Nuffnang Ads

Thursday 7 June 2012

Pengantin lelaki naik rakit 2 kilometer

Pasangan pengantin Mohd. Redzuan Md. Salleh bersama Sharifah Norhafizoh Syed Ahmad Al-Sagoff di atas rakit buluh selepas pengantin lelaki berakit sejauh dua kilometer di Sungai Nami, Kampung Tanjung Piring, Nami, Sik, Kedah, semalam. SIK 6 Jun - Majlis perkahwinan di Kampung Tanjung Piring di sini hari ini, mencipta keunikan tersendiri apabila pengantin lelaki dibawa menyusuri Sungai Nami menggunakan rakit sejauh dua kilometer (km) sebelum menemui pasangannya di tebing sungai. Pengantin lelaki, Mohd. Redzuan Md. Salleh, 32, dilihat tidak kekok sepanjang berada di atas rakit buluh yang dikemudikan dua penduduk kampungnya. Sebaik sampai di tebing sungai di pusat penginapan dan rekreasi, Jungle Resort, Mohd. Redzuan disambut pengantin perempuan, Sharifah Norhafizoh Syed Ahmad Al-Sagoff, 19, dengan iringan muzik tradisional oleh Kumpulan Gendang Sri Indah dari Kampung Bakong, Kuala Nerang camtulah kasih sayang suami isteri ni..bagus depa nih...gentle..hahaha

No comments :

Post a Comment