EP 6
Waktu tu kan wong tak nak ada
sebarang cahaya. Semua kamera dah dipadamkan. Lepastu budak A ni duduk paling
depan menghadap wong..sambil hisap rokok. Wong minta rokok tu..budak tu pun
bagi lah..wong terus hascurkan pakai tangan dia..dia baling kat muka budak
tu..budak tu terdiam je. Wong jegil biji mata kat dia..Ibu cakap kat wong...kau
ni kuat semangat..kau kene kuatkan semangat...
Wong nak cepat baik kan? Wong tak
nak ikut dia kan?? Ingt keluarga..ingt kawan2..ingt mak ngah ni..kata ibu
sambil tuding jari kat dada...
Ibu usap-usap ubun-ubun wong
sambil tak henti2 baca potongan ayat dari surah yassin...
Wong mulai lembut hati. Dia baring
kat peha ibu. Cara ibu pujuk dia sebiji macam budak kecil. Last-last dia setuju
nak keluar..tapi dia tanya ibu...”selendang aku mana...selendang aku??”
terkejut ibu...sebab petang tu ibu ada cerita pasal selendang bunian...
Waktu tu reza berdiri belakang
dia...kat kawasan nak masuk ke bangunan tu reza nampak macam tasik ke kolam..tapi
cukup cantik..cukup bersih..reza beristghfar...paling muka...reza tengok
lagi...memang ada...dalam hati dah fikir..agaknya..ini dunia dia..pintu masuk
dia..patutlah wong nak ‘keluar’ dia menghadap pintu ni sambil kaki berlunjur.
Ibu pergi pada
crew, tanya...mana barang wong? Dia ada barang apa?
Budak-budak
bagi sweater dia...lepas tu reza terus duduk dengan crew. Ibu pergi settle kan
wong.
Waktu kitorang
duduk dan berbincang tu ketua crew nak minum..kehausan. dia ambil botol air
mineral ‘mesra’ yang dibawa tadi. Asalnya botol tu penuh lagi..tapi waktu wong
mengamuk dia tendang benda tu, tumpah air. Waktu nak diminum, airnya tinggal
sikit. Jadi ketua (RB) goncang btol tu..berbunyi...klang klung..klang klungg...ehh
pelik..bunyi apa ni? Mula-mula kitorang blur.. lepas tu, RB suluh lampu kat
botol air tu...nasib lah tak minum..tau tak apa dalam tu?? Minyak botol attar
dalam tu dengan penutup dah terbuka. Diorang cakap..eehhh siapa yg buat ni? Sume
geleng kepala. Reza cakap lah, botol ni jatuh tadi waktu mula-mula wong
mengamuk.jatuh depan mata reza. Memang reza nampak yg botol ni asalnya penuh
lagi..airnya pun sejuk lagi. Reza yang angkat botol ni. Betulkan...tapi..siapa
yang masukan botol minyk attar?
Terbantut
hasrat RB nak minum. Dia buang aje botol tu. Lepas tu ibu datang kat kitorang. Ibu
cakap wong setuju nak keluar tapi dengan syarat dia nak semua yang ada kat sini
keluar dari kawasan. Dia nk berbual dengan RB sorang je. Yang lain balik.
Ok..semua setuju..waktu ibu nak pergi pada wong balik, ibu suruh budak2 yang
kepung dia balik dulu..yang si A ni, dia bangun je dari duduk tu terus dia buka
bunga silat.
Melompat terus
si wong ni. Apa lagi...mengamuk lah ibu..ibu tepuk bahu A, ibu suruh dia tutup
langkah. Bergerak balik. Si A yang biadap ni boleh merengus lepas tu cakap “isshhhh....kacau
lah..” time tu ibu kata, kalau anak aku..memang dah kena tampo mulutnya...dia yang
bawa masalah, lepas tu dah elok..nak naik kan balik kemarahan si wong.
Elok semua
bergerak nak balik, boleh pulak A pandang menghadap belakang wong sambil
cakap..”sawadikapp...” ibu angkat tangan nak penampo dia. Cepat-cepat die blah
sambil cebik bibir. Waktu diorang nk turun dari bukit kecil tu, ada budak silat
rebah. Muntah...diorang papah cepat-cepat balik ke kereta. Kitorang tak terus
turun. Kitorang semua dengan crew tunggu kat sebelah pondok guard. CS
perhatikan wong dengan RB dari pokok besar kat semak. Alhamdulillah semua
berjalan lancar. Jadi kitrorang balik ke kereta. Budak-budak dah mula bernasur
balik. Ada pulak satu budak silat ni..budak penggerang johor, dia minat kat
reza..katanya nak baca cerita-cerita reza..lepas tu ambil no tepon
ayah..aduyaiii die ni..time2 cenggini pun sempat nak ushar aku kat ibu ayah...
