Nuffnang Ads
Friday, 1 June 2012
AGAMA : Manusia Tetap Dihisab Sekalipun Kemukakan Alasan
Firman Allah SWT : Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri. Meskipun dia mengemukakan alasan-alasanya.
(al-Qiyamah :14-15).
Ali bin Abi Talhah mengatakan daripada Ibnu Abbas : Iaitu pendengaran, pandangan, kedua tangan, kedua kaki dan seluruh anggota tubuh.
Al-Maraghi berkata : Manusia menjadi saksi yang jelas untuk membela dirinya sehingga dia tidak perlu diberitahu orang lain. Pendengaran, penglihatan, kedua-dua tangan , kedua-dua kaki dan semua anggota badanya menjadi saksi baginya.
Manusia akan tetap dihisab meskipun dia mengemukakan beberapa alasan dan menolaknya.
Ibnu Kathir : Maksudnya, dia menjadi saksi bagi dirinya sendiri, dia mengetahuia apa yang dia kerjakan meskipun dia telah memberikan alasan dan juga penolakan.
Al-Farra berkata : Manusia mempunyai mata (mata hati) yang dapat menilai diri sendiri. Maka beliau mendendangkan syair berbunyi " orang berakal sentiasa peka, Padanya ada mata memerhati, Sentiasa waspada tiap ketika, Terasa rahsianya terlalu diamati "
Berdasarkan pada ayat-ayat diatas, marilah kita sama-sama meninsafo diri untuk menjadi hamba Allah yang benar-benar betakwa kepadaNya. Dengan memperbanyakan amalan soleh dan menjauhi daripada segala amalan buruk dan maksiat. Semoga kita mendapatdan mencapai mardhatillah. Amin
Gambar Hiasan. merupakan gambar Arwah Achik Spin yang telah kembali ke rahmatullah. Sebagai umat Islam, kita percaya kematian tidak mengira usia. Apabila sudah tiba ajal. maka kembalilah kita kepada Maha Pencipta. Al-Fatihah.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment