Nuffnang Ads

Saturday 18 May 2013

RASUKAN DI BATU PAHAT 11 MEI


OK... KALAU KORANG NAK TENGOK GAMBAR AKTIVITI SEMUA..PERGI KE LINK NI DAN JANGAN LUPA LIKE..
SETIAP KALI ADA PROGRAM..DIORANG AKAN BUAT LIVESTREAMING..JADI BOLEH TENGOK ONLINE OKEH...SUPPORT JANGAN TAK SUPPORT 


UNTUK VIDEO PULAK..BOLEH KE YOUTUBE DAN SUBSCRIBED

http://youtu.be/Z_U86CSBJrc

P/S : SORI...TAK BOLEH MASUKAN DALAM NI...PROBLEM PULAK..

RASUKAN DI BATU PAHAT 11 MEI

EP 6


Waktu tu kan wong tak nak ada sebarang cahaya. Semua kamera dah dipadamkan. Lepastu budak A ni duduk paling depan menghadap wong..sambil hisap rokok. Wong minta rokok tu..budak tu pun bagi lah..wong terus hascurkan pakai tangan dia..dia baling kat muka budak tu..budak tu terdiam je. Wong jegil biji mata kat dia..Ibu cakap kat wong...kau ni kuat semangat..kau kene kuatkan semangat...

Wong nak cepat baik kan? Wong tak nak ikut dia kan?? Ingt keluarga..ingt kawan2..ingt mak ngah ni..kata ibu sambil tuding jari kat dada...

Ibu usap-usap ubun-ubun wong sambil tak henti2 baca potongan ayat dari surah yassin...
Wong mulai lembut hati. Dia baring kat peha ibu. Cara ibu pujuk dia sebiji macam budak kecil. Last-last dia setuju nak keluar..tapi dia tanya ibu...”selendang aku mana...selendang aku??” terkejut ibu...sebab petang tu ibu ada cerita pasal selendang bunian...

Waktu tu reza berdiri belakang dia...kat kawasan nak masuk ke bangunan tu reza nampak macam tasik ke kolam..tapi cukup cantik..cukup bersih..reza beristghfar...paling muka...reza tengok lagi...memang ada...dalam hati dah fikir..agaknya..ini dunia dia..pintu masuk dia..patutlah wong nak ‘keluar’ dia menghadap pintu ni sambil kaki berlunjur.

Ibu pergi pada crew, tanya...mana barang wong? Dia ada barang apa?

Budak-budak bagi sweater dia...lepas tu reza terus duduk dengan crew. Ibu pergi settle kan wong.
Waktu kitorang duduk dan berbincang tu ketua crew nak minum..kehausan. dia ambil botol air mineral ‘mesra’ yang dibawa tadi. Asalnya botol tu penuh lagi..tapi waktu wong mengamuk dia tendang benda tu, tumpah air. Waktu nak diminum, airnya tinggal sikit. Jadi ketua (RB) goncang btol tu..berbunyi...klang klung..klang klungg...ehh pelik..bunyi apa ni? Mula-mula kitorang blur.. lepas tu, RB suluh lampu kat botol air tu...nasib lah tak minum..tau tak apa dalam tu?? Minyak botol attar dalam tu dengan penutup dah terbuka. Diorang cakap..eehhh siapa yg buat ni? Sume geleng kepala. Reza cakap lah, botol ni jatuh tadi waktu mula-mula wong mengamuk.jatuh depan mata reza. Memang reza nampak yg botol ni asalnya penuh lagi..airnya pun sejuk lagi. Reza yang angkat botol ni. Betulkan...tapi..siapa yang masukan botol minyk attar?
Terbantut hasrat RB nak minum. Dia buang aje botol tu. Lepas tu ibu datang kat kitorang. Ibu cakap wong setuju nak keluar tapi dengan syarat dia nak semua yang ada kat sini keluar dari kawasan. Dia nk berbual dengan RB sorang je. Yang lain balik. Ok..semua setuju..waktu ibu nak pergi pada wong balik, ibu suruh budak2 yang kepung dia balik dulu..yang si A ni, dia bangun je dari duduk tu terus dia buka bunga silat.

Melompat terus si wong ni. Apa lagi...mengamuk lah ibu..ibu tepuk bahu A, ibu suruh dia tutup langkah. Bergerak balik. Si A yang biadap ni boleh merengus lepas tu cakap “isshhhh....kacau lah..” time tu ibu kata, kalau anak aku..memang dah kena tampo mulutnya...dia yang bawa masalah, lepas tu dah elok..nak naik kan balik kemarahan si wong.

