Nuffnang Ads

Monday, 5 November 2012

7 PINTU NERAKA..BAGAIMANA LUASNYA..?


7 PINTU NERAKA

Yazid Ar raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada rosulullah pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Rosululah saw: Mengapa aku melihat kau berubah muka?
 Jawabnya: Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahwa

neraka Jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka- suka sebelum ia merasa aman daripadanya.

Lalu Rosullulah saw bersabda:
Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam. Jawabnya: Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama 1000 tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1000 tahun sehingga putih, kemudian 1000 tahun sehingga hitam, lalu menjadi hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar semua penduduk dunia karena panasnya. Demi Allah, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi niscaya akan mati penduduk bumi karena panas dan basinya.

Demi Allah, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke 7. Demi Allah, andaikan seorang di ujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di ujung timur karena sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam, perhiasannya besi dan minumannya air panas bercampur nanah, dan pakaiannya adalah potongan- potongan api. Api neraka itu ada 7 pintu, jarak antar pintu sejauh 70 tahun, dan tiap pintu panasnya 70 kali dari pintu yg lain. MasyaAllah

Dikatakan dalam Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu bahwa neraka jahanamKu itu: mempunyai 7 tingkat.
Setiap tingkat mempunyai 70.000 daerah.
Setiap daerah mempunyai 70.000 kampung.
Setiap kampung mempunyai 70.000 rumah.
Setiap rumah mempunyai 70.000 bilik.
Setiap bilik mempunyai 70.000 kotak.
Setiap kotak mempunyai 70.000 batang pokok zaqqum.
Di bawah setiap pokok zaqqum mempunyai 70.000 ekor ular.
Di dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta mengandung lautan racun yang hitam pekat. Dan di bawah setiap pokok zaqqum terdapat 70.000 rantai. Setiap rantai diseret oleh 70.000 malaikat.

Api yang ada sekarang ini, yang digunakan bani Adam untuk membakar hanyalah 1/70 dari api neraka jahannam (HR. Bukhari-Muslim). "Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, mereka akan mendengar kegeraman dan suara nyalanya". (QS. Al-Furqan: 11).

"Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir (neraka) itu terpecah lantaran marah". (QS. Al-Mulk: 7). Air di jahannam adalah hamim (air panas yang menggelegak), anginnya adalah samum (angin yang amat panas), sedang naungannya adalah yahmum (naungan berupa potongan-potongan asap hitam yang sangat panas). (Lihat QS. Al-Waqi'ah: 41-44).

Rasulullah SAW meminta Jibril untuk menjelaskan satu per satu mengenai pintu-pintu neraka tersebut.

"Pintu pertama dinamakan Hawiyah (arti harfiahnya: jurang), yang diperuntukkan bagi kaum munafik dan kafir.
Pintu ke 2 dinamakan Jahim, yang diperuntukkan bagi kaum musyrikin.
Pintu ke 3 dinamakan Saqar, yang diperuntukkan bagi kaum shobiin atau penyembah api.
Pintu ke 4 dinamakan Ladha, diperuntukkan bagi iblis dan para pengikutnya.
Pintu ke 5 dinamakan Huthomah (artinya: menghancurkan hingga berkeping-keping), diperuntukkan bagi kaum Yahudi.
Pintu ke 6 dinamakan Sa'ir (arti harfiahnya: api yang menyala-nyala), diperuntukkan bagi kaum kafir.

Rasulullah bertanya: "Bagaimana dengan pintu ke 7.?" Sejenak Malaikat Jibril seperti ragu untuk menyampaikan siapa yang akan menghuni pintu ketujuh. Akan tetapi Rasulullah SAW mendesaknya sehingga akhirnya Malaikat Jibril mengatakan, "Pintu ke 7 diperuntukkan bagi umatmu yang berdosa besar dan meninggal sebelum mereka mengucapkan kata taubat".

Mendengar penjelasan yang mengagetkan itu, Rasulullah SAW pun langsung pingsan, Jibril lalu meletakkan kepala Rosulullah saw di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar beliau bersabda: Ya Jibril, sungguh besar kerisauan dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka? Jawabnya: Ya, yaitu orang yg berdosa besar dari umatmu.

Nabi Muhammad lalu menangis, Jibrail pun ikut menangis. Kemudian nabi saw langsung masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang. Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapapun selama beberapa hari, dan ketika sholat beliau pun menangis dengan tangisan yang sangat memilukan. Karena tangisannya ini, semua sahabat ikut menangis, kemudian mereka bertanya: Mengapa beliau begitu berduka? Namun beliau tidak menjawab.

Sayyidah Fathimah az-Zahra melihat beliau karena tangisan yang tiada henti. Wajah Nabi menjadi pucat dan pipinya menjadi cekung. Sebagaimana yang diceritakan oleh Kasyfi, bahwa Bumi tempat beliau duduk telah basah dengan air mata. Sayyidah Fathimah as berkata kepada ayahnya, semoga hidupku menjadi tebusanmu, Mengapa Ayahanda menangis?

Nabi saw menjawab: Ya Fathimah, mengapa aku tidak boleh menangis.? Karena sesungguhnya Jibril telah menyampaikan kepadaku sebuah ayat yang menggambarkan kondisi neraka. Neraka itu mempunyai 7 pintu, dan pintu- pintunya mempunyai 70.000 celah api. Pada setiap celah ada 70.000 peti mati dari api, dan setiap peti berisi 70.000 jenis azab.

Setelah mendengar ucapan tsb, para sahabat Nabi menangis dan meratap, Derita perjalanan alam akhirat sangat jauh, sedangkan perbekalan sangat sedikit. Sementara sebagian lagi menangis dan meratap, Seandainya ibuku tidak melahirkanku, maka aku tidak akan mendengar tentang azab ini. Ammar bin Yasir berkata, Andaikan aku seekor burung, tentu aku tidak akan ditahan (di hari kiamat) untuk di hisab. Bilal yang tidak hadir di sana datang kepada Salman dan bertanya sebab- sebab duka cita itu. Salman menjawab: Celakalah engkau dan aku, Sesungguhnya kita akan mendapat pakaian dari api, sebagai pengganti dari pakaian katun ini dan kita akan diberi makan dengan zaqqum (pohon beracun di Neraka).

MasyaAllah.. Sungguh dialog yang sangat mengerikan. Para sahabat meratap dan menangis, bahkan Nabi dan malaikat Jibril pun menangis saat mengetahui tentang dasyatnya siksa di neraka.

Bagaimana dengan kita..?

#sedih la pulak biler terbaca entry ni...semoga kite semua tak tergolong umat yg masuk pintu ke 7


KERANA SEEKOR KURA-KURA, NASI DI DAPUR HANGIT

Al kisah...kita ni hidupnya dari turun-temurun nenek moyang. Walaupun kita ni keturunan Bugis, Jawa, Banjar dan sebagainya, kita dah hidup dan bercampur gaul dengan orang Melayu. Kita dah sentiasa terdengar berkenaan 'pantang larang tok nenek moyang'. Senang cerita, kita punya minda dah di set kan bahawa itu tak boleh, ini tak boleh. Boleh mendatangkan sial dan sebagainya.

Apa pula hukumnya? Sedangkan kita hanya mengikut sahaja larangan orang-orang tua dulu kerana mereka lebih arif @ lebih dulu makan garam. Dek kerana tidak mahu mereka berkecil hati, kita hanya turutkan. Namun, apa yang dikhuatiri, adik-adik kecil pon dah pandai cakap itu bawa sial, ini lah penyebab kita ditampa bala. Apabila ditegur, mereka akan cakap yang kita ni macam pandai sangat. Tidak kah mereka tahu dan sedar bahawa perbuatan dan kepercayaan mereka itu boleh menjatuhkan syirik kecil ke atas mereka?

Ini adalah salah satu daripada senarai perkara yang boleh menjatuhkan hukum Syirik Asghar (syirik kecil). Apa itu syirik kecil? Syirik kecil adalah syirik yang tidaklah mengeluarkan seseorang itu dari agama, namun ia tergolong dalam dosa-dosa besar dan dibimbangi orang yang melakukannya atau berterusan melakukannya akhirnya akan mati sebagai seorang kafir jika tidak diberi rahmat oleh Allah dengan taubat dan keampunanNya. Nauzubillah..

Mempercayai sial sesuatu. Sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa yang sial sesuatu (yakni kepercayaannya terhadap sial sesuatu) menghalangnya dari menyempurnakan hajat (atau urusannya), maka sesungguhnya ia telah mensyirikkan Allah”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan Ibnu Sunni dari Abdullah Ibnu ‘Amru r.a.)

Begini kisahnya :

Pada suatu malam, sedang seorang anak ini di dalam perjalan pulang ke rumah dengan menaiki kereta bersama adik-adiknya, maka terlihat dia akan seekor anak kura-kura yang comel yang ingin melintas jalan. Dek kerana hatinya meronta-ronta ingin membela kura-kura itu, dia dengan segera mengundurkan kereta dan meminta adiknya mengambil kura-kura itu untuk dibawa pulang ke rumah.

