Nuffnang Ads

Thursday, 25 April 2013

10 GOLONGAN YANG DIUSIR DARI PADANG MASYAR

ADAKAH KITA TERGOLONG DARI SALAH SEORANGNYA?

SELAGI KITA SEMPAT...PINTU TAUBAT SENTIASA TERBUKA LUAS UNTUK KITA....

JANGANLAH KITA MENYESAL SEKIRANYA KITA TIDAK MAMPU BERTAUBAT 

HANYA KERANA KELALAIAN KITA MENGEJAR ISI DUNIA YANG MELEKAKAN...


  • MEREKA DIUSIR BERUPA KERA
Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba

  • MEREKA DIUSIR BERUPA BABI
Mereka adalah manusia yang suka memakan benda haram

  • MEREKA DIHALAU DI DALAM KEADAAN TERBALIK IAITU KEPALA DI BAWAH DAN KAKI KE ATAS
Mereka adalah golongan yang suka berdusta

  • MEREKA DIHALAU DALAM KEADAAN BISU, PEKAK DAN TIDAK BERAKAL
Mereka adalah dari golongan yang riak, bangga diri dan sombong

  • MEREKA DIHALAU DALAM KEADAAN MENGUNYAH LIDAHNYA SENDIRI YANG TERJULUR SEPARAS DADA DAN MENGELUARKAN NANAH YANG JIJIK
Mereka adalah ahli pidato yang percakapannya berlainan dengan perbuatannya

  • MEREKA DIHALAU DALAM KEADAAN TERSALIB PADA POHON KURMA DARI NERAKA
Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak oranga ramai menyokong pemimpin yang tidak jujur

  • MEREKA DIHALAU DALAM KEADAAN TERPOTONG KAKI DAN TANGANNYA
Mereka adalah orang yang menggangu jirannya

  • MEREKA DIHALAU DALAM KEADAAN BUTA
Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum

  • MEREKA DIHALAU DALAM KEADAAN BUSUKNYA LEBIH BUSUK DARI BANGKAI
Mereka adalah golongan yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, solat, puasa , tidak menjalankan dakwah dan sebagainya

  • MEREKA DIKUMPULKAN DALAM KEADAAN MEMAKAI PAKAIAN BESI YANG PANAS
Mereka adalah manusia yang syirik kepada ALLAH swt

Saturday, 20 April 2013

KITA MINUM IBARAT UNTA?


Sekarang ni, perempuan semua pun dah jarang amalkan sunnah nabi...
selalu kita nampak perempuan minum berdiri...
Lagi...minum satu gelas tu sekali teguk je...
INGATTTT....JANGAN JADI UNTA!!

cukup-cukup lah wahai perempuan dengan bonggol unta@akak siput....



“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.


Rasulullah s.a.w bersabda:


Quote::


“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-