Elok semua bergerak nak balik, boleh pulak A pandang menghadap belakang wong sambil cakap..”sawadikapp...” ibu angkat tangan nak penampo dia. Cepat-cepat die blah sambil cebik bibir. Waktu diorang nk turun dari bukit kecil tu, ada budak silat rebah. Muntah...diorang papah cepat-cepat balik ke kereta. Kitorang tak terus turun. Kitorang semua dengan crew tunggu kat sebelah pondok guard. CS perhatikan wong dengan RB dari pokok besar kat semak. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Jadi kitrorang balik ke kereta. Budak-budak dah mula bernasur balik. Ada pulak satu budak silat ni..budak penggerang johor, dia minat kat reza..katanya nak baca cerita-cerita reza..lepas tu ambil no tepon ayah..aduyaiii die ni..time2 cenggini pun sempat nak ushar aku kat ibu ayah...

Sampai kat kereta, jam dah pukul 3.40pagi. reza tunggu crew semua kat kereta nak pergi minum sambil sembang-sembang sebab esok pukul 8 pagi diorang nak balik dah. Wong sampai kat kereta sambil dipapah crew. Badan dia nampak tak larat. Dahla kuruihhh..alahaiii..tapi, waktu kena rasuk tu..sepuluh pesilat kepung..semua dia tepis..dia pun bukan kosong...dia ada belajar ilmu dari atuk dia..silat dia pun bukan calang-calang punya..main patuk ubun-ubun punya silat.

Waktu dah sampai kat kereta..reza, ayah ibu semua keluar sebab wong nk minta maaf dan salam ibu ayah. Dia peluk ibu ayah..saat ni..rasa tacing gile..sampai reza pun nak keluar air mata. Reza terus nak masuk ke dalam kereta. Waktu pusing belakang kereta tu..reza berhenti. Reza pandang ke seberang jalan berhadapan stesen minyak tu. Dalam semak-semak tepi jalan tu, ada satu je pokok pisang separas dada orang dewasa. Apa yang buat reza terberhenti tu..ada sorang nenek bongkok...dengan kebaya hijau pucuk pisang, rambut sanggul tinggi, pakai kain batik coklat..tengah duk pandang kitorang...tak bergerak-gerak..reza pun stun kat situ tak gerak-gerak. Reza baca ayat qursi..tiba-tiba rasa panas belakang badan reza. Sekali reza toleh, ayah punya perut buncit da...menjerit lah reza..apa lagi..hahahahah terkejut punya pasal..

“apa lah...tadi bukan main lagi macam hero tamil..pasang semangat kuat. La ni, tengok dari jauh pun nak jerit..” ibu mengusik reza sambil semua orang ketawa.

Siot betul...kata ibu dari kita berkumpul ramai-ramai lagi nenek tu dah ada.dia duk perhatikan  kita..
Sampai kat kereta...diorang nak balik. Tapi reza pujuk pergi minum dekat-dekat dengan area rumah. Waktu kat kedai makan tu pun, wong masih dipapah. Kitorang nak duduk, group budak silat tadi rupanya open table sebelah kitorang..aihhh terjumpa jugak budak nya..melingas je mata si wong cari A. muka dia macam orang tak puas hati je.. Mata dia terbeliak..takut..hahahah dah dia nak dengan ibu je..jadi dia diduduk kan sebelah ibu. Reza berdepan dengan dia. Waktu order air..eryn minta limau suam..kwan tanya dia nak air apa..dia dengar eryn order tu, dia sambung ‘ais’ sambil tunjuk 3 jari. Terkejut jgak along. Betul ke ni? Nak 3? Dia angguk kepala.

Minuman sampai. Sambil berbual kitorang minum. Reza duk perhati wong aje..tangan dia habis bercalar-calar. Orangnya putih..habis merah-merah lengan dia. Dia minum limau ais 3 gelas dengan one shoot je. Dia letak bibir kat straw. Dia sedut sambil tengok cawan. Tak sampai berapa saat dah habis. Dia tukar cawan kedua..cawan ketiga. Perghhhhh bulat biji mata reza tengok. Die ni..apa masih ken rasuk ke? Dah habis minu, dia ketepikan cawan..dia pandang reza. Cepat-cepat reza pandang ibu..perghhh...takut betul waktu tu..eheheh lepas tu reza buka cerita..pasal budak A ni..diorang pun dah agak dia yang buka gelanggang...dia cabar..tu yang kebetulan wong pun tak kuat..kena..tapi katanya, wong ni tak pernah kena rasuk. Ni baru pertama kali. Kalau RB pernah la..waktu kat kubu baru dulu.

Habis minum dan sembang, dah pukul 5.30 pagi. Semua dah kepenatan nak balik. Kami berpisah..diorang kata lepas raya nak stay sini dalam seminggu. Haaa...memang meriah lah..heheheh mesti banyak lagi cerita reza boleh update kan? Ok...cerita ni..setakat ni jelah..

Moral dalam cerita ni, kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga. Baru belajar ilmu sikit...riak dah lebih..bangga sangat..susah dan menyusahkan orang lain..

RASUKAN DI BATU PAHAT 11 MEI

EP 5


Reza pergi kat budak berdua yang tengah merokok..ajak diorang berbual...

“ eh macamana badan kau? Ok? Teruk ke tadi?” reza tanya.

“ takde apa lah..ok je kak..sikit je...”

“kau tadi kena macamana? Kenapa kau boleh muntah?” kawan dia B tanya

“entahlah..aku sendiri tak tahan dengan azan yang aku laungkan tu...aku rasa something yang nak keluar..mual..tu yang aku lari ke belakang muntah..”

“korang ni dari budak mana ea? U**M? Budak silat sana?” tanya reza

“Taklah kak..saya ni budak kuda kepang..saya belajar silat Ja*a..”” budak lain saya tak tahulah..dengarnya memang ada silat juga..tapi campur-campur kot...” terang A

“Ohhh...korang ni semua kira ada isi lah?? Habis..siapa yang cabar dia? Korang nak test ilmu?”

“Taklah kak...mana ada...saya tak tahu siapa yang buat...saya Cuma belajar silat Ja*a...tapi saya budak kuda kepang...saya punya ilmu..saya punya barang semua ori kak..semua datang dari indon..saya mabik barang-barang sana...” dengan bangga nya dia bercerita...

“ohhh....habis kau datang sini nak test barang kau la?” direct tanya...malas nak bertapis-tapis..dalam saat macm ni pun masih nk berbangga lagi budak ni...nasib kau tinggi lagi dari aku..kalo tak..mau jugak aku sekeh dah...

“ehh..mana ada kak..tak ade lah..mana ada...” die menyangkal....hahahah entah die ni pura-pura tak tahu atau die sengaja nak tipu...tapi die ni..salh org lah kalau nak tipu...

Reza terus pura-pura sibuk tengok henpon...dia galak bercerita dengan B pasal dia punya ilmu dengan pengalamn waktu dia masuk dalam bangunan kosong tu buat kecoh tadi...

“ kau nak tau..waktu aku masuk tadi..satu persatu pintu tu..aku yang tendang dulu..aku buka..”

“Kau tau tak..aku dah agak dah akan ada benda tak baik malam ni...waktu aku tendang pintu tu..aku selangkah ke belakang..aku terpijak kaca..aku melangkah ke depan..kaki aku kene sepak..”

“ aku memang dah agak ada benda tak baik..tu yang lepas tu kita keluar..aku baring kan..aku tido sekejap..sebab apa tau..sebab badan aku rasa lain macam...rasa tak sedap sangat...”

“Waktu aku tidur tu lah..ada sesuatu bercakap kat telinga aku..AKAN TERJADI MUSIBAH MALAM NI..aku dengar benda tu cakap..aku tau..itu ‘barang’ aku..benda aku lah tu yang cakap...aku dengar dengan jelas apa dia cakap..”

Yang si B tu Cuma angguk macam burung belatuk...dengar kan cerita si kawan ni...

Sedang waktu tu..ibu tengah pujuk wong...wong duduk menghala ke jalan masuk bangunan...reza ke sana...masing-masing dah lepaskn wong..tinggal beberapa orang je lagi kat situ..sebab wong pun tak nak ada sebarang cahaya...ibu cuba pujuk wong..

RASUKAN DI BATU PAHAT 11 MEI

EP 4


Reza duduk balik dengan ibu semua, sambil berbual-bual. Tiba-tiba dengar bunyi tangisan mengogoi...uuuu...kat sebelah kiri reza (semak dan jirat) tapi sebab ada akak finaz (bini ketua crew) so ingtkan dia kot. Lepas tu berpindah ke tempat yang nampak kain berjuntai tu....uuuuuu...semua senyap....berpindah ke rumah tnb...uuuuuu...berpindah ke belakang bangunan tu...uuuu...berulang beberapa kali...semua diam membisu. Ibu tanya pada CS yang duduk dengan kitorang..orang kau mana? Cukup semua? Lepas kira-kira cukup..ibu ke kumpulan 1 budak silat..tanya benda yang sama..kumpulan 2..sama..semua cukup orang...Ibu pergi kat ayah..ayah kata ayah dengar...

