Nuffnang Ads

Saturday, 18 May 2013

RASUKAN DI BATU PAHAT 11 MEI

EP 4


Reza duduk balik dengan ibu semua, sambil berbual-bual. Tiba-tiba dengar bunyi tangisan mengogoi...uuuu...kat sebelah kiri reza (semak dan jirat) tapi sebab ada akak finaz (bini ketua crew) so ingtkan dia kot. Lepas tu berpindah ke tempat yang nampak kain berjuntai tu....uuuuuu...semua senyap....berpindah ke rumah tnb...uuuuuu...berpindah ke belakang bangunan tu...uuuu...berulang beberapa kali...semua diam membisu. Ibu tanya pada CS yang duduk dengan kitorang..orang kau mana? Cukup semua? Lepas kira-kira cukup..ibu ke kumpulan 1 budak silat..tanya benda yang sama..kumpulan 2..sama..semua cukup orang...Ibu pergi kat ayah..ayah kata ayah dengar...

Tak lama hilang bunyi tu...tiba-tiba kami semua dikejutkan dengan satu bunyi dari dalam bangunan tu. Seolah-olah ada orang yang tengah mengamuk dan membanting besi 9macam pintu besi atau apa) kuat gila..sampai terangkat badan waktu terkejut tu...waktu bunyi tu...disertai dengan suara wo yaooo...wo yaooo...eryn dengn ibu pandang sesama sendiri...ibu bisik pada eryn dgn reza..ni lah suara yang ibu dengar kat dapur!!!! Apa makna semua ni?? Masing-masing dah bulat biji mata...

Ayah masuk ke dalam bangunan..cek takut-takut ada siapa-siapa ke yang tibe-tibe mengamuk. Tapi ayah keluar, ayah panggil kitorang dengan CS semua..ayah kata, tak ada orang kat dalam. Waktu ayah masuk bunyi besi tu senyap..diam...tapi diganti dengan bunyi orang mandi pakai shower yang kuat..cepat-cepat ayah keluar..ayah tanya..kan sini dah lama tak ada orang kenapa boleh dengar orang mandi? Habis je ayat tu, bunyi besi di lambung-lambung kembali kedengaran. Ibu tanya ayah, tak ada sesiapa ke kat dalam? Tak ada...ayah dah cek..Macam-macma bunyi yang kami dengar sepanjang malam tu sementara tunggu ketua crew balik dari balai buat laporan.

Selesai semua...bermula lah aktiviti..ada 3 org volunteers yang akan masuk ke dalam bangunan tu dan dirakamkan cam. Video yang ditayangkan tu akan terus online@live streaming kat blog mereka . So, waktu tiga orang tu kena tinggalkan dalam bangunan adalah beberapa org yang tengok tu komen nampak ada lembaga hitam perhatikan budak tu dari tingkap lah..ada yg kata nampak mata merah dan sebagainya..tapi bila rakaman siap diedit...tak nampak pulak..waktu online tu, kita semua tengok..memang nampak..

Waktu tengah livestreaming dalam 10 minit tu, kitorang duduk berkumpul lagi macam tadi. Tapi sebelah kiri reza eryn..lepas tu ada 2 budak lagi crew..(sori tak berapa ingat nama) yang ingt sebelah eryn tu wong..tiba-tiba dia bangun dan pergi ke semak belakang yang ada jirat tu...dia berdiri tegak je kat situ..daus duduk kat sebelah eryn..ibu yang datang kat group kitorang tiba-tiba panggil wong...wongg...ibu ingt wong yang tengah kat semak...tapi rupenya dah takde..daus yg berdiri kat situ hisap rokok..waktu tu...wong dah menuju ke ahli kumpulan lain yang tengah berdiri berkumpul kat jalan masuk ke bangunan. Dia rempuh sornag-sorang lepas tu dia rebah. Kawan-kawan lain dah cuba pegang dia...dia kerasukan. Ibu dengan reza pergi pada kak finaz (geng yang kena rempuh) sebab nak cari wong..kak finaz cakap kat ibu..”akak..tolong tengok kan wong tu...dia dah lain macam..”

Rupenya die tengah menyondol crew lain...mengamuk.. (reza akan serta kan link..nanti tengok lah sendri..tapi tak menyangka pulak gambau reza kepoh dengan ibu pasal siapa budak yang bawak punca tu masuk dalam bedio..alahaaaaiiii malu mak)

Terjadilah beberapa dialog antara wong dengan UTAG(unit tindakan alam ghaib) dan ibu ayah..Rupenya wong ni tak nak kasar-kasar. Tapi dia berkasar kat orang lain takpe huuhhu..antara apa yang wong cakap ialah “kau buka..kau tutup balik..” berulang kali sambil tangan dia buka bunga silat. Kitorang puas lah tanya apa yang buka apa yang tutup..tapi, dia kata kau tanya budak kau sendiri..

Bila tanya..budak yang tunjuk tempat ni ke kau marah? Dia geleng..budak mana? Kau tunjuk...
“aku tak akan tunjuk..kalau aku tunjuk aku terus tampar aje budaknya..” time ni reza depan die..cepat-cepat reza berundur..kang tak pasal-pasal die naik sheikh.

Ibu menyahut...”sorang bantu...sorang azan kan dia kat tepi telinga..” ada satu budak ni azankan..haaa..bukan lah reza nk menjatuhkan maruah budak ni sebagai seorang budak silat atau apa saja..Cuma reza nak tekan kan kat sini..akibat riak budak yang baru belajar ni, benda ni mengamuk. Budak ni azan baru separuh, die ke tepi..dia muntah...nasib baik malam tu kebetulan reza teragak nak bawa air yasin 2 botol.bagi dia minum dengan sapu kat muka..waktu budak tu muntah, si wong ni gelak..dia cakap “huh..takat tu je kemampuan kau? Phuiii macam pondan..” dia gelak...perghhh puas lah malam tu..siapa duk pegang dia kena ludah...hahahah...

Tiba-tiba kecoh kat bahagian tengah..bunyi ornag mengamuk..lahhhh...si eryn pulak kena sampuk..aduiihhlah...dia boleh menjerit entah dengan siapa kat bangunan kosong tu...lepas tu dia renyuk kan botol mineral dan baling..memang mengamuk sakan. Ayah yang ada dekat dia cepat-cepat cengkam tengkuk dia dan azankan. Eryn jatuh..dia nangis..dia kata ada benda bercakap dengan dia..suruh lepaskan wong kalau tak nak dia ganggu yang lain..dia suruh kita semua pergi..ibu suruh dia duduk...baca ayat qursi...ibu jirus muka die dengan air yasin tadi...

Reza dengan ibu kembali ke tempat wong..budak yang azan tu reza namakan dia A jelah.dia dah berdiri hidsap rokok dengan kwan dia kat tepi..Waktu tu si wong ni dah mula okey sikit...dia tak nak ada sebarang rakaman dan lampu. Dia duduk bersila dan menghadap ke jalan masuk bangunan (sebelah kiri dia adalah pokok dan semak yang mula-mula dia berdiri sebelum kena rasuk). Ibu suruh budak-budak beberapa orang duduk sebelah dia..kawal dia takut macam tadi dia melompat nak masuk semak tu..mau hilang karang.reza berdiri belakang dia sambil baca beberapa potong ayat..dia dongak tengok reza..lepas tu dia pandang depan. Dia kunci diri dia..supaya benda tu tak boleh masuk lagi. Sebenarnya dia dah ok..tapi disebabkan dia ada beberapa faktor lain, antaranya keegoan dia apabila ‘dicabar’ oleh budak pesilat tu. 

No comments :

Post a Comment