Nuffnang Ads

Wednesday 1 August 2012

10 PANTANG RAWATAN HOMEOPATI !!








HOMEOPATI ialah satu sistem perubatan yang membantu menguatkan keupayaan tubuh melawan penyakit yang menyerang dan bukannya menyediakan bahan untuk MEMBUNUH KUMAN penyakit berkenaan. Prinsip asas perubatan homeopati ialah bersandarkan konsep 'persamaan' ataupun Law of Similiars yang juga merupakan maksud bagi perktaan homeopati iaitu homosis dalam bahasa Yunani.

Berikut antara 10 pantang-larang yang perlu diikuti pleh pengguna apabila mengambil rawatan homeopati bagi mengekalkan keberkesanan penawar. Antara pantang-larang itu ialah :

1) Penawar hendaklah dimakan ketika perut kosong dan mulut hendaklah bersih. Jangan makan atau minum dalam masa setengah jam sebelum atau selepas mengambil ubat homeopati.

2) Sewaktu mengambil ubat, sebolehnya jangan terkena jari. Gunakan tudung botol ubat untuk memasukannya ke dalam mulut.

3) Elakkan daripad minum kopi, teh, kopi segera dan bahan lain yang menggunakan kafeina. Elakkan juga merokok kerana bahan-bahan ini (termasuk nikotin) boleh menghilangkan kuasa penawar ubatan homeopati.

4) Ubat-ubatan homeopati sangat sensitif terhadap suhu panas dan bau-bau yang kuat seperti minyak wangi dan rempah. Tutup botol penawar kemas-kemas selepas digunakan.

5) Jauhkan ubat daripada kapur barus dan yang sama jenis dengannya.

6) Elakkan memakan makanan bercuka dan masam.

7) Jauhkan ubatan daripada semua jenis minyak angin. Jika perlu menggunakannya, jarakkan jangka masa penggunaan dan pengambilan ubat.

8) Elakkan mengambil bahan lain yang mengandungi bahan dadah dalam masa rawatan

9) Ubat homeopati bekerja lebih berkesan sewaktu perut kosong. Oleh itu, ambillah 1/2 jam sebelum makan atau minum.

10) Elakkan daripada terdedah pada haba atau cahaya kuat.

No comments :

Post a Comment