi semua dah sipenuhi semak dah pokok tinggi. Kawasan bertar tu sangat bersih seolah-olah ada yang menjaganya..sampaikan beberapa budak silat boleh berbaring sambil bersembang. Sepatutnya, malam tu mereka kena biarkan keadaan sunyi sebab nak rakam sebarang bentuk bunyi. Tapi diorang ni bising aje lah..nak tegur...tak kuasa pulak.

Reza terus berkumpul dengan crew CS yang tengah buat persiapan untuk shoot volunteers kat dalam bangunan. Tapi, terdapat beberapa masalah. Kamera yang baru sahaja diganti bateri pada petang tu kehabisan bateri. Setelah ditukar bateri beberapa kali barulah ok. Dalam duduk-duduk tu, ayah tarik tangan reza suruh ikut dia ke satu tempat. Tempat tu ialah pokok besar yang terletak sebelah pondok guard. Kan tempatnya macam kne naik bukit kecil..jadi pondok guard tu depan jalan, kira bila kitorang sampai kat tempat lapang, kitornag dah berada separas bumbung rumah guard.

Waktu ayah tarik tangan ke sebelah pondok guard tu, reza cepat-cepat tepis. Seba terkejut sangat. Nampak lembaga mencangkung kat atas rumah tnb. Ayah pegang tangan reza, bacakan ayat qursi dan usap muka. Barulah reza ok..memang terkejut sangat sebab jarak nya tak lebih 10 meter depan mata. Tapi lembaga tu mencangkung kat atas dinding dan menghadap ke jalan (ke kawasan anjing yang melolong). Ayah pandang menghadap reza, mata reza masih tetap leka pandang lembaga hitam tu. Ayah cakap “kau pandang sebelah kanan, tapi jangan jerit. Apa yang kau nampak?”

Spontan reza pandang ke kanan, iaitu pokok besar yang terletak bersebelahan pondok guard. Bertambah terkejut rza sebab ada kain terjuntai dari dahan pokok sambil berayun-ayun. Sedangkan waktu memang lansung takde angin..panas..tak berangin. Satu lagi memang cukup ‘berat dan panas’ waktu masuk kawasan tu...mungkin salah satunya sebab aura budak-budak silat tu..kedua memang aura entiti tu. Reza dengan eryn dah pegang tangan...reza terus pergi duduk kat CS dengan eryn. Ayah teruskan ke belakang rumah tnb. Ketua crew ke balai untuk laporkan aktiviti mereka pada malam tu.

1 comment :

  1. Assalamualaikum. Sy azrul dr Paranormal Southern Community. Maaf mengganggu. Boleh sy tau lokasi bangunan yg diceritakan dlm post ni x? Puan blh contact sy di whatsapp 0193006017. Terima kasih byk2 puan

    ReplyDelete