Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian
ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.
Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu
kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang
paderi. Sejak mula memasuki sekolah menengah saya sudah mula membuat
kerja-kerja untuk meramaikan lagi penganut Kristian. Oleh kerana waktu
itu Sabah dipimpin oleh PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha
kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri. Kumpulan saya masuk ke
kampong dalam berbagai program.
Selalunya program khidmat
masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar
RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami
ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai
masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami
hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsb. Dengan cara ini
kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan
susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami
mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.
Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan.
Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.
Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama
Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini
setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya
belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan
ajaran Kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak
mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan
Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil
cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai
dikelas ini, bolehkah saya ke rumah cikgu..."
Ustaz itu
bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya
katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama
Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya
kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
- Mengapa orang Islam sembah kaabah
- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi
membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan
kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab
secara tepat.
- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,
kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu
kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa
saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.
Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang
malaya' datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur
rumah ustaz itu. Di samping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan
ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz itu,saya mengagumi cara
hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah.
Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa
bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya
membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik
saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati
yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin
tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara
azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa
Johanis....awak mengigau...."
Saya pegang tangan ustaz itu,
saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya
bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu
saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu. Selesai penIslaman saya, saya
pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur
diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa
bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya.
Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga
saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum
saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak
mengajar di Sabah.
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala
Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga
memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album
pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan
dalam gereja
sewaktu di Sabah dulu..
6 tahun saya di
PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil
Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama
Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.
Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah
ini nak berdakwahpun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.
Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu.Saya
telah ramai
memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di
PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya
katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya
sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan
akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya
hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya
telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana
rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad
Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya
menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika
itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air
mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan
mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan
kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu....
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah
saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya
pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita
berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil
sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contah
pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang
pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan.
Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang
pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah
saya,"You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."
Saya
sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak
akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam.
kerana itu saya ajak menghayati Islam.
Saya kumpulkan semula
kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya
kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang.
Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam. Apa
tauliah awak,mana kebenaran Jabatan
Agama,mana permit polis,sapa
benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak
Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam
sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian.
Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum
muslimah,pura-pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu
dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra
Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini
antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.
Saya nak
nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air
ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul
yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah
dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat.
Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka
akan sedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah.
No comments :
Post a Comment