Nuffnang Ads

Tuesday, 5 June 2012

Murid maut, kereta bapa rempuh pokok

Kuantan 4 Jun - Seorang murid tahun satu maut manakala bapa dan adik lelakinya cedera selepas kereta dipandu bapanya terbabas lalu merempuh pokok palma di Jalan Teluk Sisek menuju ke Teluk Cempedak di sini, semalam. Dalam kejadian pukul 12.30tengahari itu, mangsa , Muhammad Rdzwan Idris, 7, dari Taman Mutiara disini, meninggal dunia sejam kumudian semasa menerima rawatan akibat kecederaan parah di dada. Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superitendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, semasa kejadian, tiga beranak itu dalam perjalan menuju ke Teluk Cempedak di sini. 'Tiba di lokasi kejadian, kereta kancil yang dipandu bapa mangsa yang berusia 42 tahun dan bekerja sebagai buruh kontrak, hilang kawalan lalu bergesel dengan kenderaan dari arah bertentangan. Akibatnya, kereta itu terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh pokok palma yang berada di situ,' katanya di sini hari ini. Katanya, tiga beranak termasuk adik mangsa yang berusia setahun dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk rawatan lanjut. Katanya lagi, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia sejam kemudian ketika menerima rawatan manakala bapa dan adiknya hanya cedera ringan. Kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 SUMBER : UTUSAN MALAYSIA 4JUN2012

No comments :

Post a Comment