Buat sementara mendapatkan tempat tinggal yang lebih elok(akuarium), dia telah meletakkan kura-kura itu di dalam sebuah besen yang diisi air. Dia tidak mahu mencampurkan kura-kura itu ke dalam kolam ikan ayahnya, kerana dikhuatiri akan dimakan anak-anak ikan ayahnya. Sedangkan dia baru membawa pulang kura-kura sahaja ayah dan ibunya bising dan mengatakan kura-kura itu berpenunggu.Di dalam hati, dia merungut dengan kepercayaan ibu ayahnya. Namun, didiamkan sahaja.

Malam itu. rutin seperti biasa diteruskan. Mereka membuat nasi lemak untuk dihantar ke warung-warung berdekatan bagi menambah pendapatan. Namun, setelah penat seharian berjalan jauh, adiknya yang sedang mengukus nasi lemak telah terlupa untuk mematikan api kukusan. Lantas dek kepenatan, dia terus ke bilik dan tidur. begitu juga dengan kakaknya yang penat memandu jauh.

Tiba-tiba, lebih kurang pukul 12 tengah malam, mereka tersedar kerana terdengar kecoh-kecoh dirumah. Rupa-rupa adiknya telah terlupa untuk mematikan api kukusan. Oleh itu, air kukusan kering dan telah menghangitkan periuk. Entah bagaimana, api itu telah merebak ke bahagian alas dapur (alaskan kayu diatas jubin) dan membakar kayu alas dapur. Dengan kuasa Allah swt yang masih lagi menyayangi keluarga itu, ibunya telah disedarkan dari tidur. Apa lagi, dengan mulut bising telah mengatakan " kan aku dah kata bahawa kura-kura tu berpenunggu. Esok pagi-pagi pergi pulang tempat asalnya. Terbakar rumah dikerjakan. "

Esok paginya, sebelum keluar pergi kerja anak itu telah membawa kura-kura dengan berat hati dan terpaksa dilepaskan. Dia sangat menyayangi kura-kura itu kerana bentuk cengkerang yang coklat dan tinggi serta garisan kuning di atas kepala kura-kura itu. Namun, dek kerana ingin menjaga hati ibunya, dia malas untuk berbalah dan terus sahaja membawa kura-kura itu keluar tanpa sepatah kata.

Adik-adiknya yang masih kecil turut mempercayai bahawa kura-kura itu berpenghuni. Disini, apa yang kita dapati ialah setiap perlakuan dan percakapan ibu bapa akan memperngaruhui anak-anak. Apa pula akan terjadi dengan perkembangan akidah anak-anak? Kita bukan menidakkan kata orang tua-tua. Namun, kita perlu pandai membezakan yang mana harus dipercayai, yang mana tidak. Kerana, jika ianya berterusan , akan dikhuatiri menjatuhkan syirik kecil.

*Entry ini adalah bertujuan membuka mata orang-orang yang terlalu taksub melabelkan makhluk Allah lain bahawa ianya berpenunggu dan sebagainya. Atau lebih tepat, ada sehingga memujanya, mengikat kain merah, membaling syiling dan membuat hajat. DITEGASKAN DISINI, HUKUMNYA SYIRIK!!



Wednesday, 31 October 2012

SIAPA STRESS? JOM JAWAB SOALAN NI DENGAN SPONTAN~REDAKAN STRESS DENGAN SENYUMAN


PERMAINAN INI UNTUK KORANG YANG STRESS KERJA JE..HAAA...JOM LEPAK JAP
JAWAB SECARA SPONTAN:

Menguji sejauh mana konsentrasi kita.. :)

- Jawab spontan, jangan banyak fikir,
- Baca satu demi satu,
- Concentrate!
- KITA MULA :

Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..

1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.

1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?

Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging..

## SO...APA JAWAPAN KORANG?KOMEN DAN SHARE.. =)


KISAH SUAMI ISTERI YANG MENYENTUH HATI


‎~Suatu Petang Di Rumah Pengantin Baru...(Selepas Solat Maghrib)

" Sayang..? Kenapa Nangis Nie..Hey ! Baby Abang Buruk Sangat Bila Nangis..Sini Meh Menangis Kat Dada Abang..."

Si Isteri Dengan Penuh Sayunya Melangkah Menghampiri Suaminya..

" Abang...Sayang Mintak Maaf Kalau Sayang Tak Boleh Jadi Isteri Terbaik Dalam Hidup Abang..Sayang Cuma Tak Sedia Nak Menempuh Alam Rumahtangga...Sayang Takut Kalau...Abang Tinggalkan Sayang..."

Si Suami Menarik Nafas Dan Melepaskan Keluhannya...

" Demi Allah...Tidak Terlintas Walau Sedikit Pun Niat Di Hati Abang Untuk Tinggalkan Isteri Kesayangan Abang...Sepatutnya Abang Yang Cakap Macam Tuh..Siapalah Abang Sayang ? Tak Kacak Pun..Kaya Pun Tak..Abang Cuma Boleh Bagi kasih Sayang Abang Sahaja..."

Kemudian Si Suami Menyambung...
" Lainlah Isteri Abang..Cantik..Kaya..Lemah-Lembut , Manja..Gedik Pun Ada Jugak Kadang-Kadang ! ( Si Suami Ketawa Demi Menyembunyikan Kegusarannya...)

Maka Terhamburlah Ketawa Mereka Sepasang Suami Isteri Direhdai Allah..

~ Beberapa Tahun Selepas Itu....~

" Abang...Sayang tau Kenapa Allah Ambik Abang Dari Sayang..Sayang Redha..Allah Sayangkan Abang..Sayang Janji Sayang Akan Besarkan Anak-Anak Kita Dengan Ajaran Al-Quran Dan Didikan Agama Seperti Mana Yang Abang Selalu Inginkan.."

Sungguh..Cinta Sayang Tidak Akan Pernah Tertanam..Malah Ia Akan Terus Membara..
Ia Membara Kerana Cinta Ini Ikhlas Kerana Allah..

Dan Demi Allah..Sayang Gagahkan Diri Untuk Teruskan Perjalanan Hidup Di Bumi Allah Ini..Dengan Membekalkan Sedikit Cinta Abang...Dan Demi Anak-Anak Kita...

Semoga Abang Di Tempatkan Di Kalangan Orang-Orang Yang Beriman..
Sayang Balik Dulu ya...Assalamualaikum Suamiku...

~ ♥ Lalu Si Isteri Berlalu ...Meninggalkan Pusara Suami Tercinta...

Masih Sanggupkah Kamu Berbakti Kepada Seoarang Suami..Di Saat Kamu Kehilangannya?

♥.♥
kisah pendik paling menyentuh hati.. like jika setuju.. :'(

Tuesday, 30 October 2012

KEJADIAN DI PETRONAS R&R MACHAP




Sekadar berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar saya baru2 ini.
Seperti biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami jika tidak pulang ke kampong sendiri di Perak akan mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah (kampung sebelah isteri).Lebih kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat menelusuri lebuhraya Plus menghala ke Johor Bahru.

Di dalam kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk dibelakang (mudah bagi si ibu menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan) manakala anak yang sulung duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu
barangkali). Disebabkan mata mulai layu (lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami tadi pun exit sebentar di R&R Machap untuk membeli minuman di Petronas yang ada di R&R berkenaan.

Sejurus perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu mengantuk si suami pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri serta anak yang sedang nyenyak tidur. Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli minuman, kereta yang ditinggalkan tidak pula dikunci pintunya dan enjin juga dibiarkan hidup kerana air-corn masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan Petronas yang terang benderang meyakinkan lagi si suami tentang keselamatan keluarga yang ditinggalkan buat seketika.

Pada ketika ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku

Semasa si suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina menuru masuk ke dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si isteri yang sedang tidur tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup pintu sekuat itu.

Kereta terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari isteri serta anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek.Manakala isteri menjerit sekuat hati meminta mereka dilepaskan dan anak sulung yang duduk di depan menangis ketakutan.Suspek yang berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia diam. Disebabkan sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi meluru mendapatkan ibunya di belakang sambil menangis teresak-esak.

Si suami yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula dia parking, segera mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah mengubahnya ke tempat yang lain.
Apabila menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong kakitangan petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi tak dijawab.
Beberapa ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari tempat duduk belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari suspek, sambil telefon bersambung dengan suami, si isteri tidak meminta tolong daripada suami melalui telefon tetapi menjerit meminta tolong daripada suspek supaya dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut setiap lokasi yang dilalui menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya.
Mujur ketua stesen petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya kepada si suami untuk mengejar kereta yang dilarikan tadi. Sambil memandu talian masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki lokasi pada ketika itu.

Apabila sampai di tol Simpang Renggam, suspek meminta duit daripada isteri untuk membayar tol tapi isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami.
Sambil membuka tingkap kereta isteri tadi menjerit kepada jurutol memberitahu dia diculik. Tapi malangnya tanpa perlu membayar duit tiket tol, palang dibuka oleh jurutol. Mungkin jurutol pun turut panik..agaknya Sejurus melepasi tol, suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu dia akan melepaskan si isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual bersama kenderaan yang dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek menempik kepada si isteri supaya cepat keluar sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi.

Maka berlaku pergelutan antara isteri dan suspek untuk merebut anak yang cuba dijadikan mangsa pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt, kereta yang diparking ditepi jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin disebabkan keadaan jalan yang sedikit curam. Apabila melihatkan kereta yang hendak dicuri bergerak dengan sendirinya, suspek segera melepaskan tangan anak kecil tadi lalu meluru mendapatkan kereta. Seketika kemudian kereta pun dipecut laju meninggalkan isteri dan anak-anak yang baru sahaja sejengkal terlepas daripada bahaya."

Ini hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah menimpa ahli keluarga saya. Sekadar peringatan kepada kita semua :

i. Lengkapkan kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik lagi dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian

ii. Kejutkan isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang tidur untuk maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan

iii. Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling sebelum keluar daripada kenderaan

iv. Amalkan prinsip keselamatan turun dan kunci serta merta. Semua pintu depan dan belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di dalam kenderaan kuncikan kenderaan (boleh diamalkan utk kereta dan motosikal => secara prinsipnya biar kita hilang 2 minit utk kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari kenderaan sekiranya dicuri)

v. Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di dalam kenderaan . Utk digunakan jika berlaku kecemasan

vi. Jangan cepat panik ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu. Faktor utama ialah keselamatan

vii. Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun daripada kenderaan utk memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan kita

viii. Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak diingini segera tekan hon (nada panjang) - Emergency Code

ix. Tindakan terjun daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan terakhir sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu kanan)

x. Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca sebanyak mana yang boleh (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din)

Semoga kita dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa berwaspada sepanjang perjalanan.
Untuk makluman kejadian berlaku pada 5.10.2012 baru-baru ini (11.30 malam :


** SEJUJURNYA..CERITA INI HANYALAH COPY PASTE..TAPI..APA YANG PERLU KITA AMBIL DISINI..JADIKAN CERITA INI SEBAGAI IKTIBAR..

Monday, 22 October 2012

Tabahlah Menghadapi Perpisahan


Ya Allah Ya Tuhanku...
Tabahkanlah hati hambamu ini..
Sesungguhnya hamba ini sangat kerdil..
Apatah lagi hati ini Ya Allah...

Kau Maha Mengasihi..lagi Maha Mendengar..
Dengarlah rintihan hati ini..Ya Allah..
Ya Allah...sekiranya perpisahan ini adalah kifarah dosa-dosaku..
Aku menerimanya dengan hati yang terbuka..

Ya Allah Ya Tuahanku...
Seandainya perpisahan ini adalah rahmat-Mu...
Kau berikanlah aku kekuatan iman...
Agar aku tidak tersesat...terkeluar dari landasan Mu..
Kau kuatkanlah jiwa ku..supaya terus tabah menghadapi hari-hari kelak...

Ya Khalid...Penciptaku....
Aku sesungguhnya dengan rendah diri bermohon...
Janganlah kau uji diriku dengan ujian yang tidak mampu ditapisi imanku...
Sesungguhnya Ya Allah...imanku sangatlah nipis..

Ya Allah...Ya Muhaimin....
Kau terangkan lah hatiku...
Kau sucikanlah zahir serta batinku...
Agar ianya terus bercahaya...dengan nama indah-Mu..

Allahu..Ya Ghaffarru..
Redhakanlah hatiku....
Semoga dengan perpisahan ini...
Hatiku lebih tenang...
Semoga dengan perpisahan ini...jiwaku kian damai...




Friday, 28 September 2012

PENGALAMAN DARI SEORANG BERAGAMA KRISTIAN KEPADA ISLAM..MENGINSAFKAN..SUBHANALLAH..

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula memasuki sekolah menengah saya sudah mula membuat kerja-kerja untuk meramaikan lagi penganut Kristian. Oleh kerana waktu itu Sabah dipimpin oleh PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri. Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program.

Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsb. Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan ajaran Kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehkah saya ke rumah cikgu..."

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-

- Mengapa orang Islam sembah kaabah
- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Di samping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz itu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...."

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu. Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja
sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwahpun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu.Saya telah ramai
memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu....

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam. Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan
Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah.