Nuffnang Ads
Wednesday, 1 August 2012
ADAKAH ANDA SAHABAT YANG BAIK??
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya :
" Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orangnya yang sifatnya seperti berikut ;
* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
* Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) dari kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu,dia akan menutupnya
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
* Jika datang sesuatu benacana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
* Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan mebantu kamu; dan
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
BAGAIMANA DENGAN ANDA??ADAKAH ANDA SEORANG RAKAN YANG BAIK??
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment