Nuffnang Ads

Thursday, 6 July 2017

#BroCuba : Gara-Gara Intan, Bro ni Bagi Komen Padu Pada Bekas Suaminya. Jom Lihat !!

Biasa lah, manusia ni bak kata pepatah "dekat bau bunga, bila jauh bau tahi"

bila dah kehilangan baru menyesal tak sudah. Waktu ada tak dihargai..lagi-lagi bila dapat yang baru.

Dengan luahan hati masalah rumahtangga seorang lelaki ini kepada bekas isterinya iaitu INTAN, mendapat sambutan komen yang agak melucukan.

Antara komen tersebut, saya tertarik dengan satu komen yang deep..padu..dan menyentap hati..

Mari kita lihat...

"Assalamualaikum.mohon hidekan fb ni sbb fb pnjam.

sudah dua minggu saya jadi tdk menentu slpas jatuhnya talak kpd isteri pertama saya.Buat Intan...sekiranya baca kisah ini...maafkn saya...
Penyesalan yg tdk blh digambarkn.Semua sebab silap saya.Ada isteri cantik dan berkerjaya msih blm bersyukur lg.
Saya tdk tahu nk luah kpd siapa.sekiranya bekas isteri pertama sy terbaca kisah ini...maafkan laa saya.bg saya peluang sekali lg.
Saya sedar saya suami tak sedar diri.Saya gagal lksana tnggungjwb.Saya menduakan isteri yg setia.Saya pentingkan diri sendiri.Perempuan kedua yg saya nikahi itu suatu kesilapan besar dlm hidup saya.kerana prmpuan tu sy kehilangan isteri dan ank.saya menyesal melafazkan TAKLIK yg akhirnya mengakhiri ikatan sy dgn isteri pertama.BODOHNYA saya...
Buat bekas isteri pertama,madu awak telah saya talakkan setelah tahu cerita sebenar...saya menyesal khianati awak.
Saya dh mcm org gila slpas kehilangan awk.Saya masih cintakan awk.
Skrg saya dh sedar,bekas isteri kedua saya mmg wanita kejam.dia hanya nk mempergunakan saya.dia yg main peranan supaya saya ceraikn awk.

saya tdk menghargai awk Intan.Maafkan saya..maafkn saya.Saya jd angau krn terlalu rindukan awk. "


Berikut adalah komen-komen netizen yang mana mencuit hati kita. Rakyat Malaysia ni memang kelakar kan 😅😆








Apa pun, kepada Intan, anda berhak menentukan masa depan anda. Sebagai seorang yang beragama Islam, kembalilah kepada Allah, minta lah petunjuk-Nya dengan solat Istikharah, Sunat Taubat dan Sunat Hajat minta dibuka kan hati dan dilapangkan minda. 

Begitu juga kepada Bekas suami Intan, yang mengetepikan egonya dengan merayu walaupun tidak secara lansung di laman sosial. Semoga Allah memimpin kamu berdua ke jalan yang diredhai...

Monday, 23 January 2017

HONEYMOON DI BUKITTINGGI-PADANG, INDONESIA PART 4

hiii hiii korang...semua..

biasalah aku ni..lagi setengah jam nak balik baru kedek2 nak curi masa berblog kan...

ok today aku nak sembang pasal hari keempat...

suka diingatkan bahawa kami telah tiba di bumi kota Padang ya mbak...

panas sekali cuacanya, tak sama dengan bukittinggi...*sila menangis mengenangkannya..

pagi tu, kami breakfast kat hotel...ok boleh tahan..kalau tak silap nama hotel tu RANGKAYO BASA kot.... katanya memang ramai orang Malaysia menginap disini...waktu aku datang tu pun nampak ramai yang baru cek in masuk...

dapat bilik betul2 atas pintu tu line wifi..apa lagi..berjimba2 la aku main fb sambil tengok cerita mak lampir channel indonesia...

ehh melalut apa aku mak lampir pun keluar ni. setelah kitorang balik mesia...pakcik laki aku hntar gambar...rupenya minggu lepasnya dia pun menginap di sana...kirenya kami sampai, dia berangkat pulang...haihhhh..kesimpulannya..hotel ni pemes la dengan orang Malaysia..

eh korang, nak bagi tau..ada satu hotel ni kalau boleh jangan menginap sana ea..dia tengah bandar..hotel tu start huruf A...hotel besar..tapi ada pernah terjadi tragedi kat sana. Dan kebanyakan yang menginap sana pernah kene bermacam gangguan...

