Nuffnang Ads

Monday, 24 June 2013

JIN BERTEKNOLOGI TINGGI ~PANDAI BERtweet~

Saya sengaja mengetengahkan berita ini kerana tertarik pada gambar penempatan kuno yang di muatnaik di Twitter

Sebuah akhbar harian berbahasa arab Ajel mendakwa jin juga menggunakan Twitter di Arab Saudi serta mempunyai pengikut berjumlah 161,000. 



Jin tersebut telah memuatnaik gambar sebuah ladang di Yaman yang berusia 100 tahun dahulu. 


Gambar yang di dakwa sebuah ladang yang seperti syurga 90 tahun yang lalu.


Kata jin tersebut, "Saya ialah Jin tulen, kepada semua manusia, saya Jin pertama menggunakan Twitter.
Mungkin ada dikalangan anda beranggapan saya
berpura-pura, sebenarnya saya memang Jin
tulen dan anda akan melihat keajaiban pada
akaun Twitter saya tidak lama lagi" Jin tersebut juga mendakwa dirinya sukakan
keamanan, tidak mahu cederakan sesiapa dan suka
bersahabat dengan semua manusia serta
mengetahui tingkahlaku mereka. 


Jin tersebut juga mendakwa dirinya tinggal di sebuah rumah di tengah padNg pasir yang tandus di Arab Saudi. 


Seorang pengunjung menghubungi pemilik akaun Twitter Jin tersebut dengan nama palsu, namun Jin
itu dengan segera memberitahu nama sebenarnya,
alamat dan bandar yang diduduki pengunjung
tersebut. Pengunjung itu berasa takut lalu
membaca ayat-ayat suci.

Ada juga yang menganggap bahawa jin ini sebenarnya adalah seorang penggodam . Ada pula yang berkata ia adalah syaitan yang cuba menyesatkan manusia. Tapi biar apa pun, terpulanglah kepada anda untuk percaya ataupun sebaliknya.  

Ada yang berkata teknologi Jin jauh lebih canggih daripada manusia.
Wallahualam...

KREDIT : CARI FORUM



Monday, 17 June 2013

HIMPUNAN BELIA JOHOR 2013

HAAAAA......

semangat reza nak buka blog pepagi ni sebab tak sabar nak masukkan entry pasal himpunan hari belia johor 2013 ni. Reza terlibat secara lansung dengan program..sebab ikut bos. so kira pekerja opis kitornag yang 3 kerat ni menjadi krew atau pun urusetia.

Tapi...dalam part yang paling reza tak sabar ialah menunggu hari ahad. Sebab nya...member2 NIMOTA nak datang untuk auto show...perghhh dahla memang minat giler dengan nimota ni. Kenal dengan budak ni pun dari hasila carian 'look around' kat wechat..eheheh jadi tak sabar la nak jumpa dan sembang depan-depan.





Akhirnya...tiba hari yang dinantikan. Hari ahad...tapi disebabkan kepenatan seharian program pada sabtu tu, ahad pada hari perasmian oleh Menteri Besar Johor..reza terlambat datang..huhuhu sedih....

Sampai je sana...dah siap dah semua...tengah bersalam-salaman je..hehehe

Dalam pada tu...reza dah kena marah dah dengan sorang mamat ni..die bertugas sebagai polis trafik yang jaga kawasan tu pada hari sabtu. pun hasil carian 'LA' kat wechat sebab kebosanan waktu tu..heheh

mamat ni cakap la..sepatutnya awak yg tunggu MB tu,,bukan MB tunggu awk..huhuhu tau jelah..polis kan..memang pon garang...dah memang reza salah..so reza ketawa jela..buat muke tak bersalah...

Setelah habis..siap semua..sekarang ni masa untuk edar sijil penghargaan kepada belia kerana sudi datang memberi sambutan dan memeriahkan majlis. Reza ambil la banyak sikit..lepas tu cabut pergi ke kawasan auto show kat belakang sekali..heheh konon2 datang tu nak bagi budak2 nimota tu sijil..padahal segan la nak datang dengan tangan kosong...


ini lah dia budak-budak nimota..datang dari beberapa tempat..segamat, labis, yong peng dan johor. Dia ada nama group dia..kalau tak silap 1heart 2 country ke hape la..tak berapa ingat..hehehe

ini dia motor kawan reza...nampak simple..tapi reza minat heheh minat tuanya ke..motornya?? hahaha
motor la...tuan nya encem...tah-tah ada gf dah...tak pernah nak tanya..hehehe


ini budak JB...dia datang atas jemputan dan buat stunt...gila..hebat wooo...macam-macam aksi bhaya dia buat..kata kawan reza..sebelum ni berlatih buat stunt..pakai yang kawasaki tu...tapi jatuh..habis hancur..huhuu berani betul dia ni

ini pula gambar Datuk Zulkarnain Kamisan...Exco Belia Johor..belajar dan cuba bawa motcross..heheh buat satu pusingan je Datuk..


Akhirnya...tiba lah masa untuk mereka balik...heheh...so..ambil satu gambar kenangan..jeles kawan2 dia..ambil gmbo dengan dia je...dengan kwan lain tak nak..heheheh

entah macamana..kebetulan nak ambil adik yang baru balik bengkel UPSR dibawah tajaan SIme Darby tempat akk reza kerja. Akak reza kerja kat Ladang Caah..kire satu hala lah dengan diorang ni. So, cepat2 reza wechat diaorang..tanya kat mana...nak lepak lagi..hahahah lahaiiii...

Kebetulan diorang kata kat dataran yong peng. Jadi reza dengan adik dan anak akk..pergi la ke dataran sana...haa...kemain ramai lagik budak2 tengok diorng ni buat aksi...aihh..yang perempuan tak ketinggalan..siap duduk lepak dekat2 dengan kitaorang..ishhh...tak manis dik..huuhu




ni anak akak..hehehe suka lah dia...baru bangun tido dah dapat naik motor besar..ni budak yong peng...dia ada buka kedai makan kat Taman Desa...tapi serius..dorang ni semua baik-baik..tak de lah macam sesetengah budak2 motor yang rasa diri diorang tu macam hot sangat...

Dalam pada sibuk2 semua buat aksi stunt..si kawan reza ni...motornya kehabisan clutch!! alamak....macam mana nak balik Labis ni???


semua pakat2 berhenti buat stunt...tolong si aus ni...buat punya buat..sampai ber peluh2...akhirnya dapt buat..rupanya cuma stuck je..heheheh si aus da senyum2...

dia kata.. " fuhhh nasib baik boleh betulkan..kalau tak...mau aku balik Labis naik kereta kancil..." hahahha cakap balik labis dengan reza la tu..sebab kan reza bawa kereta..ehhehe....

so far..diorang memberi dorongan penuh untuk reza terlibat...lagipun reza cakap...reza nak tolong diornag masukan kelab ni under belia..kan best..macam-macam benefit boleh dapat..diorang pun setuju =)





Monday, 10 June 2013

MEMBANTU RAKAN YANG KETAGIHAN ALKOHOL


SEBELAH SAYAP - MATLUTFI90

Asalnya reza tak berapa suka pun short video mat lutfi ni...tapi entah macamana tergerak untuk tegok SS ni..sebab ada kawan post cerita ni dan komen best katanya...

Reza pun saja je lah kan pergi tengok...First impression...WOoW....

Menyentuh hati sungguh...betul-betul terjadi kat dunia nyata..apa yang ML ni buat...
Biasanya kawan kita yang agak pandai ilmu agama ni rasa diri dia dah perfect sangat sampai kawan yang kurang ilmu ni dia buat macam sampah aje...

ML tunjukkan cara pendekatan yang lebih efektif bagi menangani masalah ketagihan alhkohol oleh kawan serumahnya. Mungkin ada antara kita menghadapi masalah yang sama dimana ayah..ibu atau adik bradik, kawan baik atau sesiapa sahaja yang menghadapi masalah macam ni..boleh lah kita cuba praktik kan cara ni..

Apa pun...short video ni dah buat reza touched sampai keluar air mata...keep it up..dalam bersahaja ML cuba sebarkan dakwah dengan caranya tersendiri...semoga menjadi insan berjaya dunia dan akhirat ML doa reza =)

KEJAIDAN MISTIK SELEPAS PENCEROBOHAN LAHAD DATU

Bunyi aneh, jeritan, raungan kesakitan, terserempak kelibat manusia, antara perkara yang dilalui penduduk kampung berhampiran dan anggota keselamatan yang berkawal

SEJAK awal menjejak kaki di Felda Sahabat, Lahad Datu, pelbagai kisah misteri yang berlaku selepas Op Daulat disuakan ke telinga kami.


Kisah Kampung Tanduo yang menjadi lokasi dan tempat berkumpulnya lebih 100 pengganas tidak lama dahulu, bukan setakat yang dilihat dengan mata kasar.

Kewujudan kampung itu sejak 50 tahun lalu, sebelum ini dikatakan sebagai perkampungan haram, sebenarnya menyimpan 1001 misteri yang masih belum terungkai.

Beberapa penduduk berhampiran, terutama dari Felda Sahabat 17 yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan kelibat aneh ketika sedang memandu kereta untuk keluar ke Pekan Lahad Datu.

Menurut Ali Hadi, 30, dia pernah 'bertemu' dengan 'lembaga' seperti manusia yang melintas di laluan utama kawasan Felda itu.

"Masa tu hujan renyai. Saya sedang memandu dan hampir melanggarnya. Tapi lembaga itu sempat mengelak. Bila saya menoleh ke sebelah kanan, lembaga itu menghilang.

"Saya beranikan diri turun dari kereta. Memeriksa kawasan sekitar takuk jika benar-benar terlanggar orang. Bila saya periksa di tepi belukar, memang tiada siapa yang saya langgar. Tiba-tiba muncul perasaan seram. Saya masuk ke dalam kenderaan dan terus memecut laju."

Menurut Ali, hingga hari ini dia masih belum menemui jawapan siapa atau apakah yang dilanggarnya ketika itu.

Seorang lagi penduduk Felda Sahabat 17, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 47, juga menceritakan perasaan aneh yang sering dirasainya terutama bila senja bermula.

"Ada satu hari saya dengar bunyi seperti seorang lelaki sedang menjerit dekat kebun kelapa sawit berhampiran rumah saya.

“Mendayu-dayu. Nak kata bunyi anjing bukan, sebab bila saya jenguk di tingkap suara itu masih jelas didengari. Isteri saya pun mendengarnya. Kami buat keputusan cuba hubungi polis, tapi kemudian bunyi itu lenyap begitu sahaja."

Perkara itu turut diperkukuhkan lagi apabila ada anggota pasukan keselamatan yang turut mengalami perkara aneh ketika melakukan rondaan pada waktu malam.

“Kami beberapa kali terdengar bunyi suara orang minta tolong. Suara itu seperti dalam kesakitan.

"Bila diperiksa, tiada sesiapa. Perkara ini sering dialami oleh anggota keselamatan terutama pada waktu malam dan tengah hari,” katanya.
Malah ada juga yang mendakwa pernah terdengar seolah-olah bunyi tembakan.

Menurutnya pernah pada suatu ketika mereka terdengar seperti bunyi lolongan tetapi bila diperiksa di lokasi berkenaan yang betul-betul berhampiran Kampung Tanduo, tidak ada sesiapa di situ.

Peluang menjejak kaki ke Kampung Tanduo, kisah misteri yang disampai seperti sukar untuk dinafikan. Ditambah apabila gambar satu objek pelik yang dirakamkan oleh penduduk Felda Sahabat ditunjukkan kepada kami.

Melalui jalan-jalan sunyi dan menjengah beberapa tempat di sekitar Kampung Tanduo, ada sejenis aura yang dirasai.

Tidak pasti sama ada yang hadir itu 'angin' negatif atau sebaliknya, namun paling nyata ia menyuntik rasa berjaga-jaga sepanjang berada di sini.

Bertandang seketika di surau Kampung Tanduo, ada semilir hangat yang menampar kulit. Riak degup dada berubah rentak. Juga terasa seakan ada mata yang memerhati dan mengawasi kehadiran kami.

Tidak tahu kenapa. Namun rasa aneh itu terjawab apabila diberitahu surau itu sebelum ini menjadi lokasi pendaratan pengganas.

Di tanjung Sungai Tanduo, perasaan sama muncul kembali.

Ketika merakam beberapa keping foto perahu panjang dan perahu laju di tanjung sungai itu, perasaan sama muncul kembali.


bot pancung pengganas yang dimusnahkan 
  
Seakan ada suara yang menyeru supaya terus mara. Menghampiri, mendekati perahu perahu yang ditinggalkan itu. Namun 'sergahan' anggota keselamatan yang mengiringi, menasihatkan kami berpatah balik, mematikan langkah untuk terus ke hadapan.


Rupa-rupanya kawasan itu adalah tempat pengganas menyimpan bot dan perahu.


Memang...sepanjang berada di tebing sebarang tanjung sungai, kami merasakan ada mata yang dari arah semak, memerhati setiap gerak langkah kami.


Juga terasa seperti ada 'suara' yang memanggil-manggil agar melintas ke seberang menuju ke semak berkenaan.


Sebetulnya, kami tidak mahu berfikiran negatif atau diselubungi pengaruh mistik sepanjang bertugas di sini. Dan kerana itu, kebanyakan perkara yang dirasa, kami pujuk hati untuk menidakkannya.


Hari merangkak petang. Namun kami tidak mampu menipu perasaan sendiri.
Aura aneh kembali hadir 'mengacau' jiwa.


Semakin lama semakin kuat. Dan secara diam...hadir perasaan ingin menunggu di lokasi kejadian. Tapi kehendak hati terhalang kerana anggota keselamatan yang mengiring sudah memberi isyarat untuk keluar dari kawasan itu.


Kami bergerak ke arah kawasan rumah yang dikatakan menjadi tempat simpanan senjata kumpulan pengganas.


Kami lalui kawasan perkuburan pengganas yang ditemui pasukan keselamatan, juga menjadi lokasi rakan kami merakam foto objek pelik menggunakan kamera telefon bimbitnya.


Kami tidak pasti apa objek berkenaan dan tidak pula mengatakan terdapat gangguan misteri di situ.


Dalam masa yang sama kami tidak mahu menafikan keanehan objek itu, serta mengakui memang ada sedikit rasa yang agak berbahang di kawasan berkenaan.


Boleh dikatakan rasa yang sama wujud di setiap lokasi dijejaki yang melibatkan pengganas. Dan mungkin juga 'bahang' yang dirasa merupakan kesan-kesan haba akibat pengeboman dilakukan semasa Op Daulat dahulu.


Seterusnya kami menjejak ke kawasan rumah yang didakwa tempat simpanan senjata serta tempat berlindung sementara kumpulan pengganas.


Dari situ, langkah kami mencecah ke kawasan kolam udang yang dikatakan sebahagian taktik pengganas menyusup masuk ke Kampung Tanduo.


Entah benar atau sekadar mainan perasaan di remang senja, di situ terasa juga ada mata memerhati pergerakan kami.


Berbeza dari kawasan sebelum ini, rasa ini lebih mengarah ke dalam kawasan kolam dan ketika ini, terasa degup jantung lebih kencang berbanding biasa.


Kami akhiri kisah ini seketika, kerana ingin segera keluar menyiapkan tugasan.


Dalam perjalanan pulang, ketika melewati semak, telinga menangkap bunyi derapan orang berlari,


Namun tiada kelihatan apa-apa di sekeliling.
Mata terus liar memerhati untuk memastikan perjalanan kami selamat dan tiada yang menghidu pergerakan.


Alhamdulillah...kami dilindungiNya untuk sampai ke Felda Sahabat dengan selamat.

Terkenang kembali perjalanan semasa perjalanan... secara tidak sengaja kami ada mendengar perbualan antara anggota pasukan keselamatan yang mengatakan mereka pernah melihat terlihat kelibat manusia sewaktu berkawal.

Apabila dijejaki, tiada manusia yang ditemui.
Tetapi mereka terjumpa kesan tapak kaki di persisir sungai.

Sama ada ia manusia atau bukan tiada dapat dipastikan!

Apapun, telah diakui oleh orang ramai termasuk penduduk dan pasukan keselamatan bahawa, kebiasaannya kawasan peperangan pasti akan menyimpan selingkar kisah-kisah misteri.

KREDIT KEPADA : SINAR HARIAN