Tak lama hilang bunyi tu...tiba-tiba kami semua dikejutkan dengan satu bunyi dari dalam bangunan tu. Seolah-olah ada orang yang tengah mengamuk dan membanting besi 9macam pintu besi atau apa) kuat gila..sampai terangkat badan waktu terkejut tu...waktu bunyi tu...disertai dengan suara wo yaooo...wo yaooo...eryn dengn ibu pandang sesama sendiri...ibu bisik pada eryn dgn reza..ni lah suara yang ibu dengar kat dapur!!!! Apa makna semua ni?? Masing-masing dah bulat biji mata...

Ayah masuk ke dalam bangunan..cek takut-takut ada siapa-siapa ke yang tibe-tibe mengamuk. Tapi ayah keluar, ayah panggil kitorang dengan CS semua..ayah kata, tak ada orang kat dalam. Waktu ayah masuk bunyi besi tu senyap..diam...tapi diganti dengan bunyi orang mandi pakai shower yang kuat..cepat-cepat ayah keluar..ayah tanya..kan sini dah lama tak ada orang kenapa boleh dengar orang mandi? Habis je ayat tu, bunyi besi di lambung-lambung kembali kedengaran. Ibu tanya ayah, tak ada sesiapa ke kat dalam? Tak ada...ayah dah cek..Macam-macma bunyi yang kami dengar sepanjang malam tu sementara tunggu ketua crew balik dari balai buat laporan.

Selesai semua...bermula lah aktiviti..ada 3 org volunteers yang akan masuk ke dalam bangunan tu dan dirakamkan cam. Video yang ditayangkan tu akan terus online@live streaming kat blog mereka . So, waktu tiga orang tu kena tinggalkan dalam bangunan adalah beberapa org yang tengok tu komen nampak ada lembaga hitam perhatikan budak tu dari tingkap lah..ada yg kata nampak mata merah dan sebagainya..tapi bila rakaman siap diedit...tak nampak pulak..waktu online tu, kita semua tengok..memang nampak..

Waktu tengah livestreaming dalam 10 minit tu, kitorang duduk berkumpul lagi macam tadi. Tapi sebelah kiri reza eryn..lepas tu ada 2 budak lagi crew..(sori tak berapa ingat nama) yang ingt sebelah eryn tu wong..tiba-tiba dia bangun dan pergi ke semak belakang yang ada jirat tu...dia berdiri tegak je kat situ..daus duduk kat sebelah eryn..ibu yang datang kat group kitorang tiba-tiba panggil wong...wongg...ibu ingt wong yang tengah kat semak...tapi rupenya dah takde..daus yg berdiri kat situ hisap rokok..waktu tu...wong dah menuju ke ahli kumpulan lain yang tengah berdiri berkumpul kat jalan masuk ke bangunan. Dia rempuh sornag-sorang lepas tu dia rebah. Kawan-kawan lain dah cuba pegang dia...dia kerasukan. Ibu dengan reza pergi pada kak finaz (geng yang kena rempuh) sebab nak cari wong..kak finaz cakap kat ibu..”akak..tolong tengok kan wong tu...dia dah lain macam..”

Rupenya die tengah menyondol crew lain...mengamuk.. (reza akan serta kan link..nanti tengok lah sendri..tapi tak menyangka pulak gambau reza kepoh dengan ibu pasal siapa budak yang bawak punca tu masuk dalam bedio..alahaaaaiiii malu mak)

Terjadilah beberapa dialog antara wong dengan UTAG(unit tindakan alam ghaib) dan ibu ayah..Rupenya wong ni tak nak kasar-kasar. Tapi dia berkasar kat orang lain takpe huuhhu..antara apa yang wong cakap ialah “kau buka..kau tutup balik..” berulang kali sambil tangan dia buka bunga silat. Kitorang puas lah tanya apa yang buka apa yang tutup..tapi, dia kata kau tanya budak kau sendiri..

Bila tanya..budak yang tunjuk tempat ni ke kau marah? Dia geleng..budak mana? Kau tunjuk...
“aku tak akan tunjuk..kalau aku tunjuk aku terus tampar aje budaknya..” time ni reza depan die..cepat-cepat reza berundur..kang tak pasal-pasal die naik sheikh.

Ibu menyahut...”sorang bantu...sorang azan kan dia kat tepi telinga..” ada satu budak ni azankan..haaa..bukan lah reza nk menjatuhkan maruah budak ni sebagai seorang budak silat atau apa saja..Cuma reza nak tekan kan kat sini..akibat riak budak yang baru belajar ni, benda ni mengamuk. Budak ni azan baru separuh, die ke tepi..dia muntah...nasib baik malam tu kebetulan reza teragak nak bawa air yasin 2 botol.bagi dia minum dengan sapu kat muka..waktu budak tu muntah, si wong ni gelak..dia cakap “huh..takat tu je kemampuan kau? Phuiii macam pondan..” dia gelak...perghhh puas lah malam tu..siapa duk pegang dia kena ludah...hahahah...

Tiba-tiba kecoh kat bahagian tengah..bunyi ornag mengamuk..lahhhh...si eryn pulak kena sampuk..aduiihhlah...dia boleh menjerit entah dengan siapa kat bangunan kosong tu...lepas tu dia renyuk kan botol mineral dan baling..memang mengamuk sakan. Ayah yang ada dekat dia cepat-cepat cengkam tengkuk dia dan azankan. Eryn jatuh..dia nangis..dia kata ada benda bercakap dengan dia..suruh lepaskan wong kalau tak nak dia ganggu yang lain..dia suruh kita semua pergi..ibu suruh dia duduk...baca ayat qursi...ibu jirus muka die dengan air yasin tadi...

Reza dengan ibu kembali ke tempat wong..budak yang azan tu reza namakan dia A jelah.dia dah berdiri hidsap rokok dengan kwan dia kat tepi..Waktu tu si wong ni dah mula okey sikit...dia tak nak ada sebarang rakaman dan lampu. Dia duduk bersila dan menghadap ke jalan masuk bangunan (sebelah kiri dia adalah pokok dan semak yang mula-mula dia berdiri sebelum kena rasuk). Ibu suruh budak-budak beberapa orang duduk sebelah dia..kawal dia takut macam tadi dia melompat nak masuk semak tu..mau hilang karang.reza berdiri belakang dia sambil baca beberapa potong ayat..dia dongak tengok reza..lepas tu dia pandang depan. Dia kunci diri dia..supaya benda tu tak boleh masuk lagi. Sebenarnya dia dah ok..tapi disebabkan dia ada beberapa faktor lain, antaranya keegoan dia apabila ‘dicabar’ oleh budak pesilat tu. 

RASUKAN BATU PAHAT 11 MEI

EP 3


Reza terus capai fon yang tengah cas kat sebelah. Reza pun msg pada CS..
”hati-hati ye...sebelum datang baca apa yang patut..saya rasa malam ni ada gangguan..saya nampak ada yang ikut kumpulan awk “

CS balas “ ye trima kasih, saya tahu. Memang ada yang ikut. Dari semalam kitorang buat shoot kat rumah orang Sigapore lagi dah ada yang ikut balik. Tapi jangan risau...rumah yang kitorang duduk ada pagar..”

“ Pagar pun tak guna...kalau yang masuk tu tak bagi salam....” balas reza sekadar mengingatkan..

“Ye..Insya Allah...malam ni jadi datang? Berapa orang datang?”

“Entah...jadi kot...tengok ayah lah. Macam jadi, macam tak...”

“alaaa.. datanglah..boleh sembang-sembang..ni nanti ada budak-budak silat ikut sekali..”

“Budak silat mana? Berapa orang? Kalau ramai-ramai saya tak nak ikut lah. Segan je..”

“ Lahh...ikut jela..budak-budak tu satu kereta je kot...”

“ oklah..apa-apa kita jumpa kat sana..”

Reza sambung baring sambil otak menerawang fikirkan apa yang akan terjadi nanti. Dahla tak pernh buat benda-benda macam ni...walaupun tahu diorang ni memang buat shoot macam ni...pukul 11.30 reza terus mandi..siap-siap bersihkan diri apa yang patut. Reza terus ambil air sembahyang, solat isyak..habis solat, reza pagarkan diri dengan bacaan ayt qursi 7x bismillah 5 dah 3qul. Walau apa pun yang akan terjadi nanti, reza kena kuat sebab kalau dah masuk..tak kan nak patah balik..

Bila semua famli dah siap, reza roger diorang. Dah lewat, tak sempat shoot kat padang golf. So, diorang decide untuk terus ke tanjung labuh. Bangunan terbiar.

Sesampainya kat kawasan tu, reza memang dah diberitahu yang kereta kena park kat stesen minyak berdekatan sebab takut kene pecahkan pulak kalau tinggal tepi jalan. Lagi satu, petang tu waktu buat tinjauan kitorang dah kne tanya dengan polis peronda. Dia kata sekarang ni tengah genting. Ada beberapa yang nak ‘menghidupkan’ kembali 13 Mei...jadi, asal ada berkumpul ramai-ramai polis akan datang tanya. So, kitorang memang takde masalah lah. Reza lagi takde masalah. Kemain ensem polis tu...muka macam awie rafael...fuuhhh....yang sarjan tu, kenal ayah. Lagi lah takde masalah lepas kitorang terangkan tujuan kitorang kat bangunan tinggal tu.

Tiba kat stesen minyak tu, kitorang pelik. Kitorang difahamkan Cuma satu kereta budak silat je yang ikut. Tapi kenapa banyak kereta ni.dah macam kenduri pulak. Dengan motor semua... ahh, ni yang tak best ni. Lepas je letak kereta, tiba-tiba ayang digamit seorang lelaki berusia pertangahan abad. Lebih kurang sebaya ayah. DIa berbsual dengan ayah sambil menunjukkan kereta-kereta yang diletakkan di stesen. Oh, rupanya pakcik tu jaga kat situ. Kami dinasihatkan mendapatkan kebenaran polis sebelum aktiviti dijalankan. Sebab, kereta yang diparkir kat stesen minyak tu tidak boleh melebihi setengah jam kerana dikhuatiri kita ada menjalankan rancangan untuk curi minyak.

Waktu berjalan menghala ke bangunan tu, anjing melolong bersahut-sahutan. Reza pandang jam...12.30 malam. Lampu jalan jauh-jauh jaraknya. Nak masuk ke bangunan tu memang takde lampu. Nasib lah CS tunggu kat luar bangunan..kat tepi jalan. Jadi, masuk saing-saing. Dia cakap ramai pulak budak-budak ni datang. Lepas tu buat bising...buat kecoh...macam ni...macammana nak dapat?? Saya pun susah nak cakap...

Bila sampai ke kat bahagian hadapan bangunan tu ada satu kawasan bertar yang agak luas. Sebelah kiri ada semak setinggi peha dan sebatang pokok yang agak besar. Agaknya kat situlah yang ayah cakap ada jirat lama. Kat sebelah kanan pula ada satu lagi macam rumah tnb ke apa..tapi semua dah sipenuhi semak dah pokok tinggi. Kawasan bertar tu sangat bersih seolah-olah ada yang menjaganya..sampaikan beberapa budak silat boleh berbaring sambil bersembang. Sepatutnya, malam tu mereka kena biarkan keadaan sunyi sebab nak rakam sebarang bentuk bunyi. Tapi diorang ni bising aje lah..nak tegur...tak kuasa pulak.

Reza terus berkumpul dengan crew CS yang tengah buat persiapan untuk shoot volunteers kat dalam bangunan. Tapi, terdapat beberapa masalah. Kamera yang baru sahaja diganti bateri pada petang tu kehabisan bateri. Setelah ditukar bateri beberapa kali barulah ok. Dalam duduk-duduk tu, ayah tarik tangan reza suruh ikut dia ke satu tempat. Tempat tu ialah pokok besar yang terletak sebelah pondok guard. Kan tempatnya macam kne naik bukit kecil..jadi pondok guard tu depan jalan, kira bila kitorang sampai kat tempat lapang, kitornag dah berada separas bumbung rumah guard.

Waktu ayah tarik tangan ke sebelah pondok guard tu, reza cepat-cepat tepis. Seba terkejut sangat. Nampak lembaga mencangkung kat atas rumah tnb. Ayah pegang tangan reza, bacakan ayat qursi dan usap muka. Barulah reza ok..memang terkejut sangat sebab jarak nya tak lebih 10 meter depan mata. Tapi lembaga tu mencangkung kat atas dinding dan menghadap ke jalan (ke kawasan anjing yang melolong). Ayah pandang menghadap reza, mata reza masih tetap leka pandang lembaga hitam tu. Ayah cakap “kau pandang sebelah kanan, tapi jangan jerit. Apa yang kau nampak?”

Spontan reza pandang ke kanan, iaitu pokok besar yang terletak bersebelahan pondok guard. Bertambah terkejut rza sebab ada kain terjuntai dari dahan pokok sambil berayun-ayun. Sedangkan waktu memang lansung takde angin..panas..tak berangin. Satu lagi memang cukup ‘berat dan panas’ waktu masuk kawasan tu...mungkin salah satunya sebab aura budak-budak silat tu..kedua memang aura entiti tu. Reza dengan eryn dah pegang tangan...reza terus pergi duduk kat CS dengan eryn. Ayah teruskan ke belakang rumah tnb. Ketua crew ke balai untuk laporkan aktiviti mereka pada malam tu.

RASUKAN DI BATU PAHAT 11 MEI

EP 2



Okeh...ni lah gambar bangunan tu waktu malam...kalau korang perasan..ada 'orbs' putih..bulatan cahaya putih ...

Lepas tinjauan petang tu dan set tempat nak letak mana volunteers malam ni kitorang balik. Sebelum balik, ibu ayah nak berkenalan lebih dekat dengan budak-budak ni. So ibu ayah ajak lah diorang pergi minum kat gerai berdekatan. Sampai sana, masing-masing rancak bercerita  sampai pukul 8 baru ingat nk balik. Sepatutnya pukul 8 diorang nk pergi tengok pencak silat dan kuda kepang dekat kawasan rumah yang diorang sewa. Tapi nampak gaya macam tak sempat.