Sampai kat
kereta, jam dah pukul 3.40pagi. reza tunggu crew semua kat kereta nak pergi
minum sambil sembang-sembang sebab esok pukul 8 pagi diorang nak balik dah. Wong
sampai kat kereta sambil dipapah crew. Badan dia nampak tak larat. Dahla kuruihhh..alahaiii..tapi,
waktu kena rasuk tu..sepuluh pesilat kepung..semua dia tepis..dia pun bukan
kosong...dia ada belajar ilmu dari atuk dia..silat dia pun bukan calang-calang
punya..main patuk ubun-ubun punya silat.
Waktu dah
sampai kat kereta..reza, ayah ibu semua keluar sebab wong nk minta maaf dan
salam ibu ayah. Dia peluk ibu ayah..saat ni..rasa tacing gile..sampai reza pun
nak keluar air mata. Reza terus nak masuk ke dalam kereta. Waktu pusing
belakang kereta tu..reza berhenti. Reza pandang ke seberang jalan berhadapan
stesen minyak tu. Dalam semak-semak tepi jalan tu, ada satu je pokok pisang
separas dada orang dewasa. Apa yang buat reza terberhenti tu..ada sorang nenek
bongkok...dengan kebaya hijau pucuk pisang, rambut sanggul tinggi, pakai kain
batik coklat..tengah duk pandang kitorang...tak bergerak-gerak..reza pun stun
kat situ tak gerak-gerak. Reza baca ayat qursi..tiba-tiba rasa panas belakang
badan reza. Sekali reza toleh, ayah punya perut buncit da...menjerit lah
reza..apa lagi..hahahahah terkejut punya pasal..
“apa
lah...tadi bukan main lagi macam hero tamil..pasang semangat kuat. La ni,
tengok dari jauh pun nak jerit..” ibu mengusik reza sambil semua orang ketawa.
Siot betul...kata
ibu dari kita berkumpul ramai-ramai lagi nenek tu dah ada.dia duk
perhatikan kita..
Sampai kat
kereta...diorang nak balik. Tapi reza pujuk pergi minum dekat-dekat dengan area
rumah. Waktu kat kedai makan tu pun, wong masih dipapah. Kitorang nak duduk,
group budak silat tadi rupanya open table sebelah kitorang..aihhh terjumpa
jugak budak nya..melingas je mata si wong cari A. muka dia macam orang tak puas
hati je.. Mata dia terbeliak..takut..hahahah dah dia nak dengan ibu je..jadi
dia diduduk kan sebelah ibu. Reza berdepan dengan dia. Waktu order air..eryn
minta limau suam..kwan tanya dia nak air apa..dia dengar eryn order tu, dia
sambung ‘ais’ sambil tunjuk 3 jari. Terkejut jgak along. Betul ke ni? Nak 3? Dia
angguk kepala.
Minuman sampai.
Sambil berbual kitorang minum. Reza duk perhati wong aje..tangan dia habis bercalar-calar.
Orangnya putih..habis merah-merah lengan dia. Dia minum limau ais 3 gelas
dengan one shoot je. Dia letak bibir kat straw. Dia sedut sambil tengok cawan. Tak
sampai berapa saat dah habis. Dia tukar cawan kedua..cawan ketiga. Perghhhhh bulat
biji mata reza tengok. Die ni..apa masih ken rasuk ke? Dah habis minu, dia
ketepikan cawan..dia pandang reza. Cepat-cepat reza pandang
ibu..perghhh...takut betul waktu tu..eheheh lepas tu reza buka cerita..pasal
budak A ni..diorang pun dah agak dia yang buka gelanggang...dia cabar..tu yang
kebetulan wong pun tak kuat..kena..tapi katanya, wong ni tak pernah kena rasuk.
Ni baru pertama kali. Kalau RB pernah la..waktu kat kubu baru dulu.
Habis minum
dan sembang, dah pukul 5.30 pagi. Semua dah kepenatan nak balik. Kami berpisah..diorang
kata lepas raya nak stay sini dalam seminggu. Haaa...memang meriah lah..heheheh
mesti banyak lagi cerita reza boleh update kan? Ok...cerita ni..setakat ni
jelah..
Moral dalam
cerita ni, kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga. Baru belajar
ilmu sikit...riak dah lebih..bangga sangat..susah dan menyusahkan orang lain..