Pada suatu hari, Muaz bin Jabal menhadap Rasulullah saw lalu bertanya :
"Wahai Rasulullah sae, tolong huraikan kepadaku mengenai Firman Allah : Ketika sangkakala bertiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris ; Surah an-Naba' Ayat 1"
Mendengar pertanyaan itu, lalu banginda menangis teresak-esak hingga basah pakaian beliau.
Lalu baginda menjawab :
"Wahai Muaz, engkau bertanyakanku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiringi, dikumpulkan berbaris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka"
Maka dinyatakan apakah 12 barisan itu?
BARISAN PERTAMA
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan tidak berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan oleh satu seruan dari sisi Allah yang Maha Pengasih yang ertinya : "MEREKA ITU YANG KETIKA HIDUP MENYAKITI HATI JIRANNYA, MAKA INI BALASNNYA"
BARISAN KEDUA
Mereka diiringi dari kubur dengan berbentuk babi hutan. Maka datanglah suara dari sisi Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang : " MEREKA ITU YANG KETIKA HIDUP MERINGANKAN SHALAT, MAKA INILAH BALASANNYA DAN TEMPAT KEMBALINYA ADALAH NERAKA "
BARISAN KETIGA
Diiringi dari kubur bebentuk keldai, dengan perut dipenuhi kalajengking dan ular. Mereka ini ialah orang yang enggan membayar zakat, dan inilah balasan mereka dan kembalilah mereka ke neraka.
BARISAN KEEMPAT
Diiringi dari kubur dengan darah seperti pancutan keluar dari mulut mereka. Mereka ialah orang YANG BERDUSTA DI DALAM JUAL BELI. Maka inilah balasan bagi mereka dan tempat kembali mereka adalah neraka.
BARISAN KELIMA
Diiringi dari kubur dengan bau busuk. Ketika itu Allah swt mengiringkan angin, maka beterbanganlah bau busuk itu keseluruh padang masyar dan mengganggu ketenteraman di padang masyar.Mereka itu ialah golongan YANG MENYEMBUNYIKAN PERBUATAN DERHAKA TAKUT DIKETAHUI MANUSIA, TETAPI TIDAK PULA TAKUT KEPADA ALLAH..Maka inilah balasan mereka dan kembalilah mereka ke neraka.
BARISAN KEENAM
Diiringi dari kubur dengan kepala terputus dari badan. Mereka ADALAH ORANG YANG MENJADI SAKSI PALSU. Inilah balasan mereka dan tempat mereka adalah neraka.
BARISAN KETUJUH
Diiringi dari kubur tanpa lidah, namun dari mulut mereka mengalir keluar darah dan nanah.Mereka IALAH ORANG YANG ENGGAN MEMBERI KESAKSIAN PADA KEBENARAN. Maka inilah blasan mereka dan kebalilah mereka ke neraka.
BARISAN KELAPAN
Diiringi dari kubur dengan keadaan terbalik dengan kepala kebawah, kaki ke atas. Mereka IALAH ORANG YANG BERZINA.Inilah balasan mereka dan tempat kembali mereka adalah neraka.
BARISAN KESEMBILAN
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru, sementara dalam hati mereka penuh dengan api gemuruh. Mereka ADALAH ORANG YANG MEMAKAN HARTA ANAK YATIM DENGAN CARA YANG HARAM. Maka inilah balasan mereka dan tempat mereka adalah neraka.
BARISAN KESEPULUH
Diiringi dari kubur dengan badan mereka penuh sopak dan kusta. Mereka ADALAH GOLONGAN YANG MENDERHAKA KEPADA KEDUA ORANG TUANYA. Maka, kembalilah ke neraka tempat mereka.
BARISAN KESEBELAS
Diiringi dari kubur mereka dengan buta, gigi memanjang seperti tanduk lembu panjang, bibir melebar sampai ke dada, dan lidah terjulur panjang hingga perut serta keluar beraneka kotoran. Mereka ini IALAH GOLONGAN YANG MEMINUM ARAK. Maka inilah balasan bagi mereka dan kembalilah mereka ke neraka.
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar bagai bulan purnama, mereka melintasi titian sirat dengan sepantas kilat. Maka datanglah dari sisi Allah yang maha Pengasih dengan memaklumkan " Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatn derhaka, mereka tidak melalaikan shalat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat," Maka inilah balasnnya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat kemapunan, kasih sayang dan keredhaan dari Allah yang Maha Agung.
Nuffnang Ads
Tuesday, 12 June 2012
Thursday, 7 June 2012
Pengantin lelaki naik rakit 2 kilometer
Pasangan pengantin Mohd. Redzuan Md. Salleh bersama Sharifah Norhafizoh Syed Ahmad Al-Sagoff di atas rakit buluh selepas pengantin lelaki berakit sejauh dua kilometer di Sungai Nami, Kampung Tanjung Piring, Nami, Sik, Kedah, semalam.
SIK 6 Jun - Majlis perkahwinan di Kampung Tanjung Piring di sini hari ini, mencipta keunikan tersendiri apabila pengantin lelaki dibawa menyusuri Sungai Nami menggunakan rakit sejauh dua kilometer (km) sebelum menemui pasangannya di tebing sungai.
Pengantin lelaki, Mohd. Redzuan Md. Salleh, 32, dilihat tidak kekok sepanjang berada di atas rakit buluh yang dikemudikan dua penduduk kampungnya.
Sebaik sampai di tebing sungai di pusat penginapan dan rekreasi, Jungle Resort, Mohd. Redzuan disambut pengantin perempuan, Sharifah Norhafizoh Syed Ahmad Al-Sagoff, 19, dengan iringan muzik tradisional oleh Kumpulan Gendang Sri Indah dari Kampung Bakong, Kuala Nerang
camtulah kasih sayang suami isteri ni..bagus depa nih...gentle..hahaha
Tuesday, 5 June 2012
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)