ok..back to story... pagi tu kami jalan2 pantai dulu..angin kuat wooooo





okeh..take turn..ramai pulak pelancong malaysia yang datang dengan van dan bas nak ambil gambar kat sini...

kami pun bergerak ke Pantai Air Manis iaitu dimana Batu Malim Kundang terletak. Jalan mendaki bukit keyh..aku memang tak mampo pakai ekon..mau mabuk nanti...
 jadi menikmati lah angin segar udara kampung..syioookkkk....







sekarang ni batu malim kundang tu dah ditimbus pasir yang dibawa ombak pantai. kalau korang nak tengok gambar batu sebenar, memang nampak real bentuk kapal. korang boleh beli dengan sorang pakcik ni. dia mmg ada kat situ. lebih kurang harga rp25ribu satu set. Ringan ringan kan mulut bertanya pakcik tu tentang cerita malim kundang, dia akan cerita semua. best wooo....

ok..turun dari situ, kami plan nak ke rumah api di Bungus.

ikut plan asal sebenarnya aku dengan suami akan ambil pakej ke beberapa buah pulau kat sana, snorkeling dan ambil gambar dalam air... tapi disebabkan panas, aku cepat mabuk kat sana. Aku pun ambil keputusan cancle. sian budak tu. apa bole buat, suami aku kata taknak nanti hitam hahahha *yela...macam dia cerah sangat kekkekeke...

sebelum sampai ke rumah api, sempat la aku berhenti tepi jalan nak ambil gambar..cantik weh...bawah tu ada pelabuhan apa semua...memang serious cantik...


tapi, bila sampai atas, rumah api ditutup. rupanya hanya dibuka pada hujung minggu . Memandangkan aku ni datang bercuti bukan hari minggu, tak rezki la melawat ke sana. Turun ke bawah, kami pekena kopi o panas dulu kat tepi2 lereng bukit pelabuhan teluk banyur..bungus tuh...sambil menikmati keindahan ciptaan Allah swt...

turun tuh, Yan tanya nak kemana..laki aku yang gila muzik memang minta ke kedai muzik. tapi tak jumpa apa yang dia berkenan, jadi aku minta jalan2 ke mall dia. Jalan lebih kurang, kami balik hotel berehat. Sebelum balik, aku minta makan kat kedai bakso. sebab dah muak sangat makan nasi padang ehehehhe 

ini namaya bakso daging sapi hehehhe


malam tu, seperti dijanjikan, Yan nak bawa aku makan es durian kan...ermmmm baiklah..ini lah malam yang ditunggu2 sebelum aku balik esok hehhe...sebab laki aku takmau berjalan esok. katanya taknak terkejar2...

malam tu. Yan bawa kami makan ikan bakar..sedap woooo...jangan risau ea, semua ni dah termasuk dalm pakej,. dapat la ikan siakap bakar sorang sekor, dengan udang gemuk2...dengan sotong bakar (cumi-cumi)


lepas tu, yan bawa pusing2 pantai...ambil gambar kat sana macam2 gaya ehhehe

burung tu kat lek tu..sap kok lu...hahaha

 ini lah dia abam rockers....dalam hati ada taman hahhaha

sapa lagi..dengan yan la..buat kenangan hehe

dahla...malas nak cite banyak2....jom makan es durian....

tapi malangnya es durian spesial aku..aku lupa nk snap pic...disebabkan kegelojohan melampau aku..tak sabo nak makan..hahahhahaa


ok ini es durian laki aku dengan Yan...

sedap...kalau yg special, siap ada koktel segala macam mak nenek macam abc tu...atasnya siap ada aiskrim...ermmm enakkkk...lazaaatttt hahah...isinya macam durian yang diblend..serat2 pun masih ada

huarghhhh....
penat...nak balik...tapi laki aku minta yan bawa pusing2 lagi...sebab tak puas berjalan..lagi nak tinggalkan Kota Padang esok..pusing-pusing...Yan pun cerita serba sedikit sejarah JAMBATAN ANGKOL  yang berhantu tu...hahhahah takde lah... JAMBATAN SITI NURBAHIYAH...
nak tau???? korang ambil la pakej dengan yan...terbaikkk so far Alhamdulillah....

esoknya kami selesai sarapan kat hotel...berangkat ke airport padang...

minum pagi dengan yan...dan pulang ke tanahair dengan hati yang masih tertinggal di KOTA PADANG,BUKITTINGGI.....

NAK HIGHLIGHT KAT SINI....

INSYA ALLAH..SERVIS MEMUASKAN...KORANG CONTACT LAH YAN NI...
INI NO WASAP BELIAU....

+62 823 8923 3088 yan...
orang islam. insyaAlah dia memahami segala keperluan kita.. 

ok sampai kat sini dulu..baii....assalammualaikum








Thursday, 19 January 2017

HONEYMOON DI BUKITTINGGI-PADANG, INDONESIA PART 3


hiii korang.... kita sekarang kat PART 3...

sementara bos outstation ke KL, boleh la aku update sikit blog ni..niat hati nak kasi habis je update..tapi hujan lebat...line macam siput..aduhaiii..

ok...hari ke tiga..kami dijadualkan cek out dari hotel dan bergerak ke PADANG.

macam biasa pagi tu sarapan dulu kat hotel. Aku pun ambil la gambar sebagai kenangan kan..last meal kat situ walaupun kene ejek dengan laki aku hahhaha biasa lah...lelaki...

sedap weh nasi lemak dia...ehh apesal aku terliur pulak ni...oiii diet nasi oii diet...kahhh!!

sebelum bergerak...aku ada minta Yan bawa ke rumah HAMKA...tapi yan kata, kalau nak..dia bawa tapi di jalan yang berpusing-pusing semalam...ok..aku trus cancle..aku da makan kenyang..takmau muntah hahhahha...Yan decide bawa kami ke rumah jeng..jeng..jeng.....

kiranya beliau ni sama2 berjuang dengan Hamka dulunya...nostalgia sangat rumahnya...cantik

beliau punya kereta kuda..aku dah lupa apa panggilan kat sana

acah-acah menampi beras...kerlass jah tak pernah kan merasa

ini lah beliau nya....

kalau tak silap ni dalam 40 tahun punya wiring...

cantik kan...ini rumah asli..tempat letak susun atur semua sama. cuma diperelok je..

ok lah jah..penat dah mak...jom naik kereta, ke istana pagaruyung yang pemes...ohoiii tak sabar tau nak pakai baju perantin minang nih..laki aku kan keturunan minang..ewahh lagi beliau bangga la...ermmm apa pun bugis + minang..kompem anak comel belaka ok...ikut hidung orang bugis.okbai hahhahahaha

ehhh kita nampak durian lagi lah...sobb sob,,,,

dah puas aku mujuk laki aku dengan yan minta berhenti makna durian..Yan kesian, dia berhentikan juga kereta hahhahahaha....aku ambil yang seibiji rp30 ribu...

kaya ko aku kat sana...duit ribu riban mengalir dengan deras dari dompet....perghhhh...sedappp durian bukit kan... ps* gaya ada tak macam YB melawat kawasan? hahahha ini semua poyo....

okeh..dah kenyang...ngantuk....sementara laki aku dengan Yan berbual..aku pun tido sebelum ke istana tu. Istana ini dikhabarkan telah terbakar dipanah petir dan dibina semua ikut struktur asal. tinggi dan besar ea. ENtah kenapa aku terasa sesak nafas dan tak boleh bernafas sangat dalam istana tu. sempat posing2 sikit ambil gambar..turun bawah dan cuba baju pengantin...korang nak tengok tak? jeng...jenggg jeng....

nilah baju kwen minang...korang boleh dapatkan khidmat photog kat sana...satu ga,bar siap laminate rm10 gtu...baju pun sorang rm10..gasak la sana..sekali sekala kan..walaupun dalam hati menangis sebab mahal...

ni pemandangan dari atas tangga..melihat ke balairong *sori gambar blur

ini kelengkapan memasak kat dapur istana

ini kunun hulubalang la...yang depan tu? itulah yang bertakhta di hati beta..ehh hahhaa

ni dah penat panjat tangga sebenarnya hahha

saje selfie..kuikuikui

ni pemandangan dari tingkat 3 istana...nampak tulisan besar MINANGKABAU kot**


aku dah penat dan terasa mabuk sangat kepala...sebab aku tak tahan panas..boleh migrain..
Yan dengan laki aku suruh aku tido je kat belakang..ajaibnya selepas naik kereta..pakai ekon..aku baring dan terus tertido sampai lah kami dah tiba di TASIK SINGKARAK...

