Dalam meniti usia emas dan ditambah pula dengan kehadiran penyakit kronik, pertama sekali yang perlu ada dalam diri golongan warga emas adalah membina sikap dan pemikiran yang positif dalam kehidupan. Ini sangat penting dalam memastikan keterbukaan dan keikhlasan golongan ini agar postif dalam mengahadapi penyakit yang menimpa diri.
Sikap dan pemikiran yang positif sedikit sebanyak dapat membantu dalam merawat kesakitan yang sedang dihadapi. Sikap ini trurt membantu dalam mendekatkan diri kita kepada Allah SWT serta meningkatkan ketakwaan kepada-Nya.
Selain itu, pesakit perlu tabah dalam menghadapi penyakit kronik ini. Pepatah yang mengatakan, " Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul," perlu dibuang jauh-jauh bangi mengelakkan golongan warga emas ini PASRAH..Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan penyakit kronik. Kadang-kala kehadiran saudara mara dan sahabat handai bakal mengundang perasaan sedih dalam diri pesakit, justeru mereka yang hadir itu perlu bijak mengawal emosi bagi memberi semangat yang kental kepada pesakit agar lebih tabah.
Apa yang boleh dilakukan ialah antaranya :
1) Solat
Samada solat yang wajib ataupun sunat. Ini adalah kerana dengan bersolat kita mendekatkan diri kepada-Nya. Dia lah tempat kita meminta. Dia sangat suka kepada umatnya yang meminta-minta dari-Nya tanpa jemu (walhal sebagai manusia..kita jelak dengan orang yang meminta-minta)
2)Beristighfar
Merasa menyesal dengan segala perbuatan mungkar yang telah membawa segala bencana. Mengamalkan Zikir ini dan membacanya sebanyak mungkin dengan menyesali segala
perbuatan dosa:
.... Sebahagian .....Surah Al Anbiya ayat 87
MAKSUDNYA:“Tiada Tuhan yang layak diabdikan diri melainkan-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku
tergolong dikalangan orang-orang yang zalim.
Baca ”Ya Allah ampunkan dosa-dosa ku"
Sentiasalah berada di dalam keadaan yang redha dengan ujian yang diberi oleh-Nya.
Ingatlah..kesakitan itu menghapus dosa-dosa kecil kita.
Wallahua'lam..