Sebelum nak masuk ke bangunan tu kiri kanan semua memang semak samun. Depan tu macam ada bekas pondok guard ke apa, tapi memang scary sangat-sangat. Waktu petang tu, reza satu famli dengan kwan reza CS..berbual kat tepi jalan sambil bersandar kat kereta. Tapi. Baru je kitornag berbual...ada bau minyak attar. Sekali lalu..reza menghadap ke jalan raya..ayah menghadap ke bangunan. Tiba-tiba waktu CS berbual dengan ibu, ayah besarkan mata pada reza lepas tu cuit bahu reza suruh pandang belakang. Reza pandang belakang..tak nampak apa2. Ayah bisik...dia dah jenguk tadi..Reza pandang lagi..tak nampak apa-apa. Hari dah remang senja...lepas tu ayah cakap..kalau nak tahu, ini dulunya kilang. Ayah tunjuk, kat semak sebelah kiri tu ada satu je jirat cina..omang aiihhh kemain besar dan scary sebab dah lama ditinggalkan...

Kilang ni 4 ke 5 tingkat la..dulu sini semua estet. Sambil ayah tunjuk ke tepi2 jalan. Tak pasti pulak ini dulu kilang apa. Tapi dengar-dengar ada beberapa kejadian yang dirahsiakan. Tau-tau semua dah pindah dari kilang ni. Dikosongkan. Orang tua-tua tak nak buka mulut. Taulah orang tua-tua ni, biar pecah diperut jangan dimulut. Semua angguk paham. Sepanjang petang tu, sentiasa terbau minyak attar tu macam lalu lalang depn kitorang taw. Ayah tanya CS ni org apa? Kau bugis? CS mengangguk. Ayah tunjuk tangan die..berdiri bulu roma..patutlah bila berdiri sebelah berdiri roma pakcik. CS gelak je...

Kami berbual sementara tunggu crew lain keluar dari bangunan. Ibu yang berbual dengan CS ni tau yang dia ni pun ada isi..bukan main aci redah je tempat-tempat macam ni. Tapi mereka tegaskan yang mereka tidak ada membakar colok, kemenyan semua. Tu semua syirik dan karut. Ketua crew RB ni jenis yg rugged. Dia dengan bini dia. Dia lansung tak percaya benda-benda ni. Itu yang membuatkan dia nak sangat cari. Tapi, die pun pernah kena rasuk waktu diorang buat shoot kat utara. Dia cakap bila jumpa ibu..berbual dengan ibu baru dia tahu dan percaya pasal benda ni. Dah banyak tempat dia pergi..akhirnya batu pahat tempat die bertemu jawpan pada semua soalan dia..

Famli suka dengan crew ni semua sebab ibu cakap diornag ni tak cakap besar. Biasanya budak muda yang tahu ilmu sikit-sikit ni..selalu sangat bangga dan cakap besar. Tapi, kali ni ibu selesa. Diorang ajak ibu ikut aktiviti malam ni. Kawan pulak sibuk tak habis-habis memujuk saya ikut. Saya ikut hati memang malas...saya cakap, nanti saya fikirkan. Sebab malam tu (sabtu malam ahad) saya memang dah ada plan..saya nak buat black and white russian cake untuk Hari Ibu ahad tu.

Balik je kat rumah, masing-masing cuci muka..terlantar kat ruang tamu. Kepenatan.heheheh... Reza punya kepala..sakit sangat..berdenyut-denyut. Agaknya panas sangat sabtu tu. Lepas tu galak pergi cari bahan buat kek sampai petang baru balik rumah. Balik tu, terus bergegas ke tempat kawan. Sempat baring kejap je. Mana tak sakit kepala. Reza minta adik laki picitkan kepala...sambil nak lelapkan mata. Ibu semua dah terlelap. Reza baru je lelap mata, reza ‘dah sampai kat bangunan petang tadi’. Faham tak? Macam....reza tidur..tapi ‘keluar’ ke sana.

Tapi reza just berdiri dari tepi jalan. Reza nampak semua crew ni berjalan masuk ke mendaki bukit kecil (depan pondok guard) untuk ke bangunan tu. Semua pakai baju hitam. Sedangkan pagi tu masing-masing baju oren, hijau pink. Warna yang tak sama macam dalm mimpi tu. Apa yang lebih mengejutkan...diorang tengah berjalan tu tiba-tiba ada lembaga putih..kesemuanya putih dari rambut sampai bawah..macam asap..dia menyelit kat depan lelaki yang no 2 dari belakang. Kiranya dia jalan beriringan dan sekarang jadi dia no 3 dari belakang. Reza tersedar.

Tengok ayah main leptop. Ibu terbaring tido. Reza tanya ayah...tadi diorang datang berapa orang? Dalam pejam mata ibu menjawab. 3 sebelah kiri ibu, 4 kat kanan. 7 orang kenapa? Reza cakap kat ibu. Ada yang ‘melengkapkan’ diornag... maksudnya, diornag datang ber7 tapi dalam gambaran tu perempuan tu menggenapkan jadi 8. Ayah berkerut.....

“yang ayah nampak..diorang ada 9...macamana kau nampak 8?” masing-masing terdiam.

RASUKAN DI BATU PAHAT 11 MEI

KEJADIAN NI...DIRASAI SENDIRI OLEH REZA...HARAP KALAU ADA YANG TAK SUKA ATAU TAK PUAS HATI...JANGAN TERUSKAN BACAAN YE..

EP 1


Assalam dan selamat pagi...

Reza nak cerita serba sedikit pengalaman reza. Tapi reza tak berniat lah nak memesongkan akidah sesiapa ke apa ye. Kalau ada rasa tak senang dengan post reza..mohon jangan baca....

Post kali ni berkenaan pengalaman reza ikut kawan shoot paranormal a.k.a entiti. Reza dah berkawan lama dah dengan diorang ni..tapi thru pesbuk je, pastu call ke msg ke..just macam tu. Ada lah ebberapa kali diorang cakap buat aktiviti sana..sini..tapi tak pernah terdetik pun nak ikut.Mungkin salah satu sebabnya dah selalu jmpa hantu...malas nak pergi cari..kat rumah pun bersepah-sepah hehehe...

Kebetulan kawan-kawan tu datang ke Batu Pahat, tempat reza. So, memang dah baik kan dengan dia ..rasa nak sangat jumpa. Rupanya dia shoot sabtu petang tu kat bawah area rumah je..iaitu padang golf. Golf Club tu dalam nya ada satu jalan kecil yang akan mengunjur ke beberapa buat rumah (banglow tinggal) yang kini tidak didiami oleh sesiapa pun. Banglow tu semua asalnya adalah banglow tinggalan British dulu. Ada macam-macam kisah terjadi dan akhirnya menghantui penduduk banglow terbabit.

Antaranya pakcik pengawal kat golf tu pun sampai kurus kering dek kena kacau...dia kata setiap malam dia akan dipeluk dari belakang..heheheh apa lah..kne peluk pun takut. Mesti korang pikir macam tu kan? Gila hape..kena peluk dengan hantu kot...macam –macam gangguan, tak ada sesiapa pun yang jadi jaga kat sane tu tahan. Pakcik ni je bertahan...heheh hantu gatal...Ikut kisahnya, ada orang mati dibunuh dalam rumah banglow tu. Tu yang berhantu dan menghantui. Sejak dari tahun 60an lagi (zaman ibu kecik2 ) penduduk kg dah tak dibagi main berdekatan sana.




Ok, habis aktiviti petang tu, kawan reza sibuk duk msg2 cakap suruh datang dan cerita pasal tempat tu. Reza malas nak pegi pada mulanya. Tapi last2 pergi juga. Reza balik rumah bagitahu ibu ayah diorang nak pergi  Tg Labuh, kawasan mistik. So, ayah cakap nak kemana? Reza agak diornag nk ke kubur panjang, kubur arwah atuk ayah. Jadi ayah kata, ornag luar tak boleh suka-suka masuk. Lagi dah petang-petang ni. Bahaya. Macam-macam boleh jadi. Jadi, ayah dengan ibu ambil keputusan nak ikut. Jadi petang tu reza, eryn dengan ibu ayah pergi join kawan2. Tapi, tiba-tiba je gerimis waktu dalam perjalanan.

“cakap pada kawan-kawan kau, tak boleh ke kubur panjang. “ tiba-tiba je ayah cakap macam tu.
“lah, kenapa pulak? Tiba-tiba je? “ biasalah org muda..apa yg nak tak dapat mula la nk protes hihi reza la ni yang memprotes sambil buat duck face kat ayh.

“dah gerimis. Syirik percaya. Tapi, ini memang petanda. Kawan ibu yang patah kaki tu macam ni lah kejadian yang dia kena. Tapi diorang degil..” kata ibu berlembut.
Reza pun msg kawan cakap tak boleh ke kubur panjang untuk tinjauan. Kalau diorang cakap awal, insya Allah ade rezki diorang tengok barang lama keturunan reza iaitu meriam beranak dan lembing. Tapi, tak rezki kot. Akhirnya reza ikut diorang ke sebuah bangunan tinggal yang terletak kat tepi bahu jalan menghala ke tanjung labuh tu.