maaf ler...lupa nak ambil gambo sebab mamai baru bangun tido kan....hehehhe
ohh lupa nak bagitau...semalam aku ada beli kacang tanah..macam kacang ngan yin..wehhh sedap eh..sangat rangup..korang sila lah beli..besar2 dan lemak...*ehh kecur lagi..macamana lah nak kurus*

lepas tu sementara tunggu yan berehat kat dalam kereta..kami pun bercanda di pasiran pantai..kahhhh!! aku nak lah beli ais campur kat situ dengan sorang pakcik ni sebab bar bangun tido kan haus...

sekali aku minta laki aku yang bayarkan..pakcik ni kata..rp25ribu...aku suruh laki aku ambil rp50ribu bagi...sekali takde...dia boleh bagi pakcik tu rp100ribu... pakcik siap cakap apa..pakcik takda duit tukar..takpe lah..kire bagi jelah pada pakcik ye...pakcik belum ada jualan...

aku beso kan mata kat laki aku...ahhahaha...aku bagi pakcik tu rp30ribu.

kami minum kopi..kasi hilang penat Yan..dan bergerak ke Padang. pemandangan sepanjang jalan..MasyaAllah cantiknya....tapi dan tak sesejuk kat bukittinggi...kami tiba di Padang lebih kurang jam 7 malam waktu Indonesia...

Yan cek in kan hotel dan kami letak barang dulu..mandi2 dulu...dan keluar ke kedai makan...

Malam tu, yan bawa kami pusing kota Padang. Dia siap belikan laki aku air teh susu + halia  + telur kat jambatan Siti Nurbahiyah. Katanya, kalau aku nak..esok malam dia akan bawa makan jagung bakar..es durian..wooowww! duriannnn hahhahaha...

cuaca dan angin sangat sejuk ok..sebab kota Padang ni..pantainya adalah bersambung terus ke LAUTAN HINDI...(maaf kalau salah)

okeh....tak sempat sambung ke part 4..insyaALlah esok ye...



Tuesday, 17 January 2017

HONEYMOON DI BUKITTINGGI-PADANG, INDONESIA PART 2

ok....bertemu lagi kita...cehhhh...hahah

part 2 ni...ialah hari ke-2 kami di bumi Indonesia...

this is my morning view dari bilik...masyaAllah punya cantik...

malam tu tido lansung tak buka ekon k...aku terlupa nk tutup rapat tingkap tu...dia punya sejuk sampai mengigil and naik bulu roma...hahhaha....depan bilik aku ni sekolah..jadi dengar la budak2 berhimpun apa semua...tengok dari bilik..memang menyeronokkan...

ok... we had a long day....
kami bersiap..kira2 berapa lagi duit rupiah yang tinggal untuk dijolikan...😋😋

turun bawah sarapan...sedap boleh tahan juga makanan hotel ni...pekerja pun peramah..

setelah itu, kami berangkat ke Puncak Lawang cadangnya...untuk tengok pemandangan Tasik Maninjau...biasa aku baca blog2 diorang melalui keluk 44 la apa semua kan? aku tak..sebabnya jalan memang dah sedia maklum mendaki bukit...lepas tu macam berpusing sikit..jadi otak aku masih tak dapat nak balance lagi..aku minta tak mau jalan pening2...tapi nak nice view...

so this supir bawa kami ke puncak lawang....



sebelum ke puncak lawang...kami ke LOBANG JEPANG... dikhabarkan lubang itu wujud kerana pihak jepun nak spy bukittinggi sebelum dia serang..ramai juga buruh paksa dan juga yang diseksa...nanti aku uplod video penerangan pakcik yang bawa kami tour kat dalam lobang tuh. dalam tu lengkap tempat penyeksaan semua...dan paling sadis bila ada yang diseksa, mati..mayatnya dicampak ke dalam satu lubang yang menghala ke sungai...


bayangkan lah..air gunung....sejuk nya jangan cakap la...cerita rahsia lubang jepang ni terbongkar saat orang yang diseksa tu, askar jepun ingatkan dah mati. Tapi rupanya dia pengsan je. Bila dia dihanyutkan ke sungai..kene air sejuk, dia tersedar dan mencari bantuan. Setelah itu..askar pakatan pun serbu lobang tu...TAPI.... ada 2 kemusykilan yang masih belum terjawab sampai kini...

1. lobang tu digali sekitar 9km keseluruan kalau tak silap...namun..tanahnya dibuang kemana? pihak geologi pun tak dapat buktikan ke mana mereka buang. sebabnya tahan tempat mereka gali tu memang lain dengan tanah sungai...

2. yang ni..korang kene pegi sana and find out apa yang misteri nya...hehhehe


****************************************************************************

sebelum berangkat ke Puncak Lawang, yan ajak kami tinjau kawasan bukit dan sungai kat area lobang jepang tuh....sungai dimana mayat dihanyutkan...

gambar banyak dalam henpon laki aku..nanti aku minta...aku masukan sini..jadi korang boleh imagine hehhe

sebelum ke Puncak Lawang kami singgah di satu kedai ni, jual barangan kulit.murah dan berkualiti...sebelahnya ada kedai minum kata Yan. Dia ajak minum dulu..tau tak air apa? air teh susu + halia+telur dan perah limau nipis..kacau dengan kayu manis... laki aku pun cuba la...dia kata sedap...ohhmaiiii..tak sanggup mak...
tapi demi menjaga hati....mak rasa juga sesudu...
aku pilih kopi o dengan kayu manis...terus jatuh cinta..sedap...akan ku repeat di rumah..tapi entah bila hahhahah 


rasanya korang boleh teka mana satu yang campur telur...


ni dua adalah pemandangan kat tempat minum tu...cantik menarik kau memang debom!haha...

dah habis aku joli duit malaysia...aku borong barang kat kedai kulit tu...rasa nak nangis...tapi takpe..aku muhasabahkan diri bahawa duit bole dicari..pengalaman tak mampu dibeli..ceeewaahhh sebab rasa bersalah menebal dalam hati banyak habis duit...huwaaarggggg....

tiba lah kami di puncak lawang.....jeng jeng jengggg.....

naik atas dengan jayanya...alamakkkkk...nampak lagi orang jual durian besar2...laki aku ajak naik atas..tak bagi juga makan...dikhuatiri panas hehhehe...naik juga lah..syok sangat pemandangan..dengan angin yang kuat..sejuk..atas tu ada la tempat boleh buat flying fox bagai...ikut hati memang nak je..sebab rindu zaman lasak2 dulu..laki aku tak bagi..takut ada bby kihkihkih...

*gambar akan aku tepek nanti...aku da minta laki aku wasap..ermm tak online lagi beliau...





ni waktu nak mendaki ke atas..ecehh mendaki lah sangat...tapi DIINGATKAN SUPAYA BERHATI2 YE...ADA  BUDAK JATUH..DAN KUKU KAKI DIA TERMASUK KAYU..ERRR..tak reti nak explain..tapi separuh juga terpacak kayu tu dalam kuku kaki dia...meraung nya tu...buat aku yang orang tu ni rasa nak terkucil..kompem sakit!!

ok...ni lah tempat kalau korang nak merasa beraktiviti lasak sikitttt....flying fox ke..ada la beberapa aktiviti




sepanjang perjalanan..mulut Yan tak berhenti bercerita itu ini..memang menarik lah..sebabnya aku dengan suami mmg suka bab2 sejarah atau ambil tau apa2 pasal sosia budaya tempat orang lain...
aku minta Yan berhenti tempat orang proses gula melaka dari tebu...ehhh...ke gula merah? ermmmm gula melaka yang dibeli dari indonesia..korang harus beli ok..sedap sangat...lembut dan berlemak...






aku pun beli la dalam 10keping...aku minta 1 free,,,heheh aku bab2 minta free memang muka tak malu...dan abang tu pun bagi free...aku pun pulang dengan hati gumbirak...

on the way turun, yan ajak singah makan tengahari...wwuuuuu best giler...pengalaman makan tengahari kat tepi sawah yang menguning dna hijau..dengan suhu rendah perghhhh heaven..rasa taknak balik...hahahhah


ok...dah abis makan....Yan tanya..akak nk singgah mana2 tak? tengok kain ke..atau apa2...atau ada request nak ke mana?

aku singgah satu kedai ni..tapi apa yang dicari tak jumpa..aku minta yan hantar balik hotel..nak rehat...
malam tu kami nak repeat ke Jam Gadang sebab tak sempat beli lagi fridge magnet....

ok....jumpa nanti kat part 3 ok..lebih menarik sebabnya...iols sempat posing dengan baju pengantin minang...hahha...dan jangan lupa...kalau nak ke Minang...ambil pakej dengan Yan..insyaAllah puas hati...saya akan sertakan no wasap beliau kat part last nanti..sebab nak korang baca kemana yan bawa saya hehhe....