Okeh...ni lah gambar bangunan tu waktu
malam...kalau korang perasan..ada 'orbs' putih..bulatan cahaya putih ...
Lepas tinjauan petang tu dan set
tempat nak letak mana volunteers malam ni kitorang balik. Sebelum balik, ibu
ayah nak berkenalan lebih dekat dengan budak-budak ni. So ibu ayah ajak lah
diorang pergi minum kat gerai berdekatan. Sampai sana, masing-masing rancak
bercerita sampai pukul 8 baru ingat nk
balik. Sepatutnya pukul 8 diorang nk pergi tengok pencak silat dan kuda kepang
dekat kawasan rumah yang diorang sewa. Tapi nampak gaya macam tak sempat.
Sebelum nak masuk ke bangunan tu
kiri kanan semua memang semak samun. Depan tu macam ada bekas pondok guard ke
apa, tapi memang scary sangat-sangat. Waktu petang tu, reza satu famli dengan
kwan reza CS..berbual kat tepi jalan sambil bersandar kat kereta. Tapi. Baru je
kitornag berbual...ada bau minyak attar. Sekali lalu..reza menghadap ke jalan
raya..ayah menghadap ke bangunan. Tiba-tiba waktu CS berbual dengan ibu, ayah
besarkan mata pada reza lepas tu cuit bahu reza suruh pandang belakang. Reza
pandang belakang..tak nampak apa2. Ayah bisik...dia dah jenguk tadi..Reza
pandang lagi..tak nampak apa-apa. Hari dah remang senja...lepas tu ayah
cakap..kalau nak tahu, ini dulunya kilang. Ayah tunjuk, kat semak sebelah kiri
tu ada satu je jirat cina..omang aiihhh kemain besar dan scary sebab dah lama
ditinggalkan...
Kilang ni 4 ke 5 tingkat la..dulu
sini semua estet. Sambil ayah tunjuk ke tepi2 jalan. Tak pasti pulak ini dulu
kilang apa. Tapi dengar-dengar ada beberapa kejadian yang dirahsiakan. Tau-tau
semua dah pindah dari kilang ni. Dikosongkan. Orang tua-tua tak nak buka mulut.
Taulah orang tua-tua ni, biar pecah diperut jangan dimulut. Semua angguk paham.
Sepanjang petang tu, sentiasa terbau minyak attar tu macam lalu lalang depn
kitorang taw. Ayah tanya CS ni org apa? Kau bugis? CS mengangguk. Ayah tunjuk
tangan die..berdiri bulu roma..patutlah bila berdiri sebelah berdiri roma
pakcik. CS gelak je...
Kami berbual sementara tunggu
crew lain keluar dari bangunan. Ibu yang berbual dengan CS ni tau yang dia ni
pun ada isi..bukan main aci redah je tempat-tempat macam ni. Tapi mereka
tegaskan yang mereka tidak ada membakar colok, kemenyan semua. Tu semua syirik
dan karut. Ketua crew RB ni jenis yg rugged. Dia dengan bini dia. Dia lansung
tak percaya benda-benda ni. Itu yang membuatkan dia nak sangat cari. Tapi, die
pun pernah kena rasuk waktu diorang buat shoot kat utara. Dia cakap bila jumpa
ibu..berbual dengan ibu baru dia tahu dan percaya pasal benda ni. Dah banyak
tempat dia pergi..akhirnya batu pahat tempat die bertemu jawpan pada semua
soalan dia..
Famli suka dengan crew ni semua
sebab ibu cakap diornag ni tak cakap besar. Biasanya budak muda yang tahu ilmu
sikit-sikit ni..selalu sangat bangga dan cakap besar. Tapi, kali ni ibu selesa.
Diorang ajak ibu ikut aktiviti malam ni. Kawan pulak sibuk tak habis-habis
memujuk saya ikut. Saya ikut hati memang malas...saya cakap, nanti saya
fikirkan. Sebab malam tu (sabtu malam ahad) saya memang dah ada plan..saya nak
buat black and white russian cake untuk Hari Ibu ahad tu.
Balik je kat rumah, masing-masing
cuci muka..terlantar kat ruang tamu. Kepenatan.heheheh... Reza punya
kepala..sakit sangat..berdenyut-denyut. Agaknya panas sangat sabtu tu. Lepas tu
galak pergi cari bahan buat kek sampai petang baru balik rumah. Balik tu, terus
bergegas ke tempat kawan. Sempat baring kejap je. Mana tak sakit kepala. Reza
minta adik laki picitkan kepala...sambil nak lelapkan mata. Ibu semua dah
terlelap. Reza baru je lelap mata, reza ‘dah sampai kat bangunan petang tadi’.
Faham tak? Macam....reza tidur..tapi ‘keluar’ ke sana.
Tapi reza just berdiri dari tepi
jalan. Reza nampak semua crew ni berjalan masuk ke mendaki bukit kecil (depan
pondok guard) untuk ke bangunan tu. Semua pakai baju hitam. Sedangkan pagi tu
masing-masing baju oren, hijau pink. Warna yang tak sama macam dalm mimpi tu.
Apa yang lebih mengejutkan...diorang tengah berjalan tu tiba-tiba ada lembaga
putih..kesemuanya putih dari rambut sampai bawah..macam asap..dia menyelit kat
depan lelaki yang no 2 dari belakang. Kiranya dia jalan beriringan dan sekarang
jadi dia no 3 dari belakang. Reza tersedar.
Tengok ayah main leptop. Ibu
terbaring tido. Reza tanya ayah...tadi diorang datang berapa orang? Dalam pejam
mata ibu menjawab. 3 sebelah kiri ibu, 4 kat kanan. 7 orang kenapa? Reza cakap
kat ibu. Ada yang ‘melengkapkan’ diornag... maksudnya, diornag datang ber7 tapi
dalam gambaran tu perempuan tu menggenapkan jadi 8. Ayah berkerut.....
“yang ayah nampak..diorang ada
9...macamana kau nampak 8?” masing-masing terdiam.
No comments :
Post a Comment